CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5019|Reply: 19

Secret Sign- Unsur Masonic Di Anugerah Juara Lagu?

[Copy link]
Post time 14-1-2010 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by capiloton at 14-1-2010 11:58

ni aku copy paste dari blog holywar-efairy.blogspot.com..credit kepada beliau..
aku cuma nak share.. n minta semua yg membaca memikirkan semula..
aku tak paksa sesapa untuk pecaya..
yang penting baca sampai habis.. jgn skip mana2 part..

-----------------------------------------------------------------------------------------


Secret Sign- Unsur Masonic Di AJL?

Posted byFree Our MindTuesday, January 12, 2010at1:57 AM






AnugerahJuara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itukami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), [size=130%]munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi




Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada dipasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'TheTrend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cobain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.




3.Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet'secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4.Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5.Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain,Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.


Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!









Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.



Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apaitu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.




Di Ibu Pejabat CIA




Di Lodge Freemason



Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.



bersambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2010 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 14-1-2010 11:50

1# capiloton

sambungan..


Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini!Dirumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.






Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!





Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.


2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!



Rihanna dan Unfinished Pyramid



Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!


All Seeing Eye di AJL








Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.



The All Seeing Eye Around Us


Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.

                    
We Just Only Show You The Door But You're The One That Has To Walk Through It.



Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata




         
                                                                  Fikirkan semula


                                            
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 11:35 AM | Show all posts
Hangpa ni boleh lawan Dan Brown ar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2010 11:38 AM | Show all posts
benda mcm ni lebih sesuai di HML....sementara mod sana bagi approval aku lock dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 08:54 AM | Show all posts
ni jenis melayu yang  rasa diri tersesat bila tengok piramid tak siap,lantai petak hitam putih....buat malu je la...sikit2 nak kait dgn freemason la,kristian la...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:04 AM | Show all posts
macam ada related..
wallahu alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 09:29 AM | Show all posts
nama pon dunia hiburan
takyah la teruja sangat
ambil tahu, macam la ramai org akan insaf x layan hiburan da.
mp3 still on, masuk kete still turn on radio layan hitz, era, etc.
hurm..tahla..sendri mau ingat la. tepuk minda tanya hati.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 09:54 AM | Show all posts
pasal search...logo mata tu simbolik pada unsur2 Mencari.....kalo ko cari mesti guna mata ye tak..baru nampak...itu jer...takder kaitan langsung dgn apa2 agenda zionis ker freemason ker pekida or what eva...:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2010 07:21 PM | Show all posts
aku ni bawah umur...tapi banyak kali dah aku terbaca artikel mende2 gini n wat aku tajuk sgt...tp aku yakin seyakin yakinnye yg aku dijalan yg benar...and aku tak rase mende2 gini disengajakan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 12:44 AM | Show all posts
haha...terlalu taksub TT nih....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:16 AM | Show all posts
time kasih TT kerna mgingatkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 10:50 AM | Show all posts
9# pure_lady

ok ni pendapat aku pulak yek...sebenarnye aku tak kisah sangt yg pyramid and chackered floor tu..tapi the moment aku nampak lambang search tu aku dah rase pelik yg amat.. ni masa malam tu gak aku dah terdetik dah.. apa kaitan or apa motifnye nak buat lambang tu kat perkataan S tu.. dah le buruk.. tak kena plak tu lambang tu ..sapa yg reka pentas and sume sume malam tuh.. memang pelik.,,org yg tak peka memang lah cakap paranoid la itu la.. belom kena kan.. kang dah jadi yg bukan bukan kat mesia ni baru nak buat sesuatu.. memang tak de maknanye la nyah oiii...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 01:47 PM | Show all posts
ni jenis melayu yang  rasa diri tersesat bila tengok piramid tak siap,lantai petak hitam putih....buat malu je la...sikit2 nak kait dgn freemason la,kristian la...
Rajawali Post at 15-1-2010 08:54


khannn

terma yg lebih sesuai kt forum.cari ni melayu isele bangsattt....
nampak salib mengelupork cam babi, nampak gereja terus terasa nak murtad , nampak hexagram terus mengeletar satu badan , patut duduk lam gua jah melayu2 jenis ni, duduk la dlm kegelapan takyah tgk apabenda pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 03:26 PM | Show all posts
ko kutuk FORUM nihh yang ko berforum kat sini pehal??? mende laa, gi laa forum tempat laenn... sengal.... bagi aku ko laa melayu bangsat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 04:53 PM | Show all posts
relek bro edy
manusia klu dah hati gelap....
kadang terfikir aku..dalam forum, yg kafir leh ngaku islam
cakap serupa islam tinggi ilmu tapi sebenarnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 05:08 PM | Show all posts
yerr laa bukan apa... siapa yang ngelupor sebenarnye... hormati pandangan tuan rumah... itu pandangan dia... nak terima tak terima tuhh terpulang... tapi jgn laa terus kata orang tuhh melayu islam bangsat kerr... kalau dia boleh kata pada orang lain... hamba pon boleh kata untuk diri dia... kita disuruh berfikir... bukan kerr itu fungsinya FORUM.....

memang laa ada beberapa perkara yang kita boleh sangkal contohnya pemakaian sutera dan Tali leher.... yups memang btol islam dilarang pakai itu semua, tapi kita tak boleh kata orang yang pakai sutera atau tali leher sutera ahli masonic.... itu melampau laa...

tapi serius kenapa dan apa tujuan AJL guna logo all-seeing eyes tuhh.... memang macam tak kena....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2010 05:30 PM | Show all posts
tapi serius kenapa dan apa tujuan AJL guna logo all-seeing eyes tuhh.... memang macam tak kena....
edy137 Post at 17-1-2010 17:08


dude, logo eye of providence tu kan logo kumpulan Search punya, time search nyanyi baru ada logo tu kt blakang.
dlm elbem2 kumpulan serach berlambak logo tu, pasalpa dia guna logo tu tanya la amy search, dakpon refer posting pisang69. lg satu ko tak perati betul2 ka? yg search punya dlm piramid tu ada bulat2 ja, tak bentuk mata cam all seing eye pown





Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 08:41 PM | Show all posts
dunia akhirrrrrrrrrrrrrr zaman~~~~~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:52 PM | Show all posts
relek bro edy
manusia klu dah hati gelap....
kadang terfikir aku..dalam forum, yg kafir leh ngaku islam
cakap serupa islam tinggi ilmu tapi sebenarnya.....
shiri Post at 17-1-2010 16:53

yg ai tau melayu isele bangsat tu kapir
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 12:06 PM | Show all posts
Heh...kalau ikut tuan tanah...mana artis yang mati mengejut tu sebab 'menentang' whatever it is...

Kalau ikut logik dia...aku rasa tak lama lagi Amy Search kena assasinate ler.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.111763 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list