CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azpat

Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 10-10-2010 02:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2010 06:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2010 06:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 02:00 PM | Show all posts
SENARAI 20 PEMAIN YANG BERLEPAS KE SUKAN ASIA 2010 GUANGZHOU, CHINA.



Penjaga Gawang

1) Khairul Fahmi Che Mat - Kelantan
2) Zamir Selamat - Harimau Muda

Pertahanan

1) Norhafiz Zamani Misbah (KAPTEN) - KL Plus FC
2) Muslim Ahmad - Harimau Muda
3) Mahali Jasuli - Harimau Muda
4) Fadhli Shas - Harimau Muda
5) Faizal Muhammad - Harimau Muda
6) Asraruddin Putra Omar - Selangor

Pertengahan

1) S. Kunanlan - Negeri Sembilan
2) K. Gurusamy - Harimau Muda
3) Gary Steven Robbat - Harimau Muda
4) Safiq Rahim - Selangor
5) Amar Rohidan - Perlis
6) Khyril Muhymeen Zambri - Kedah
7) Faizal Abu Bakar - Kedah
8) Fandi Othman - Harimau Muda

Penyerang

1) S. Chanturu - Kelantan
2) Izzaq Faris Ramlan - Harimau Muda
3) Norshahrul Idlan Talaha - Kelantan
4) Ahmad Fakri Saarani - Perlis




Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 07:49 PM | Show all posts
Thursday, 30 September 2010
FAM Dicadang Buka Pintu Liga M Kepada Pasukan Dari Asia - Annuar Musa
Share


SHAH ALAM, 29 Sept (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dicadang membuka pintu kepada pasukan-pasukan kelab dari rantau Asia untuk bermain dalam liga tempatan bagi meningkatkan mutu sukan tersebut di negara ini.

Cadangan tersebut yang dilontar sendiri oleh Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa adalah bertujuan meningkatkan kualiti pemain tempatan dan memberi nilai tambah dari segi hak penyiaran perlawanan.

"Saya rasa kita bukan sahaja perlu mengambil pemain import dari sebelah barat tapi perlu mengambil pemain import dari Asia. Ini kerana penonton dari bahagian Asia seperti Thailand, Indonesia, Vietnam pastinya ingin melihat pemain mereka beraksi bersama pemain kita di negara ini.

"Secara tidak langsung liga negara kita dapat dikenali dan seterusnya dapat melonjakkan nilai kepada penyiaran negara kita," katanya kepada pemberita, di sinii.

Annuar memberikan cadangan tersebut pada sesi penerangan dan pengelolaan Liga Malaysia 2011-2014 yang dianjurkan oleh FAM selama dua hari bermula hari ini hingga esok, di sebuah hotel, di sini.

Sesi percambahan minda itu diadakan dengan tujuan menambah baik perjalanan Liga Malaysia pada musim depan termasuk membincangkan isu kemasukan kembali pemain import dalam liga tempatan.

Beliau berkata dengan pendedahan tersebut, pemain kebangsaan akan dapat berinteraksi dengan pemain serantau malah antarabangsa di dalam negara ini.

Beliau berkata jika semua cadangan diterima pada sesi tersebut, Liga Malaysia dijangka akan pesat berkembang, meriah dan kembali profesional dalam tempoh empat tahun.

Katanya dengan keadaan itu, ranking negara akan dapat diperbaiki.

FAM, katanya, sedang mencari jalan untuk menaikkan kembali imej dan kualiti bola sepak negara dengan pelbagai perubahan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 07:49 PM | Show all posts
Annuar Musa nampaknya nak buat something kat FAM...harap2 ada perubahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2010 10:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2010 06:19 PM | Show all posts
jersey baru Malaysia







entah.... personally, aku lagi suka jersey lama. belang kuning-hitam tu. apapun, kalau jersey je asyik bertukar baru, tapi mutu permainan masih tak berubah, makin teruk lagi adooo, memang la takde guna. harap akan ada peningkatan la dalam permainan & ranking nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 12:04 PM | Show all posts
jersey baru Malaysia







entah.... personally, aku lagi suka jersey lama. belang kuning-h ...
NEMESIS Post at 7-11-2010 18:19



kau follow tak bolasepak malaysia macam mana kau kata makin teruk........


yang menang Pingat Emas Sukan Sea ?


sedang meningkat tapi perlahan sebab FAM lembab bertindak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 12:06 PM | Show all posts
Rajagobal waspada



GUANGZHOU – Andai ranking menjadi ukuran, skuad bola sepak kebangsaan boleh dianggap tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kyrgyzstan pada aksi pembukaan acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.

