CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33837|Reply: 142

Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 26-1-2010 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by azpat at 26-1-2010 15:56

Saya ingin meluahkan pendapat sy mengenai situasi dan prestasi skuad bolasepak Malaysia. Setiap kali sy menonton perlawanan membabitkan pasukan negara kita, sy berasa sangat bersemangat sehingga tegak bulu roma. Tapi bila menonton atau membaca berita mengenai masalah pengurusan FAM, terasa seperti dikhianati. Seperti contoh, skuad Harimau Muda kini yang dikatakan merempat di negara sendiri. Kenapa Tuanku Sultan @ Presiden FAM boleh membiarkan perkara seperti itu berlaku? Tidak patut langsung juara Liga Perdana Malaysia musim lepas jadi sebegitu. Kenapa sampai sekarang tiada tindakan. Apa yang akan terjadi kepada skuad pelapis negara kita di masa depan?

Semua masalah ini bermula dari pucuk pimpinan yang tidak profesional. Semata-mata ingin menyelamatkan negerinya yakni Pahang daripada jatuh ke Liga Perdana. Alasannya ialah kerana track rekod Pahang yang tidak pernah jatuh ke Liga Perdana. Kalau macam tu, Leeds Utd dan Newcastle Utd pon tak perlu la jatuh ke Division 1 sebab track rekod mereka yg sgt cemerlang. Tetapi kedua-dua kelab itu tetap diturunkan ke Division 1. Kerana apa? Kerana sikap profesionalisme yang diamalkan oleh pengurusan FA. Mengapa di sini tidak mengamalkan sikap sebegitu?

Sudah 26 tahun Baginda Sultan memegang pucuk pimpinan FAM. Apakah hasil yg kita nampak? Hanya 4% kejayaan daripada 26 tahun Baginda Sultan memimpin. Saya mohon ampun kepada Tuanku. Tetapi saya rasa sudah masanya Presiden FAM sekarang meletak jawatan.

Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2010 03:11 PM | Show all posts
Tajuk langsung tak menepati isi kandungan...

buatlah tajuk yg betul...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 03:14 PM | Show all posts
Bagi aku la kan...

1. Jgn bagi org politik jadi top management kalau tak semua decision mmg ikut kepala diorang aje maklumlah kepentingan politik

2. Jgn bagi Sultan/Raja atau keturunannya jadi top management. Bukannya nak kata tak bagus, tapi kalau decision yg diorg buat tu ada flaw, berani ke korang nak bangkang?Kalau dia kata "ikut suka aku la". Korang nak buat cemana? Kang bila lawan kata derhaka pulak ye tak?

3. Kurang sponsorship jadi nampak sengkek. Kalau cam dulu penaja utama adalah milo, rokok & arak. Bukanlah aku support rokok & arak cuma kena perbanyakkan lagik promosi & marketing

Sekian terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 03:52 PM | Show all posts
Sori.. Silap haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2010 04:23 PM | Show all posts
Betol3..
ketiga2 alasan tu la sebab malaysia still mcm dulu even worse..
keputusan2 yg dibuat oleh Tuanku langsing xmasuk akal dan x boleh diterima..
dia xsepatotnya xlayak pgg jawatan tu..better dia jd penaung sahaja..jgn jd presiden..

tungkai: ko rasa sapa yg layak pegang jawatan presiden FAM?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 10:31 PM | Show all posts
Ntahlah..bagi aku sape2 yang buleh strategize, formulate dan improve sukan ni dah kira OK la kot. Tapi...ia tidak semudah yang disangka. Lebih2 lagi nak kikis mentaliti yang dah berkarat dan sikap sesetengah individu. Kompem ada halangan.

Mungkin sebaik2nya adalah bekas pemain atau jurulatih atau yang arif tentang bola sepak DAN mempunyai visi long term & short term untuk strategize, formulate, improve, marketing...bla bla bla..Bukan hanya tau main aje. Lebih kurang fungsi presiden dalam sebuah syarikat supaya company tak rugi dan sentiasa maju dan maju. Camtu laa

Tu pendapat aku ..sesape ada pendapat lain..kamon buleh tambah lagik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2010 10:42 AM | Show all posts
pendapat aku FAM perlu uruskan sukan bolasepak negara seperti menguruskan sebuah syarikat yang perlu ada keuntungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 11:59 AM | Show all posts
tu la..
aku nak tgk gak shebby tu handle malaysia..sebab tgk dia tu cakap mcm he is a very profesional man..nak tgk kalo dia pgg FAM, apa akn jadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 11:08 AM | Show all posts
Idea Bodoh




Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 01:31 PM | Show all posts
Mungkin sebaik2nya adalah bekas pemain atau jurulatih atau yang arif tentang bola sepak DAN mempunyai visi long term & short term untuk strategize, formulate, improve, marketing...bla bla bla..Bukan hanya tau main aje. Lebih kurang fungsi presiden dalam sebuah syarikat supaya company tak rugi dan sentiasa maju dan maju. Camtu laa
tungkai Post at 26-1-2010 22:31


bekas pemain atau jurulatih yg bagus tak semestinya dia seorang pentadbir yg bagus...
sama gak la pemain power pun tak semestinya ada strategi yg baik utk jadi jurulatih...

