CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azpat

Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 12-11-2010 06:21 PM | Show all posts
Izzaq belum puas sekali



Oleh Azahar Md Taib dan Nor Hairulnizam Wahid (Yang berada di Guangzhou)



KECEDERAAN Ahmad Fakri Saarani memberi ruang buat penyerang Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan berada dalam kesebelasan utama skuad negara.

Aksi diperagakan selepas masuk menggantikan S Chanturu ketika Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A meyakinkan jurulatih K Rajagobal menyenaraikannya menghadapi Jepun, kelmarin.


Biarpun tewas 0-2, skuad negara memberikan tentangan terpuji dan Izzaq hampir saja menyamakan kedudukan ketika Jepun mendahului 1-0 apabila tandukan kencangnya berjaya ditepis penjaga gol.

Namun bagi satu-satunya pemain tinggi lampai dengan ketinggian 1.83m, dia mengakui belum puas beraksi pada perlawanan antarabangsa pertamanya.


“ Sekalipun berasa gugup, gementar dan teragak-agak mendapat bola, saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan kepada saya.


“ Ternyata pengalaman beraksi dalam Liga Slovakia tahun lalu belum cukup menjadikan saya kental berdepan aksi setinggi ini.

KECEDERAAN Ahmad Fakri Saarani memberi ruang buat penyerang Harimau Muda, Izzaq Faris Ramlan berada dalam kesebelasan utama skuad negara.

Aksi diperagakan selepas masuk menggantikan S Chanturu ketika Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A meyakinkan jurulatih K Rajagobal menyenaraikannya menghadapi Jepun, kelmarin.


Biarpun tewas 0-2, skuad negara memberikan tentangan terpuji dan Izzaq hampir saja menyamakan kedudukan ketika Jepun mendahului 1-0 apabila tandukan kencangnya berjaya ditepis penjaga gol.

Namun bagi satu-satunya pemain tinggi lampai dengan ketinggian 1.83m, dia mengakui belum puas beraksi pada perlawanan antarabangsa pertamanya.


“Sekalipun berasa gugup, gementar dan teragak-agak mendapat bola, saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan kepada saya.


“Ternyata pengalaman beraksi dalam Liga Slovakia tahun lalu belum cukup menjadikan saya kental berdepan aksi setinggi ini.

“ Saya perlukan lebih banyak perlawanan sebegini untuk mematangkan permainan, menambah pengalaman serta menguatkan keyakinan bila dalam kotak penalti lawan, ” katanya.


Berdasarkan persembahan majoriti pemain skuad Harimau Muda, beraksi dalam Liga Slovakia sebenarnya tidak banyak meningkatkan kualiti mereka.

Jelas mereka kadang kala hilang punca dan lambat membaca gerakan lawan selain kurang menunjukkan kreativiti permainan.


Program latihan ke Eropah Timur itu seharusnya dikaji semula kerana beraksi dalam liga itu hanyalah sekadar latihan persahabatan, tidak kompetitif dan tiada cabaran. Yang mereka peroleh hanyalah beraksi dalam musim sejuk dan peluang melawat Eropah.


Mereka seharusnya didedahkan kepada lebih banyak kejohanan dan bukan latihan. Dalam usia 20-an, jika dibandingkan dengan pemain muda Jepun, mereka bagaikan budak sekolah menentang pemain kelab.


Patutnya mereka sudah memiliki kematangan. Izzaq yang mengembalikan nostalgia bekas penyerang negara, James Wong berkata, aksi dalam dua perlawanan awal menjadikan dia lebih yakin jika diturunkan menghadapi perlawanan penentuan dengan China, esok.


Malaysia dan China perlukan kemenangan mutlak untuk layak automatik ke pusingan kedua bagi mengelak perebutan empat slot terakhir selaku pasukan ketiga setiap kumpulan.


“ Saya sudah sedia begitu juga rakan sepasukan. Mental dan fokus kami tetap kuat dan saya boleh katakan kita tidak akan benarkan China menguasai permainan sekalipun mereka mendapat sokongan padu penyokong tempatan, ” katanya.


- Harian Metro -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 06:25 PM | Show all posts
Zolkples puji skuad bola sepak


Oleh Mohd Hilmie Hussin


CHEF DE MISSION Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong (gambar) memuji semangat juang pemain bola sepak negara yang mencapai kemenangan sulung di temasya ke-16 di Guangzhou kali ini.

Beliau menganggap kemenangan skuad bola sepak ini membawa petanda positif buat kontinjen negara untuk menyerlah, selepas cemerlang melepasi sasaran pingat di Sukan Komanwel di New Delhi, bulan lalu.