Perlawanan sulung Kumpulan A itu menemukan Malaysia yang berada di kedudukan ke-149 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan Kyrgyzstan yang sekadar berada di tangga ke-173.

Namun, harus diingat Sukan Asia merupakan saingan membabitkan pasukan bawah 23 tahun dengan hanya tiga pemain lebih usia dibenarkan beraksi.

Justeru, bagi jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal, beliau mahu memberi fokus untuk memastikan para pemain menterjemah segala perancangannya sepanjang 90 minit perlawanan kepada kemenangan.

" Memang Kyrgyzstan memiliki kelebihan fizikal berbanding kita. Mereka mungkin berbahaya dalam situasi bola mati. Tetapi kita ada beberapa pemain yang turut mempunyai ketinggian fizikal yang baik.

" Jadi saya berharap para pemain beraksi seperti apa yang telah saya tunjuk ajar. Guna kesempatan atau peluang yang terhidang nanti dan beri fokus sepenuhnya sepanjang 90 minit.

" Perlawanan pertama penting untuk beri keyakinan dan meningkatkan moral pemain selain menjadi penentu kepada pasukan, " katanya ketika ditemui Kosmo! selepas sesi latihan di Shiqiao No. 2 Middle School petang semalam.

Berdasarkan susunan pemain ketika sesi latihan tersebut, Khairul Fahmi Che Mat hampir pasti diturunkan sebagai penjaga gol sambil dibantu empat pemain pertahanan, Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar.

Safiq Rahim dan Amar Rohidan akan menjana jentera tengah, S. Kunanlan dan S. Chanturu menghidupkan bahagian sayap manakala gandingan serangan, Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani diharap mampu menggegar gawang Kyrgyzstan.

" Walaupun gandingan Norshahrul dan Fakri hanya sempat dibentuk dalam masa terdekat tetapi mereka berdua sudah selalu beraksi bersama. Ini saja pilihan yang saya ada, " jelas Rajagobal ringkas.

Skuad kebangsaan ke Guangzhou agak pincang tanpa beberapa tonggak utama yang cedera seperti Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Nasriq Baharom, Baddrol Bakhtiar, Bunyamin Umar, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 10:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 06:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:25 AM | Show all posts
Langkah kanan skuad negara




CHANTURU (kiri) muncul wira skuad bola sepak negara apabila menjaringkan gol kemenangan pada aksi menentang Kyrgyzstan semalam. Malaysia menang 2– 1.


GUANGZHOU - Skuad bola sepak kebangsaan memulakan langkah kanan pada kempen Sukan Asia 2010 setelah berjaya menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Huadu di sini petang semalam.

Dua pemain Kelantan, Nor- shahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu masing-masing meledak gol pada minit ke-27 dan 59 manakala jaringan tunggal Kyrgyzstan dihasilkan Sydykov minit ke-37.

Bagi jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal, kesungguhan para pemainnya beraksi sepenuh hati bagi mengelak pasukan lawan mencuri satu mata membuatkan mereka sememangnya layak untuk meraih kemenangan tersebut.

" Saya akui ini satu perlawanan yang sukar kerana kami terpaksa berdepan lawan yang berfizikal tinggi. Tetapi kami bermula baik pada separuh masa pertama dan sepa- tutnya sudah boleh mendahului 2-0.

" Namun kami dibolosi dengan gol yang agak mudah sehingga menyebabkan pasukan lawan mula memberi tekanan kepada kami.

"Ketika rehat, saya beritahu para pemain supaya lebih agresif pada separuh masa kedua. Biarpun kita bermula perlahan pada 15 minit awal babak kedua, selepas mendapat gol kedua kami makin yakin.

" Jadi saya rasa kami layak untuk menang kerana Kyrgyzstan bukan lawan yang mudah. Para pemain telah beraksi dengan baik dan beri sepenuh komitmen, " kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan.