aku berminat gak kalo Tan Sri Elyas Omar teraju FAM... tapi skrg dah tak larat kot...
nak bagi shebby..?? tak payah la... dia tu pandai cakap jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:06 PM | Show all posts
Reply 9# HangPC2

dengar kata, yg FA je melebih2 palu kompang, yg FC belum bagi kata putus lagi. apapun, rasanya tindakan ni lebih kepada menangguk di air keruh la. penyokong2 yg FC katanya memang menentang habisan. match FC dgn ATM nanti diorang nak buat kain rentang, buat petition utk dihantar ke FC utk membantah benda ni. aku bukan la orang johor, tapi memang harap penggabungan ni tak jadi nyata. sbb akan merugikan & menganiaya banyak pihak. ramai pemain & pegawai akan hilang kerja bila 2 pasukan digabung jadi satu. itu belum masuk kira pekerja2 di pihak pengurusan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:14 PM | Show all posts
Reply 8# azpat

shebby singh? walaupun dia bekas pemain kebangsaan, pernah dapat semua medal dari liga domestik; tak bermakna dia bagus bila jadi coach atau pegang jawatan tinggi dalam FAM. dia pengkritik & penganalisa yg bagus, itu aku tak nafikan. tapi kalau cuma tahu mengesan 'fault' sahaja, tak bermakna dia bagus dalam memperbaiki 'fault' tu. cuma kelebihannya, dia adalah orang bidang ini. kalau nak dibandingkan dengan orang istana atau orang politik, memang dia ada advantage.

macam kita. kita pun boleh cakap macam2. boleh mencari & pin point apa kekurangan serta kelemahan. tapi mungkin kita tak mampu nak fix benda tu. jawatan yg tinggi datang bersama tanggungjawab yg besar. bukan hanya gajinya besar atau pengaruhnya besar atau berkuasa menentukan apa saja. tu yg macam kureng sekarang ni. bab tanggungjawab. tanggungjawab ni boleh dikirakan sebagai amanah jugak. dah diberi amanah utk menjalankan tugas, tapi mengkhianati ataupun GAGAL; tapi masih lagi nak duduk kat situ, tak nak turun2, tak nak bagi peluang kat orang lain yg mungkin lebih layak dan lebih berhak; tu dah dikira mementingkan diri & angkuh jugak.

tapi nak buat camana. kita ni cuma rakyat biasa je. seriously, malu dgn tahap team bola sepak malaysia. silap. team bola sepak FAM. bukan team bola sepak malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 07:29 PM | Show all posts
kannnnnnnn....tak semestinya pengkritik dalam sesuatu bidang tu dia handal dlm bidang tu ...mcm pengkritik Filem...cuba uji try test tengok dia jadik pengarah dalam mana2 filem yang dia sendiri hasilkan skrip...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 01:36 AM | Show all posts
Salam.

Pendapat aku mmg betul juga apa yg TT cakapkan tu. Apa yang peneraju FAM buat lebih kepada hal2 syok sendiri. Pertama sekali untuk membuat anjakan pradigma bagi sukan kesayangan kita semua nie, setiap persatuan dan kelab kena ubah cara macam mana diorg nak dptkan kos untuk jalankan satu buah pasukan bolasepak. jangan nak harap subsidi jer. pastu menghabiskan boreh jo.

Kedua kena tukar mcm mana format untuk mengikat kontrak bagi pasukan2 bolasepak kat malaysia nie. Maksima tiga tahun kontrak jadi bahagian pengurusan kelab akan buat satu team pemasaran untuk pastikan sumber kewangan pasukan bolasepak tak kekeringan.

Lesenkan penjualan jersi bagi setiap pasukan dan hasilnya masuk ke kantung persatuan atau kelab. banyak kelab dan persatuan nie mcm tak beberapa nak ambil tau pasal bende yang boleh mendatangkan duit kat diorg.

pengurusan FAM sudah tentu kena tukar. tak maulah ada org yg selalu syok sendiri yang jadi menerajui dalam pengurusan FAM.

tukar mentaliti pemain. jangan nak main dalam negara jer. lagi satu mcm mana2 persatuan dan kelab yang dapat main dlm liga kejuaraan kelab asia kenalah sunguh-sungguh dptkan kejuaraan. barulah mutu bolsepak kita boleh meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:05 AM | Show all posts
Sponsor-friendly leagues



Others may be allowed into the game


HARESH DEOL
Tuesday, October 5th, 2010 10:27:00

KUALA LUMPUR : The domestic league may have to become more " sponsor-friendly ".
The FA of Malaysia (FAM) are negotiating new terms with their main sponsors Telekom Malaysia's  whose contract ends on Dec 31.

It is learnt TM's sponsorship will be restricted to the leagues while teams will be free to look for their own sponsors.

Currently, TM hogs the front of the jerseys for both the Super and Premier Leagues, restricting other telecommunication companies from sponsoring teams. Teams which secured their own sponsors were left with little space to display their (sponsor) logos.