“ Siapa sangka tanpa 10 tonggak utama, pemain kita masih mampu mencapai kemenangan dengan menentang Kyrgyzstan, pasukan yang berorientasikan corak permainan Eropah, ” kata Zolkples yang ditemui sebelum berangkat ke Guangzhou, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

“ Saya mendapat makluman daripada pegawai kita di Guangzhou yang mengatakan pemain bola sepak negara bermain bersungguh-sungguh tanpa mengira kekurangan pemain. “ Namun saya harap mereka meneruskan semangat ini kerana selepas ini lawan lebih sukar menanti, ” katanya.


Begitupun, Chef de Mission itu mahu atlet sukan lain menjadikan semangat juang skuad bola sepak sebagai contoh menempuh cabaran yang bermula secara rasmi, esok.


Zolkples berkata, beliau puas hati mendengar laporan pegawai yang sudah berada di Guangzhou memaklumkan semua kemudahan di perkampungan sukan memuaskan.

CHEF DE MISSION Sukan Asia, Datuk Zolkples Embong (gambar) memuji semangat juang pemain bola sepak negara yang mencapai kemenangan sulung di temasya ke-16 di Guangzhou kali ini.

Beliau menganggap kemenangan skuad bola sepak ini membawa petanda positif buat kontinjen negara untuk menyerlah, selepas cemerlang melepasi sasaran pingat di Sukan Komanwel di New Delhi, bulan lalu.


“Siapa sangka tanpa 10 tonggak utama, pemain kita masih mampu mencapai kemenangan dengan menentang Kyrgyzstan, pasukan yang berorientasikan corak permainan Eropah,” kata Zolkples yang ditemui sebelum berangkat ke Guangzhou, China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

“Saya mendapat makluman daripada pegawai kita di Guangzhou yang mengatakan pemain bola sepak negara bermain bersungguh-sungguh tanpa mengira kekurangan pemain. “Namun saya harap mereka meneruskan semangat ini kerana selepas ini lawan lebih sukar menanti,” katanya.


Begitupun, Chef de Mission itu mahu atlet sukan lain menjadikan semangat juang skuad bola sepak sebagai contoh menempuh cabaran yang bermula secara rasmi, esok.


Zolkples berkata, beliau puas hati mendengar laporan pegawai yang sudah berada di Guangzhou memaklumkan semua kemudahan di perkampungan sukan memuaskan.

“ Semua urusan di perkampungan sukan, baik pengangkutan, venue pertandingan dan urusan makanan berada di tahap memuaskan, ” kata Zolkples yang mahu seluruh warga Malaysia yang berada di China turun memberi sokongan seperti di New Delhi bulan lalu.


- Harian Metro -


Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:26 PM | Show all posts
Mahali tu patut nye tendang bola kna kt muka ref tu.
Sakit hati. Bad judgement.
Sampai 60 minit diorg leh bertahan. Klu main 11 lwn 11, mmg akn ade tentangan.
Jmpe Iran esok...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 02:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 04:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2010 01:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2010 11:13 AM | Show all posts
Bola Shebbie : Kita sudah bangkit !



bolashebbie@hmetro.com.my


PEMBACA kolum ini sudah pasti menyedari setiap pasukan bola sepak harus mempunyai tulang belakang yang kukuh. Setiap pasukan dibina dengan posisi penjaga gol, bek tengah, pemain perancang serta pemain penyerang.

Inilah posisi yang memberi asas untuk beraksi mantap. Skuad negara bertuah kerana miliki tulang belakang kental di bahagian pertahanan, jentera tengah kreatif serta tajam di bahagian serangan.


Setiap pemain beraksi menentang Vietnam mempersembahkan aksi terbaik dan keyakinan setiap pemain harus dipuji.

Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tenang dan sentiasa memberi arahan kepada pertahanan dan komunikasi penting dalam keadaan tertekan.


Kedua-dua bek tengah, Mohamad Muslim Ahmad serta Mohamad Fadhli Shas seperti pasangan kembar kerana memahami pergerakan satu sama lain. Mereka juga begitu selesa memenangi bola tinggi yang dihantar lawan.


Satu pasangan unik menerajui bahagian tengah dengan ketua pasukan, Safiq Rahim bertindak sebagai perancang utama manakala Amar Rohidan tenang sebagai ‘ holding midfielder ’. Kualiti Amar memberi keyakinan buat Safiq untuk mara membantu bahagian serangan.

Akhirnya, tulang belakang ini diterajui dua penyerang terbaik Asia Tenggara iaitu Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha. Safee menyerlah sebagai ‘ penyerang utama ’ bijak mencari ruang tepat manakala Norshahrul pula lincah menggelecek lawan.


Mujurlah kedua-dua pemain ini menunjukkan persefahaman serta kombinasi telepatik.

Selepas menyaksikkan kedua-dua separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF, saya berpendapat pasukan negara mampu menjadi juara tetapi biarlah pembangunan pasukan ini diatur selangkah demi selangkah.