Norshahrul membuka tirai jaringan Malaysia pada minit ke- 27 setelah dia berjaya merembat masuk bola lorongan S. Kunanlan dari sebelah kiri.

Namun 10 minit kemudian, kelekaan barisan pertahanan Malaysia dihukum Sydykov yang bertindak solo sebelum merembat lencong ke penjuru kanan gawang tanpa mampu diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Pada minit ke-44, Kyrgyzstan nyaris mendahului tetap Khairul Fahmi bertindak cemerlang menepis rembatan Murzaev ketika situasi satu lawan satu.




SKUAD negara tampil hebat pada aksi menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Guangzhou semalam apabila menang 2-1.


Akhirnya Chanturu muncul wira skuad kebangsaan apabila merembat kencang gol kedua pada minit ke-59 ketika keadaan kelam-kabut di hadapan gawang Kyrgyzstan.



Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 11:29 AM | Show all posts
Malaysia kehilangan Zamani, Fakri





NORHAFIZ (terbaring) mengalami kecederaan serius pada aksi menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A semalam.


GUANGZHOU - Kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan petang semalam terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila skuad bola sepak kebangsaan kehilangan dua tonggak utama, Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani.

Zamani dan Fakri bukan sahaja tidak dapat beraksi pada perlawanan kedua menentang Jepun esok tetapi berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus kempen Sukan Asia 2010 akibat kecederaan lutut.

Fakri yang bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian serangan hanya sempat beraksi 13 minit sebelum digantikan Faizal Abu Bakar kerana dia mengalami kecederaan lutut kanan.

Manakala Zamani pula terpaksa diusung keluar pada minit ke-72 setelah mengalami kecederaan lutut kiri dengan Fadhli Shas masuk menggantikannya untuk bergandingan dengan Muslim Ahmad di posisi pertahanan tengah.

Namun mujur pemain sayap, S. Chanturu hanya mengalami kekejangan otot ketika dia dikeluarkan pada minit ke-82 dengan Izzaq Faris Ramlan masuk menggantikannya.

Namun Zamani, 29, yang merupakan salah seorang daripada tiga pemain senior serta memakai lilitan selaku ketua pasukan berkata, dia tidak mahu ketiadaannya nanti menjejaskan rentak pasukan.

" Secara peribadi, saya rasa kecederaan saya ini tidak akan menjejaskan pasukan. Ini kerana, kecederaan boleh berlaku bila-bila masa dan kepada sesiapa pun.

" Saya tetap yakin bahawa baki pemain muda yang ada mampu untuk menggalas tugas yang diberikan terutama Muslim dan Fadhli untuk mengemudi benteng pertahanan.

" Tentang kecederaan ini, saya akan lihat apa keputu- san ujian daripada fisioterapi bagi mengetahui sejauh mana tahap keseriusannya, " kata Zamani pada sidang media selepas perlawa- nan.

Dengan ketiadaan Zamani, tugas sebagai ketua pasukan bakal digalas pemain tengah, Safiq Rahim.

Sementara itu, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tidak mahu terlalu memikirkan tentang masalah kecederaan yang sememangnya cukup menguji pasukannya sejak mereka belum terbang ke Guangzhou lagi.

" Kami tiada pilihan. Zamani dan Fakri tak dapat beraksi menentang Jepun. Memang mereka berdua pemain penting dalam pasukan.

" Tetapi saya harap ia bakal menjadi peluang kepada pemain lain untuk beraksi dengan baik apabila bertemu Jepun, " jelas Rajagobal.

Sebelum ini, Rajagobal sudah kehilangan beberapa pemain tonggak utama akibat kecederaan.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 01:37 PM | Show all posts
Tabik Malaysia



JURULATIH Kyrgyzstan, Murat Djumakeev terkejut dengan persembahan bertenaga Malaysia namun menyalahkan kelemahan pengadil perlawanan yang menyaksikan kekalahan 1-2 pasukannya kepada Malaysia pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Sukan Asia Guangzhou di Stadium Huadu, semalam.

Djumakeev tegas menyatakan perlawanan itu boleh berlangsung dengan baik dan menarik lagi jika pengadil serta dua penjaga garisan tidak kerap membuat keputusan silap.


