CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yyusryy

Mencari Kebenaran Yang Hakiki

[Copy link]
Post time 9-3-2010 12:36 AM | Show all posts
Masalah di sini yg mengatakan sifat kayu adalah besi itu saudara bukan saya. Sila baca balik post saudara tu.

Besi yang ditakrifkan dengan sifat kayu tu CUMA contoh sahaja..
ok lah.. saya berterus terang sahaja; Kamu metakrifkan benda yg dicipta sebagai pencipta!

Rasanya saudara ni terlalu degil sampai tak beradab. Jawab saja soalan saya tu, yg saudara percaya Maha Kuasa tu, bolehkah Dia makan minum, memperanakkan anak jika Dia mahu. Jawab ya atau tidak je, dan kita akan tahu Tuhan siapa yg berkuasa.

Fikirkan siapa yg degil dan tidak beradab dengan Tuhan, Perlukah Dia makan minum, perlukah Dia memperanak @ diberanakkan sedangkan Dia berkuasa menjadikan segala-galanya.

Saudara pun tahu hakikat ini, jadi buat apa saudara nak pertikaikan penggunaan perkataan Allah. Allah yg kami rujuk pun bukan merujuk kpd Tuhan saudara seperti yg dilakukan oleh org Arab sebelum ada Islam


Nampaknya sedara tak faham apa  yg saya pertikaikan..
"Berbeza dengan bahasa melayu, nama Allah hanya ada (digunakan dalam bahasa melayu) selepas kedatangan Islam.. jadi kalimah Allah dalam bahasa melayu mestilah dengan pemahaman Islam".

Mana satu yg saudara katakan tu? Bila pulak saya pernah lari ini? Masih kat sini kan. Jawab je soalan saya tu kat sini. Siapa, bila, tempatnya dan apa yg diubah. Saya cabar saudara ni. Katakanlah, kalau tidak, memang nampaknya saudara ni pemfitnah.

Nak bersembunyipun.. janganlah di sebalik sehelai benang yg basah...

Rasanya saudara tu yg mula tu... rujuk balik post #110 tu.

Alang-alang nak terjemahkan perkataan tuhan kepada Allah ... eloklah dibawa sama cadangan saya tu sebagai tambahan tuntutan paderi kamu ke mahkamah.(nanti saya sokong )

Takpe tu. Itu hak pilihan saudara. Tetapi Yesus bukan tak tertolong. Dia merelakannya demi berkorban utk kebaikan manusia sejagat.

Rela itu menunjukkan kebergantungan kepada yg lebih berkuasa.. bermakna yesus bukanlah Yang Berkuasa itu!

Berubat guna kata je? Siapa? Patuk ular bisa dan tak mati? Siapa? tak perlu byk bagi dua tiga name je.... Atau cakap omong lagi ni.

Terpesona dengan cerita pembantu paulus?... yalah, siapa lagi nak angkat paulus!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 02:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by tuk at 16-3-2010 15:04

penemuan yang menarik!...

http://kesalahanquran.wordpress. ... 2%80%99an/#more-619


antara lain yg menarik dalam artikel ini
...Ada bukti lainnya bahwapesan-pesan Qur’anik telah diubah pada masa-masa awal Islam dan tidakada lagi yang eksis yang disebut “Qur’an”. Tulisan dari beberapa ayatQur’anik menghiasi Mesjid Dome of Rock di Yerusalem, yang barangkalimerupakan monumen Islamik pertama dam merupakan sebuah pencapaianartistik mayor, dibangun tahun 691 AD (Whelan, 1998, pp 1-14).Tulisan-tulisan ini secara signifikan berbeda dari teks standar yangada saat ini (Warraq, 2000, p. 34)
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2010 09:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by tuk at 16-3-2010 15:04

penemuan yang menarik!...

http://kesalahanquran.wordpress. ... 2%80%99an/#more-619


antara lain yg menarik dalam artikel ini
...Ada bukti lainnya ba ...
tuk Post at 16-3-2010 14:53


Apa yg kamu kirakan yg paling menarik?  ... Apa bukti itu adalah ayat2 Al-Qur'an ?
saya dah baca artikel tu.. tiada apa2 masalahpun dengan ketulinan Al-Qur'an yg ada masa kini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 08:19 AM | Show all posts
Reply 121# Nazrulism

Besi yang ditakrifkan dengan sifat kayu tu CUMA contoh sahaja..
ok lah.. saya berterus terang sahaja; Kamu metakrifkan benda yg dicipta sebagai pencipta!