For instance, Barclays sponsors the English Premier League but teams have their own sponsors as well, and these are prominently displayed in the front of their jerseys. FAM deputy-president Tan Sri Annuar Musa, who is also chairman of the Malaysian Super League, would not comment on the speculations. " This is mere speculation. I do not wish to comment, " was Annuar's reply.

" The contract was drawn by the previous (FAM) council. We thank TM for their support and will honour our contract with them till the end of the year. Negotiations for the following seasons are underway. "

FAM's other deputy-president Tengku Abdullah Shah, meanwhile, revealed the inclusion of foreign players in the domestic scene could be further delayed, instead of 2012 as suggested recently. "There are a lot of factors we need to look into. Teams need to comply with certain requirements. We must think about long-term effects and if possible start a more structured season," said Tengku Abdullah.

" Perhaps we could minimise the number of teams (in the near future). We don't want to flood the league with foreign players. We want to bring (Malaysian) football to the next level first. " Tengku Abdullah, who chaired the Exco meeting at Wisma FAM yesterday, admitted the delay could adversely affect teams playing in regional competitions, such as the AFC Champions League. " Malaysian teams have yet to make an impact in AFC championships but we have to resolve our internal problems. Our house must be in order first. "Everybody wants to see changes but let's not be too hasty in getting foreigners, " he added.

The Exco also discussed allowing national coach K. Rajagobal more time with the players. This will see the leagues structured to complement international assignments to allow the national team more time to prepare for matches.


- Malay Mail -


Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 09:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 11:23 AM | Show all posts
' Bukan kumpulan maut '



Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


MALAYSIA diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, China, Jepun dan Kyrgyzstan pada majlis undian acara bola sepak Sukan Asia 2010 yang berlangsung di The Garden Hotel, Guangzhou, China semalam.

Namun pengurus pasukan, Datuk Suba- han Kamal tidak menganggap ia sebagai ' kumpulan maut ', sebaliknya berasakan ada hikmahnya Malaysia diletakkan satu kumpulan bersama gergasi Asia, Jepun dan China.

" Bagi saya, undian ini memberi hikmah kepada kita kerana dapat peluang untuk menguji kehandalan dengan Jepun.

" Kita tahu mereka bukan lagi taraf Asia ketika ini tetapi inilah peluang pemain kita membuktikan bahawa jurang kita dengan Jepun tidaklah terlalu besar.

" Perlawanan dengan China pula pasti memberi suasana yang menarik kerana kita berdepan pasukan tuan rumah," katanya ketika dihubungi Kosmo ! semalam.

Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menambah, sasaran Malaysia ialah untuk mencipta kejutan layak ke pusingan kalah mati setelah kali terakhir berjaya melakukannya pada Sukan Asia 1978 di Bangkok, Thailand.

" Kita bertekad untuk mempamerkan satu persembahan terbaik dan berkualiti di Guangzhou nanti. Jika berjaya mara ke pusingan kedua, ia sudah boleh dianggap kemenangan besar buat bola sepak Malaysia.

" Kalau nak kata tiada harapan kerana kita diundi bersama Jepun dan China, bola itu bulat.

" Yang penting kita main dengan penuh kesungguhan dan saya yakin jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal dapat menyediakan sebuah pasukan yang mantap, " jelasnya.

Skuad negara bakal berlepas ke Guangzhou pada 5 November depan kerana acara bola sepak akan bermula 7 November biarpun upacara pembukaan temasya Sukan Asia 2010 hanya akan berlangsung 12 November.

Acara bola sepak bakal berlangsung di tujuh venue sekitar Guangzhou iaitu Stadium Ying Dong, Stadium Huadu, Stadium Huangpu, Stadium Yuexiu, Stadium Rakyat Guangdong, Stadium Huagdong dan Stadium Tianhe.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan dan empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan kedua.

Untuk rekod, Malaysia memenangi pingat gangsa acara bola sepak pada Sukan Asia sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1962 dan 1974.


- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 02:05 PM | Show all posts
Reply 17# HangPC2

" Bagi saya, undian ini memberi hikmah kepada kita kerana dapat peluang untuk menguji kehandalan dengan Jepun.

" Kita tahu mereka bukan lagi taraf Asia ketika ini tetapi inilah peluang pemain kita membuktikan bahawa jurang kita dengan Jepun tidaklah terlalu besar.



habis...yg main kat World Cup hari tu sape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:22 PM | Show all posts
Reply 18# sphinx

Kita tahu mereka bukan lagi taraf Asia ketika ini

aku rasa, "mereka bukan lagi taraf asia" tu, maksudnya bukan lagi taraf benua, tapi dah taraf dunia. kot....

by the way... aku rasa sure pihak FAM lega dgn group vote ni. sbb awal2 lagi dah boleh set alasan kalau kalah. sbb tak setaraf katanya. so alasan bila kalah tu dah ada.

cuba kalau letak satu group dgn hong kong/vietnam/maldives. kalau itu pun kalah jugak, apa lagi alasan nak diberi, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 03:50 PM | Show all posts
sorry to say la ... bola sepak Malaysia equivalent ngan lubuk membazir duit rakyat!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.541702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list