“ Kami dinafikan beberapa peluang keemasan untuk bangkit terutama pada babak kedua. Pengadil kelihatan terpengaruh dengan ragam pemain Malaysia yang kerap rebah di atas padang dan meminta simpati.

“ Ini merencatkan tempo serangan kami yang berjaya menguasai perlawanan. Apapun saya akur Malaysia ternyata lebih layak memenangi perlawanan ini.


“ Mereka bijak mengambil kesempatan dalam situasi kelam kabut dalam kotak penalti untuk menjaringkan kedua-dua gol.


“ Tahniah kepada jurulatih dan pasukan Malaysia atas persembahan menarik ditunjukan, ” katanya.

Selain itu, Djumakeev turut mengakui pemainnya agak kepenatan kerana baru semalam tiba di Guangzhou.


Kepada satu soalan, beliau agak terkejut dengan corak permainan pantas, pendek dan agresif ditunjukkan barisan Malaysia.

“ Saya sebenarnya yakin dapat mengalahkan Malaysia namun inilah bola sepak. Pada akhir perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang. Jadi hari ini kami tidak bernasib baik, ” jelasnya.


Menghadapi tuan rumah, China pada perlawanan kedua esok, Djumakeev akur tugas berat menentang pasukan itu.


“ Sudah tentu kami akan lebih bersiap sedia. Saya harap pemain dapat melupakan kekalahan ini dan kembali memberikan perhatian menentang China, ” katanya.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 12:43 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 11:50 AM | Show all posts
Jepun hormat Malaysia


TANPA memandang mudah keupayaan Malaysia, jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka tetap serius dalam misinya memburu kemenangan kedua agar menjamin laluan muncul juara kumpulan menjelang perlawanan kedua Kumpulan A bola sepak Sukan Asia, hari ini.

Katanya, berdasarkan keupayaan Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1, kelmarin, wakil Asia Tenggara itu wajar dihormati.

Apa lagi Malaysia diwakili barisan pemain hampir sama ketika meraih pingat emas Sukan Sea Laos tahun lalu.

“ Kami tahu Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatan pada perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur.

“ Jadi perlawanan ini sama penting ketika menewaskan China, kelmarin, ” katanya.  

Sekizuka tidak mahu barisannya terlalu gembira menumbangkan pasukan tuan rumah 3-0 kerana saingan masih awal.


- Harian Metro -


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 01:16 PM | Show all posts
Safiq galas tugas kapten


SAFIQ RAHIM sudah bersedia untuk menggalas tugas selaku ketua pasukan apabila skuad bola sepak negara turun menentang Jepun pada perlawanan kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.

Pemain tengah Selangor itu mengambil alih tugas tersebut daripada Norhafiz Zamani Misbah yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut pada minit ke-70 ketika skuad negara menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung kelmarin.

Menurut Safiq, 23, dia akan memberikan persembahan yang lebih baik apabila berdepan Jepun petang ini memandangkan dia kini menggalas satu lagi tugas tambahan untuk mengetuai rakan-rakannya yang lain.

“ Ketiadaan Zamani memang dirasai kerana dia merupakan tonggak paling senior dalam pasukan. Tapi apa boleh buat, kita terpaksa juga beraksi tanpa khidmatnya.

“ Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dengan segala apa yang saya miliki untuk mendapatkan satu keputusan yang baik buat skuad negara pada aksi menentang Jepun kelak.

“ Sebagai kapten, saya akan cuba memberi bantuan kepada rakan-rakan lain supaya kami tidak mudah hilang fokus ketika di padang, " kata Safiq kepada Kosmo! semalam.

Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan A berkongsi tiga mata dengan pendahulu kumpulan, Jepun yang membelasah tuan rumah, China 3-0 kelmarin. Kyrgyzstan berada di tangga ketiga dan China di tempat tercorot.

Diminta mengulas aksinya pada perlawanan menentang Kyrgyzstan kelmarin, Safiq berkata, dia berpuas hati dengan persembahannya dan juga rakan-rakan sepasukan lain.

“ Cuma pada aksi menentang Jepun ini, kami perlu meningkatkan lagi persembahan serta memperbaiki rentak permainan untuk mencatat keputusan yang baik bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua.