Saya tidak menakrifkan benda yg dicipta sebagai pencipta. Yg saya katakan ialah Pencipta berkuasa menjelma jadi benda yg dicipta. Itu je. Betulkan pemahaman saudara tu.

Fikirkan siapa yg degil dan tidak beradab dengan Tuhan, Perlukah Dia makan minum, perlukah Dia memperanak @ diberanakkan sedangkan Dia berkuasa menjadikan segala-galanya.


Fikir dulu saudara, siapa sebenarnya yg degil. Bolehkah Tuhan yg maha kuasa itu makan, minum, memperanak @ diberanakkan sekiranya itu adalah kemahuanNya. Saudara percaya Tuhan sangat berkuasa, tapi tak berkuasa makan minum dan sebagainya. Itukah Tuhan yg saudara percaya??

Nampaknya sedara tak faham apa  yg saya pertikaikan.. "Berbeza dengan bahasa melayu, nama Allah hanya ada (digunakan dalam bahasa melayu) selepas kedatangan Islam.. jadi kalimah Allah dalam bahasa melayu mestilah dengan pemahaman Islam".


Pelik, yg saya tahu "Allah" tu pinjaman dari bahasa Arab, yg org nun jauh di sana tu merujuk kpd Tuhan. Saya dah pun berikan rujukannya kpd saudara, yg saudara mati mati nak pertikaikan. Bila kita pinjam kata org lain, kita rujuk kpd maksud yg diberikan oleh org lain itu. Bukan ambil dan ubah. Boleh faham?

Nak bersembunyipun.. janganlah di sebalik sehelai benang yg basah...


Kalau nak kata org sembunyi pun, kena tunjuk mana benang basah tu dulu...

Rela itu menunjukkan kebergantungan kepada yg lebih berkuasa.. bermakna yesus bukanlah Yang Berkuasa itu!


Maksud saudara Tuhan yg rela mencipta kita tu pun bergantung kpd yg lebih berkuasa??? Patutlah, sekarang baru saya faham asas yg saudara pegang. Kesian.

Terpesona dengan cerita pembantu paulus?... yalah, siapa lagi nak angkat paulus!


Bukan terpesona dgn cerita pembantu Paulus maupun paulus sendiri, tetapi dgn Tuhan yg rela dtg ke dunia menjadi manusia demi kasihNya yg sejati utk membantu manusia keluar dari penghambaan dosa.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 04:41 PM | Show all posts
Reply 124# kompia23


Saya tidak menakrifkan benda yg dicipta sebagai pencipta. Yg saya katakan ialah Pencipta berkuasa menjelma jadi benda yg dicipta. Itu je. Betulkan pemahaman saudara tu.


Jika Tuhan (pencipta) menjelma sebagai manusia (ciptaan).. ini bermakna kamu menakrifkan manusia (jesus) yg dicipta sebagai Pencipta.. begitu juga dengan fahaman pagan.. Tuhan menjelma sebagai api dan lain2 lagi.


Fikir dulu saudara, siapa sebenarnya yg degil. Bolehkah Tuhan yg maha kuasa itu makan, minum, memperanak @ diberanakkan sekiranya itu adalah kemahuanNya. Saudara percaya Tuhan sangat berkuasa, tapi tak berkuasa makan minum dan sebagainya. Itukah Tuhan yg saudara percaya??


hmmm... kalau Tuhan juga punya keperluan seperti makhluk, itu tidak menunjukkan Ia berkuasa.. Berkuasakah jika Ia perlu minum untuk hilangkan dahaga, makan untuk hilangkan lapar dan diberanakkan untuk kedunia ini ?
Bila saya kata kamu takrifkan benda yg dicipta sebagai pencipta.. kamu nafikan, tapi kamu menakrifkan Tuhan juga memerlukan keperluan makhluk yg dicipta untuk menunjukkan kekuasaannya.


