CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yyusryy

Mencari Kebenaran Yang Hakiki

[Copy link]
Post time 12-1-2010 03:07 PM | Show all posts
wakakkakaa... yg kristian kt sini lagi x malu.. ni bukan negara arab!!

xkan itu p0n x reti bahasa.. ingtkan sekali lagi, ini negara MALAYSIA bukan arab..

p la duk sana nak sgt guna nama tuhan2  ...
kiuts Post at 12-1-2010 14:52


jadi maksud ko orang negara arab ni semua dah berdosa lah yeee????? sebab tak ambik tindakan org-org kristian sana guna Kalimah Allah tu????? ko jawab dulu berdosa ke tak berdosa orang arab negara Islam tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2010 03:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 12-1-2010 16:08

Terima kasih Sr. kiuts/

...adalah katak di bawah tempurung.


Hurmz...menarik bunyinya cara saudara melabelkan seseorang. Tidak mengapa, kita lihat sahaja nanti siapakah katak & siapa pula tempurungnya.

Baik, saya mengaku saya memang tidak tahu bilakah tarikhnya secara tepat majalah mingguan Herald serta alkitab yang digunakan di Malaysia(S'jung, Sabah & S'wak) diterbitkan & menggunakan kalimah 'Allah' di dalam penerbitannya. Seperti pantun berikut:-

"Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolonglah jolokkan;
saya insan yang baru ingin belajar(Beginner),
kalau salah tolong tunjukkan."


Sebelum agama saudara tu wujud, Allah dah pun digunakan di padang mesir....


Sr. kompia23, sebagai seorang Islam saya percaya Allah bukan saja telah wujud di padang mesir ketika zaman nabi Ibrahim, nabi Musa & nabi Harun(alaihimasssalam) malah sejak manusia pertama lagi iaitu Adam(as) namanya telah pun di ajarkan kepada manusia.
Cuma yang kita tidak tahu apakah sebutan yang digunakan bagi setiap kaum & bangsa yang menerima ajaran-Nya pada masa masing-masing. Sebagai contoh mengapa Yahudi menyebut Yahweh(YHWH) sebagai nama tuhan mereka? Di dalam BI menjadi Jehovah seperti Jehovah Witnesses sect(mazhab kesaksian Jehovah).

Dan Islam hanyalah kesinambungan daripada ajaran agama yang dibawa oleh nabi-nabi & rasul-rasul terdahulu dari Adam sampailah kepada nabi 'Isa al-Masih(as), sehingga datangnya Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi penutup segala nabi & rasul seperti yang termaktub dalam al-Qur'an.


Apa yg susah nak difahamkan, Allah tu adalah bahasa arab yg bermaksud Tuhan.


Jika Allah bermaksud Tuhan(God) dalam bahasa Arab, maka sepatutnya(biarpun saya faham perkataan ini bersifat relatif) alkitab menggunakan menggunakan 'Tuhan' memandangkan ianya perkataan bahasa setempat.


Jangan saudara berpandangan tak jauh... Kita ni sedang menuju ke arah globalisasi. Jadi jgn tengok kat tempatan je.


Untuk kenyataan Sr. kompia23 ini, saya ingin mengajak sesiapa saja untuk melayari laman sesawang Bible online yang amat mudah digunakan ini di:

www.biblegateway.com

Link ini akan kita semua gunakan sebagai rujukan dari masa ke semasa terutamanya bagi mereka yang tidak tahu di mana hendak membuat rujukan sekiranya terbaca ayat-ayat yang dipetik daripada Bible@alkitab.

Di dalam laman sesawang Bible online ini, terdapat banyak Bible dalam pelbagai bahasa & juga versi. Dan yang paling menakjubkan saya, untuk terjemahan bahasa Inggeris sahaja terdapat sehingga dua puluh(20) versi. Adakah setiap versi Bible BI ini sama & menyampaikan perkara yang sama atau berbeza sehingga memerlukan sejumlah versi tersebut.

Sekarang, saya minta anda semua menaip perkataan 'allah' di dalam kotak carian & lihat apakah hasilnya. Kemudian jika anda rajin, sila ubah versi Bible & bahasa manakah untuk carian dan lihat sekali lagi (atau pun berkali-kali, terpulang kepada selera & kepuasan anda) apa hasil cariannya.

Dah dapat? Mudah bukan.
Apa jawapan yang anda temui? Satu(1) sahaja bukan iaitu;


Sorry. No results found for "allah" in Keyword Search.


Oh, sebelum saya terlupa agama Kristian berpusat di Kota Vatican yang terletak di Rom, Itali. Pastinya arahan meng"globalisasi"kan perkataan 'Allah' seperti yang di dakwa oleh sr. kompia23 ini datangnya dari sana.