“ Kami berjaya menguasai sepenuhnya bahagian tengah ketika bertemu Kyrgyzstan. Cuma pada awal babak kedua kami agak hilang punca, mungkin kerana terlampau ghairah mencari gol kemenangan, ” jelas Safiq.



Chanturu makin bersemangat


PENJARING gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S. Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini.

Pemain sayap Kelantan yang berasal dari Kulim, Kedah itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.

Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk terus turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari satu keputusan positif ketika bertemu Jepun.

" Kalau kesakitan pada bahagian belakang buku lali saya ini dapat sembuh sebelum perlawanan, saya memang begitu bersemangat untuk turun beraksi.

" Jika diturunkan, saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada Jepun bahawa Malaysia juga mampu menyaingi mereka, " katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan petang semalam.

Chanturu kini pada prestasi terbaik setelah dia turut menjaringkan satu gol ketika skuad kebangsaan menewaskan Maldives 4-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya minggu lalu pada aksi persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Guangzhou.

Karier bola sepak Chanturu sebe- narnya bermula agak lewat apabila dia menjadi pemain skuad Piala Presiden Telekom Melaka pada 2007 dan pemain skuad Piala Presiden KL Plus pada musim 2008.

Hanya pada pertengahan musim 2009, Chanturu disenaraikan sebagai pemain skuad Liga Super Pulau Pinang sebelum dia dipancing Kelantan pada awal musim 2010.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 06:16 PM | Show all posts
Malaysia hanya buru satu mata


SKUAD bola sepak negara makin hampir menamatkan kemarau 32 tahun bagi melepasi saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan ialah pada Sukan Asia 1978 di Bangkok, Thailand.

Kini barisan pemain negara hanya perlu sekurang-kurangnya seri ketika menentang China pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A Sukan Asia Ke-16 di Stadium Tianhe malam esok.

Seandainya seri, skuad kendalian K. Rajagobal itu akan muncul naib juara di belakang gergasi Asia, Jepun.

Namun jika tewas sekalipun, Malaysia masih mempunyai beka- lan tiga mata selepas menewas- kan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi pembukaan untuk layak ke pusi- ngan kedua selaku empat pasukan di tempat ketiga terbaik di kala- ngan enam kumpulan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, pencapai- an anak-anak buah Rajagobal setakat ini wajar dipuji biarpun mereka tewas 0-2 kepada Jepun kelmarin.

" Saya tetap bangga walaupun kita tewas kepada Jepun kerana beberapa pemain kita yang beraksi semalam (kelmarin) ada di antaranya baru berusia 18, 19 dan 20 tahun.

" Tetapi mereka telah membuktikan bahawa kita masih mampu untuk menyaingi pasukan gergasi seperti Jepun.

" Saya juga yakin kita sekali lagi mampu beraksi baik untuk mene- waskan China (esok).

" Lagipun sudah lama kita tidak mencapai keputusan membanggakan setelah kali terakhir kita berjaya melepasi peringkat kumpulan 32 tahun yang lalu, " kata Subahan ketika ditemui pada sesi latihan di Shiqiao No. 2 Mid- dle School semalam.

Malaysia pernah dua kali memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 dan 1974 tetapi selepas temasya 1978, skuad bola sepak negara sering terkandas pada saingan peringkat kumpulan.

Sementara itu, Rajagobal turut melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu mencatat keputusan seri atau mene- waskan China malam esok.

" Saya mahu para pemain turun beraksi dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi sama seperti dua perlawanan sebelum ini biarpun China bakal mendapat soko- ngan puluhan ribu penyokong di stadium.

" Saya juga sudah mengingatkan pemain, biarpun kita kini tanpa beberapa tonggak yang cedera, mereka yang ada ini perlu mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi perlawanan itu.

" Jangan terlalu takut dengan China kerana mereka juga menghadapi tekanan kerana perlu menewaskan kita untuk layak, sedangkan kita hanya perlukan seri, " kata Rajagobal.

Hanya latihan ringan dilakukan semalam dengan disertai 17 pemain manakala S. Chanthuru yang cedera buku lali pada perla- wanan pertama masih berlatih secara bersendirian.


- Kosmo -


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.179620 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list