Pelik, yg saya tahu "Allah" tu pinjaman dari bahasa Arab, yg org nun jauh di sana tu merujuk kpd Tuhan. Saya dah pun berikan rujukannya kpd saudara, yg saudara mati mati nak pertikaikan. Bila kita pinjam kata org lain, kita rujuk kpd maksud yg diberikan oleh org lain itu. Bukan ambil dan ubah. Boleh faham?


"Berbeza dengan bahasa melayu, nama Allah hanya ada (digunakan dalam bahasa melayu) selepas kedatangan Islam.. jadi kalimah Allah dalam bahasa melayu mestilah dengan pemahaman Islam".

Jadi sedara nak gunakan perkataan 'Allah' dalam bahasa melayu atau dalam bahasa asal ?

"Rela itu menunjukkan kebergantungan kepada yg lebih berkuasa.. bermakna yesus bukanlah Yang Berkuasa itu! "




Maksud saudara Tuhan yg rela mencipta kita tu pun bergantung kpd yg lebih berkuasa??? Patutlah, sekarang baru saya faham asas yg saudara pegang. Kesian.


Maksud saya.. Tuhan sedara yg memerlukan (bergantung) kepada sesuatu yg lain seperti diberanakkan, makan, minum dan mati di tiang salib.


Bukan terpesona dgn cerita pembantu Paulus maupun paulus sendiri, tetapi dgn Tuhan yg rela dtg ke dunia menjadi manusia demi kasihNya yg sejati utk membantu manusia keluar dari penghambaan dosa.


Lihat Tuhan takrifan sedara.. Tuhan kena jadi manusia untuk menebus dosa.. seolah dosa itu lebih power dari Tuhan itu sendiri dan Tuhan kena mati kerana dosa itu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 5-6-2010 10:47
Jika Tuhan (pencipta) menjelma sebagai manusia (ciptaan).. ini bermakna kamu menakrifkan manusia (jesus) yg dicipta sebagai Pencipta.. begitu juga dengan fahaman pagan.. Tuhan menjelma sebagai api dan lain2 lagi.


Itu bukan fahaman pagan. Itu bermakna Tuhan berkuasa. Dia boleh menjadi apa saja yg Dia mahu. Bukankah itu yg saudara percayai atau saudara percaya seorg tuhan yg tidak boleh menjelma dlm bentuk ciptaanNya??? Tak berkuasa?

hmmm... kalau Tuhan juga punya keperluan seperti makhluk, itu tidak menunjukkan Ia berkuasa.. Berkuasakah jika Ia perlu minum untuk hilangkan dahaga, makan untuk hilangkan lapar dan diberanakkan untuk kedunia ini ?


Kalau Tuhan takde keperluan, maka Dia tidak akan cipta saudara dan saya. Dia akan duduk di sana dan tak perlu buat apa apa seperti yg diperlakukan oleh sami buddha. Semua benda adalah kosong, tidak berguna dan tidak benar. Sekiranya Tuhan tiada keperluan, maka Dia tidak akan berfikir. Jadi, berfikirkan Tuhan saudara tu?

Bila saya kata kamu takrifkan benda yg dicipta sebagai pencipta.. kamu nafikan, tapi kamu menakrifkan Tuhan juga memerlukan keperluan makhluk yg dicipta untuk menunjukkan kekuasaannya.


Saya tak pernah katakan ciptaan jadi pencipta. Saya katakan Pencipta menjelma jadi ciptaan. Saya pernah bagi contoh... bos boleh jadi pekerja tetapi pekerja tidak dpt jadi bos. Tuhan boleh jadi manusia tetapi manusia tidak boleh jadi Tuhan. Dan Tuhan dlm bentuk manusia tetap adalah Tuhan.

Tuhan berkuasa kerana Dia berkuasa, bukan kerana wujudnya manusia atau malaikat atau ciptaanNya. Ia adalah sifat semulajadiNya.

Jadi sedara nak gunakan perkataan 'Allah' dalam bahasa melayu atau dalam bahasa asal ?


Bahasa asal "Arab" yg telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu.