Sudah anda merujuk hasil carian perkataan 'allah' dalam Bible versi Italiano iaitu La Nuova Diodati & juga La Parola è Vita? Apakah hasilnya? Aneh bukan?

Sorry. No results found for "allah" in Keyword Search.


Sekarang cuba pula cari di versi Bahasa Arab(Arabic Life Application Bible), kemungkinan besar Bible dalam bahasa Arab akan menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan.

Oh, akhirnya...memang ada perkataan Allah sepert ilustrasi yang dikemukakan oleh sr. kompia23 di dalam post #17.

Akan tetapi untuk membaca Bible atau pun alkitab versi Bahasa Arab, seseorang itu harus mahir dalam bahasa & tulisan Arab(al-lughotul 'Arabiyah').

Jadi Bible yang menggunakan kalimah 'Allah' ini cuma dalam bahasa Arab & bahasa nusantara(Malaysia, Indonesia & rantau berhampiran) sahaja. Sedangkan bahasa yang lainnya menggunakan bahasa & terjemahan setempat. Kita sedia maklum, kedua-dua rantau ini mempunyai populasi umat Islam yang besar atau pun mendakwa sebagai negara Islam.

Persoalannya sekarang:

*Di mana "globalisasi" perkataan 'allah' ini di kalangan umat Kristian sendiri?

*Jika majalah mingguan Herald & alkitab di Malaysia, Indonesia juga Arab telah menggunakan perkataan 'allah' di dalam penerbitan mereka sejak dari mula lagi,
maka sejak bila pula Bible-Bible dalam pelbagai versi & bahasa yang lainnya tidak menggunakan perkataan 'allah' dalam penerbitan mereka?

*Apakah mereka tidak "berpandangan jauh" & masih terkebelakang dalam era globalisasi ini?

Kelihatannya penggunaan perkataan 'allah' di dalam Bible penganut agama Kristian ini lebih bersifat setempat & bukan secara global. Lagipun jika saudara kompia23 mengatakan,

...Allah tu adalah bahasa arab yg bermaksud Tuhan.


maka perkataan 'allah' ini hanya sesuai di gunakan di dalam di dalam bahasa Arab.
Bermakna di Malaysia atau Indonesia, haruslah menggunakan istilah Tuhan(dengan T huruf besar) seperti mana God yang digunakan dalam bahasa Inggeris.

Jadi,
*apakah pihak yang menerbitkan Bible-Bible yang tidak menggunakan perkataan 'allah' ini juga umpama katak di bawah tempurung memandangkan mereka masih belum menyahut seruan "globalisasi" nama tuhan agama Kristian?

*Wajarkah jika saya mengatakan, bahawa masih banyak "katak-katak" yang belum dilepaskan daripada tempurung dari kalangan agama Kristian sendiri di seluruh dunia?

Oleh kerana itu, saya ingin bertanya sekali lagi.

*Adakah umat Kristian di seluruh dunia juga menggunakan perkataan 'allah' di dalam Bible & penulisan agama mereka;
seperti mana halnya umat Islam yang telah lama meng"globalisasi"kan nama-Nya ke seluruh alam semenjak al-Qur'an & Islam diturunkan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 03:30 PM | Show all posts
jadi maksud ko orang negara arab ni semua dah berdosa lah yeee????? sebab tak ambik tindakan org-org kristian sana guna Kalimah Allah tu????? ko jawab dulu berdosa ke tak berdosa orang arab negara Islam tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 03:38 PM | Show all posts
k0 ni el0k duk US ler br0.. wakakakaka...

ni MALAYSIA... ada AGONG yg berugama ISLAM dalam ini negara, ada faham ka??...

Ini Malaysia klu lu rasa nak menyemarakkan api kemarahan melayu Islam guna lah kalimah Allah.. klu lu rasa ugama lu nih menyintai keamanan, jgn naikkan kemarahan rakyat malaysia nih .. ada paham ka?

wakakkakakaka.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 03:48 PM | Show all posts
k0 ni el0k duk US ler br0.. wakakakaka...

ni MALAYSIA... ada AGONG yg berugama ISLAM dalam ini negara, ada faham ka??...