Inilah kali pertama pasukan kita menghadapi tekanan kerana memiliki kelebihan dua gol ketika mengunjungi Hanoi tapi saya yakin kelebihan ini memberi kesempatan buat jurulatih, K Rajagobal menyediakan taktik tepat.


Buat sekian lama, kita kini mempunyai jurulatih yang berjaya mengelirukan lawan dengan formasi fleksibel di padang. Pasukan kita kelihatan selesa dengan formasi 4-4-2, 4-2-3-1, 4-5-1 dan 4-1-4-1 sepanjang tempoh 90 minit aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


Apa jua keputusan di Hanoi, kita harus bangga dengan potensi dan corak permainan dipamerkan dan akhirnya saya rumus kita kini sudah bangkit di arena antarabangsa.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2011 08:39 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2011 11:06 AM | Show all posts
Bola Shebbie : Kita sudah bangkit !






PEMBACA kolum ini sudah pasti menyedari setiap pasu ...
HangPC2 Post at 18-12-2010 11:13 AM



harap2 ianya bukan bersifat sementara.....jgn plak lepas ni bila dah dilambung dengan segala macam pujian...kita tersungkur..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 10:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 05:40 AM | Show all posts
Brendan sedia timbang tawaran



JIKA Indonesia berbangga dengan pemain natrulisasinya dari Belanda, Irfan Bachdim, kini Malaysia juga mampu menguatkan lagi skuad kebangsaan dengan seorang pemain kelahiran Australia, Brendan Gan.

Pemain tengah Sydney FC itu kacukan Australia/Malaysia kini beraksi dalam Liga A Australia.

Pemain berusia 22 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Sydney tetapi bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dia layak mewakili Malaysia.

Baru-baru ini, Brendan sempat menonton aksi skuad bola sepak negara menerusi siaran langsung ketika saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan dia mengakui kagum dengan corak serta taktikal yang dipraktikkan ketua jurulatih, K. Rajagobal.

Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, Brendan juga menegaskan bahawa kelab yang diwakilinya sekarang memberinya galakan beraksi dengan skuad kebangsaan Malaysia jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan memanggilnya.


Brendan selesa bermain di bahagian tengah, namun dia juga berupaya beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri.

Mungkin FAM kini boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 06:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2011 04:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:29 AM | Show all posts
Rajagobal mahu pemain pamer aksi konsisten



SKUAD bola sepak kebangsaan turun berdepan Hong Kong di Stadium Shah Alam malam ini untuk perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus A pertama mereka bagi tahun ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Kemenangan sudah pasti menjadi buruan skuad Harimau Malaya sebagai menjaga status mereka sebagai juara Piala Suzuki AFF 2010.

Namun bagi jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia lebih mahu melihat para pemainnya meneruskan aksi konsisten selain memantau prestasi beberapa muka baru yang diserap kali ini.

" Saya mahu para pemain menampilkan satu aksi yang baik biarpun ini hanyalah perlawanan persahabatan. Memang keputusan penting untuk sistem ranking.

" Tapi saya utamakan jangka panjang iaitu untuk mewujudkan satu pasukan yang kuat dan mantap menjelang kelayakan Piala Dunia 2014 pada Jun depan, " katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Shah Alam petang semalam.

Daripada 24 pemain yang dipanggil sejak 2 Februari lalu, hanya 20 pemain akan disenaraikan Rajagobal untuk aksi malam ini.

Empat pemain yang tercicir ialah Sharbinee Allawee Ramli (isteri bersalin), Amar Rohidan (demam campak), S. Chanthuru (cedera buku lali) dan Izzaq Faris Ramlan (hamstring).

Bagi Rajagobal, dia tidak mahu terlalu risau dengan pemain yang cedera atau tidak dapat diturunkan itu sebaliknya menganggap ia sebagai peluang kepada pemain lain menonjolkan kemampuan mereka.

" Saya akan gunakan peluang ini untuk menilai prestasi seseorang pemain itu sama ada dia boleh beraksi untuk skuad kebangsaan pada masa akan datang atau sebaliknya, " jelas pengendali berusia 55 tahun itu.

Norshahrul Idlan Talaha dan Azmi Muslim yang dikatakan cedera dilihat menjalani latihan seperti biasa petang semalam dan mereka mungkin dimasukkan sebagai pemain gantian malam ini.

Ditanya tentang pasukan Hong Kong, Rajagobal berkata: " Cara Hong Kong main sama seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara iaitu menggunakan corak permainan pantas. Jadi kami takkan pandang mudah. "

Skuad kebangsaan kini berada di ranking ke-140 dunia manakala Hong Kong yang dibimbing Tsang Wai Chung di ranking ke-143.



- Kosmo -




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2011 01:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 10:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061987 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list