Maksud saya.. Tuhan sedara yg memerlukan (bergantung) kepada sesuatu yg lain seperti diberanakkan, makan, minum dan mati di tiang salib.


Tuhan saya tidak bergantung kepada semua di atas. Cuma kita yg bergantung kepada Tuhan utk segalanya. Tetapi Tuhan mengasihi kita sehingga sanggup turun ke bumi sebagai manusia biasa dan melalui segala proses sebagai seorg manusia demi utk menebus dosa manusia.

Lihat Tuhan takrifan sedara.. Tuhan kena jadi manusia untuk menebus dosa.. seolah dosa itu lebih power dari Tuhan itu sendiri dan Tuhan kena mati kerana dosa itu


Takrifan saya tiada silapnya, malah ia menyerlahkan kasih sayang Tuhan terhadap umat manusia. Dosa cuma berkuasa ke atas si pelaku bukan Tuhan. Tetapi Tuhan sudi mati di atas kayu salib sebagai penebusan dosa saudara dan saya supaya kita dapat disatukan kembali dengan Tuhan. Penebusan dosa diasaskan oleh Tuhan apabila Tuhan mengorbankan haiwan demi untuk menutup aib Adam dan Hawa. Dan semenjak itu, umat Israel mengorbankan haiwan tanpa cacat cela sebagai penebus dosa. Dan sesudah itu, Yesus, tuhan dlm bentuk manusia adalah korbanan plg suci utk memutuskan kutukan dosa iaitu maut ke atas manusia buat sekali utk selama-lamanya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2012 11:07 AM | Show all posts
up thread .

Mr kompia masih ada kat sini ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2012 07:59 AM | Show all posts
kompia23 posted on 5-6-2010 10:45 AM
Post Last Edit by kompia23 at 5-6-2010 10:47

kompia, ar u there?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 10:57 PM | Show all posts
Maaf kerana membangkitkan persoalan tahun 2010 tapi saudara memang salah faham dengan ayat-ayat Bible yang saudara lampirkan.

by yyusryy
Maka datanglah seorang perempuan Kanaan dari daerah itu & berseru: "Kasihanilah aku, Tuhan, anak Daud, kerana anakku kerasukan syaitan dan sangat menderita."
TETAPI YESUS sama sekali tidak TIDAK MENJAWABNYA.
Lalu murid-murid-Nya, datang & meminta kepadanya:
"Suruhlah dia pergi, dia mengikuti kita dengan berteriak." - Matius 15:22-23

(Yesus juga seorang yang berbangsa Israel, berdasarkan ayat ini...adakah Yesus juga mempunyai masalah psikologi sehingga langsung tidak mengendahkan perempuan Kanaan yang sedang dalam kesusahan ini?
Ayat ini bercakap bagi pihak Yesus sendiri.)


Jangan baca sekerat ayat dan terus mendakwa Yesus mempunyai masalah psikologi.
Baca keseluruhan pasal tersebut.  Yesus tidak sendirian dengan perempuan Kanaan semasa mengucapkan perkataan tersebut bukan? DIA bersama dengan murid-muridNYA.  Setiap kata-kata yang Yesus ucapkan di hadapan murid-muridNYA adalah bertujuan untuk mendidik mereka.   Di samping itu DIA juga menguji iman wanita Kanaan tersebut.

Saudara lupa melampirkan  ayat terakhir Matius 15:28;

-Maka Yesus menjawab dan berkata kepadanya: 'Hai ibu, besar imanmu, maka jadilah kepadamu seperti yang kaukehendaki.' dan seketika itu juga anaknya sembuh.

ps- Yesus tidak pernah menghampakan sesiapa yang datang memohon pertolongan kepadaNya dengan sungguh-sungguh



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:14 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 17-6-2012 11:07 AM
up thread .

Mr kompia masih ada kat sini ?

Tah tah kompia ni dah mengadap ilahi kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2013 09:17 AM | Show all posts
kebenaran nyata dlm Quran, tapi ramai yg menafikannya sebab taknak buat ibadah.
nanti kat akhirat rugi.

rajin2lah cari agama bagi yg belum tahu hala tuju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.106115 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list