Ini Malaysia klu lu rasa nak menyemarakkan api kemarahan melayu Islam gun ...
kiuts Post at 12-1-2010 15:38


jadi maksud dia isu ni bukan soal ugama la yee?? isu ni timbul kerana soal politik la yeee??? baik kalu tu la maksud dia...saya ada banyak paham....

p/s masih tunggu jawapan kuits  soklan saya tuhh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 03:56 PM | Show all posts
0ooo ada banyak faham kan... bagus terima kasih..

mcm nih lah ugama kamu yg kamu anuti.. yang x ada di Malaysia nih jgn pula nak di ada-adakan.. mintak nak guna pakai nama Allah lah... sebelum nih x guna p0n kalimah tu xdak masalah pulak pada ugama kamu kan?... s0 x payah lah ada-adakan tuntutan yg x berfaedah kat Malaysia nih.. itu aje.. simple..

sekian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2010 04:02 PM | Show all posts
0ooo ada banyak faham kan... bagus terima kasih..

mcm nih lah ugama kamu yg kamu anuti.. yang x ada di Malaysia nih jgn pula nak di ada-adakan.. mintak nak guna pakai nama Allah lah... sebelum nih  ...
kiuts Post at 12-1-2010 15:56



mmmmm...tak dalam risalah Harald....tapi dalam hati saya sentiasa berdoa Allah Bapa dan Putera dan Roh Kudus...AMEN


sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 04:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 12-1-2010 16:46
"jadi maksud ko orang negara arab ni semua dah berdosa lah yeee?????..."


Sr. tuk, ada saya menyebut perkataan "berdosa" tak dalam posts saya sebelum ini? Cuba tolong quotekan selain daripada yang ada di dalam post #26 ini?


sebab tak ambik tindakan org-org kristian sana guna Kalimah Allah tu?????


Adakah saya seorang warga negara Arab & mempunyai kuasa untuk masuk campur dalam hal-ehwal pentadbiran negara Arab?
Itu hak mutlak pemerintah di sana.


ko jawab dulu berdosa ke tak berdosa orang arab negara Islam tuh?


Adakah saya mempunyai hak untuk memutuskan orang itu & orang ini sebagai berdosa?

Dan adakah pernah saya mengatakan sesiapa sahaja yang menggunakan perkataan 'allah' selain daripada yang beragama Islam ini berdosa?

Saya sebagai seorang Islam percaya, yang berhak menentukan seseorang itu berdosa atau tidak hanyalah Allah & syariatnya(yakni hukum-hukum yang diturunkan-Nya kepada umat Islam).

Apa kata Nabil?
LU FIKIR LA SENDIRI!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 04:08 PM | Show all posts
dalam hati k0 nak d0a tuhan k0 g0d ker l0rd ker jesus ker h0ly gh0st ker tu xdak masalah.. sebab dalam hati..

sekali lg ak nak pesan... hehehe.. mende xde jgn nak ade2 kan tuntutan dan perlu ingt di Malaysia nih ada Agung.. h0rmat lah sikit...

sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:18 PM | Show all posts
i am muslim...kadang2 terfikir gak...macam mana kaum kristian tak konfius...

islam kita ramai yang pada nama..
arak ..zina semua halal....patutlah depa ( penganut yang lain ) senang jer persendakan kita....
sepatutnya kita tegur islam yang 'celaka' ni dulu sebelum pergi ke penganut lain....

ramai islam khususnya pompuan lemah dalam pelukan orang2 yang bukan islam semata2 cinta..cinta yang sementara...tak terfikir pulak dia pada cinta hakiki pada allah s.w.t...

aku benci ngan orang 'islam' pada nama..patutnya 'bom' orang2 ini dulu sebelum bom rumah ibadah orang lain...

kalau ko seorang yang beriman pada allah s.wt..ko mesti faham apa yang aku cuba sampaikan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:20 PM | Show all posts
Sr. tuk, ada saya menyebut perkataan "berdosa" tak dalam posts saya sebelum ini? Cuba tolong quotekan selain daripada yang ada di dalam post #26 ini?




Adakah saya seorang warga negara Arab ...
yyusryy Post at 12-1-2010 16:06


mmmm...Pemerintah Arab lebih memahami orang-orang kristian disana dan sejarahnya..sebab tu tak timbul isu ni kat sana...sini kecoh2 sebab ramai kamu kat sini tak pahammmmm....tak pahammmm....tapi tak per lah...rasanya kita akan tahu keputusan dia nanti kan.... itu saudara jangan bimbang....orang orang kristian di ajar kasih-mengasihi sejak dahulu lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 04:20 PM | Show all posts
Oh ya, sebelum saya terlupa...

Jika kita ingin mengetahui nama tuhan yang dipercayai oleh sesorang penganut agama yang berlainan daripada agama yang saya anuti, apakah agaknya soalan yang biasa ditanya kepada mereka? Adakah...

A. Apa nama allah anda?

ATAU,

B. Apa nama tuhan anda?

Contohnya:

"Selvaraj, apa nama tuhan kamu?"
Maka Selvaraj pun menjawab, "nama tuhan saya adalah sekian-sekian."

Akan tetapi jika kita bertanya,

"Selvaraj apa nama allah kamu?"
Mungkin Selvaraj akan berkata, allah tu apa? Atau,
Nama tuhan saya bukan allah tapi sekian-sekian.

Ini kerana perkataan yang digunakan di Malaysia adalah 'tuhan'.

Jika kita bertanya kepada seorang Muslim dari pelusuk dunia mana sekalipun apa nama tuhan mereka?
Jawapannya sudah tentulah 'ALLAH'?

Jika kita bertanya kepada penganut Kristian di benua Amerika atau di Eropah misalannya, agak-agak mereka familiar tak dengan perkataan 'allah' ini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:21 PM | Show all posts
i am muslim...kadang2 terfikir gak...macam mana kaum kristian tak konfius...

islam kita ramai yang pada nama..
arak ..zina semua halal....patutlah depa ( penganut yang lain ) senang jer persendaka ...
binjai318 Post at 12-1-2010 16:18


dah tawu pi ler buat... cakap x serupa bikin... wakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:22 PM | Show all posts
mmmm...Pemerintah Arab lebih memahami orang-orang kristian disana dan sejarahnya..sebab tu tak timbul isu ni kat sana...sini kecoh2 sebab ramai kamu kat sini tak pahammmmm....tak pahammmm....tapi  ...
tuk Post at 12-1-2010 16:20


yg kec0h nih kaum k0 ler... k0 x reti lagi ker kat sini MALAYSIA KE ARAB??...

nak sangat .. pi la d0k arab... wakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:24 PM | Show all posts
ak mmg xmaw paham sebab ni negara ak.. ak x perlu nak faham kerana nak ik0t ngara lain...

k0 p0n satu, dah d0k negara 0rg tu reti2 ler sket.. pandai2 la bawak diri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:24 PM | Show all posts
dah tawu pi ler buat... cakap x serupa bikin... wakakakkaka
kiuts Post at 12-1-2010 16:21


pergilah ko buat ...islam ke kristian ko nih...pasal kalau nak ajak orang lain sstuju ngan kita...kita kena cari kesalahan sendiri dulu..bukan main terjah marah orang lain....
giler punya orang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 04:25 PM | Show all posts
wakakkakaka lawak lawak... gila gila.. wakakkaka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 04:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by yyusryy at 12-1-2010 16:43
Pemerintah Arab lebih memahami orang-orang kristian disana dan sejarahnya..sebab tu tak timbul isu ni kat sana...


Pemerintah Arab lebih memahami...jadi itu hak mereka & itu keputusan mereka. Itu jawapannya...

Saya tidaklah berani mengaku yang saya amat memahami orang-orang Kristian & sejarahnya, akan tetapi saya tahu serba-sedikit tentang anda orang-orang Kristian.

Sememangnya, Islam, Kristian & agama yang dianuti oleh orang Yahudi mempunyai pertalian yang rapat. Hanya saja orang Kristian tidak mahu menerima Nabi Muhammad & Islam yang dibawakannya seperti mana orang Yahudi tidak menerima Jesus & ajaran yang dibawanya.

Jadi dalam isu penggunaan kalimah 'allah' ini, saya tidak faham kenapa memilih 'allah' & bukan 'tuhan' bagi perkataan 'God' seperti terjemahan Bible-Bible bahasa asing yang lain. Itu saja.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:31 PM | Show all posts
kiuts kalau nak ajak orang lain faham agama kita..make sure u tu betul 'beriman' jgn mentang dah buat ibadah sikit ko dah laytak nak syarah orang lain...cermin lah diri...

aku cakap benda yang betul...ko bukan bodoh sangat sampai tak tahu baca paper kan...banyaak kes2 buang anak, berjudi, minum arak....zina 'halal' dari kaum islam...so????
kristian yang dah sah2 lain fahaman dari islam pun akan fikir...apa diaorang buat..semua islam pun buat....kadang2 anak derang tak buang..islam buang...so ?????

cermin diri kat mana....aku cakap dari pandangan aku..kalau ko rasa ko betul lANTAKLAH...

aku nak tegaskan kat sini..lebih baik ko sedarkan islam yang dah hanyut dari ko nak bersyarah entah apa2 kat sini...( coz derang nak faham mesti amik masa panjang...agama dia orang mesti dia orang nak bela macam ko jugak) ..takkan orang cakap babi tu halal- terus ko makan..mesti ko buat reaseach dulukan... so berjuanglah di tempat yang betul sedara...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:33 PM | Show all posts
ni tetiba pasal arak ke zina apa kes.. x reti tgk t0pik apa ka.. wakakakkaka lawak lawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.219079 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list