CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azpat

Bolasepak Malaysia

[Copy link]
Post time 23-3-2011 11:17 PM | Show all posts
Skuad wanita digugur, tumpu pembangunan akar umbi



KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menghentikan penghantaran pasukan bola sepak wanita ke kejohanan antarabangsa, sebaliknya menumpukan 100 peratus kepada program pembangunan akar umbi.

Keputusan badan induk itu bermakna, skuad kebangsaan sedia ada digugurkan sehingga satu tarikh FAM merasakan skuad kebangsaan bersedia diletakkan semula untuk bertanding.

Ia bagi memberi laluan kepada usaha membentuk pasukan yang benar-benar mantap agar tidak diaibkan lagi atau penyertaan pasukan kita hanya mencukupkan angka.

Keputusan ini dianggap tepat mengambil kira pencapaian Malaysia pada Sukan SEA di Laos dua tahun lalu, menyaksikan pasukan wanita kita dibolosi 33 gol dalam hanya empat perlawanan.

Ditewaskan Thailand 0-14 dalam perlawanan pembukaan, Malaysia kemudiannya dibaham Vietnam 0-8, sebelum disusuli kekalahan 0-5 di tangan tuan rumah dan Myanmar melengkapkan derita dengan satu lagi kemenangan besar 7-1.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad berkata, tiada wajarnya jika menghantar sebuah pasukan untuk ' dibelasah ' sewenang-wenangnya.

" Exco FAM sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menghantar pasukan bertanding secara kompetitif seperti Sukan SEA sementara waktu.

" Apa yang penting sekarang ialah kita perlu membina dan membentuk program pembangunan yang sempurna untuk mencungkil bakat-bakat baru dan bersiap sedia bagi cabaran masa depan, " katanya.

Azuddin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi Bola Sepak Wanita FIFA/FAM di Majlis Sukan Negara di sini semalam.

Kursus lima hari itu akan dikendalikan dua konsultan FIFA, Samuel Schweingruber dan Monika Staab.



- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 11:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:48 AM | Show all posts
FRIENDLY : Hong Kong vs Malaysia (3 Jun 2011)



Senarai Nama 24 Pemain Ke Hong Kong

Penjaga Gol
...
Sharbinee Allawee
Nasril Nourdin
Syed Adney

Bek

Azmi Muslim
Asraruddin Putra Omar
Nasriq Baharom
Aidil Zafuan
Shahrom Abdul Kalam
Helmi Remeli
Farisham Ismail
Mohamad Hisyamudin

Tengah

Ashaari Samsudin
S Kunanlan
Amar Rohidan
Azidan Sarudin
Safiq Rahim
Ismail Faruqi
Baddrol Bakhtiar
Amirulhadi Zainal
S Chanturu

Penyerang

Norsharul Idlan Talaha
Shahrizal Saad
Safee Sali
Abdul Hadi Yahya



Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 12:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 03:55 AM | Show all posts
ALTRA - Malaysia Retro Modern Home & Away Shirt






http://altra.my/

http://altra-my.blogspot.com/

http://takeprideproject.blogspot.com/



TAKEPRIDEPROJECT (TPP) is a spin-off project by ALTRA which is yet another effort in providing diverse elements in the growing fandom of the local football scene.

Reflected by its name, TPP seeks to glorify creativity and originality of local football by taking pride in the roots of Malaysia football. Our designers are committed to provide alternative and edgy fashionable football-centric products to consumers at reasonable prices.

It is hoped that our fashionable products would stand out in the crowd when our supporters return to their respective terraces to support their favourite teams. Whether you are the ever illustrious ultras or the more laid-back supporters of the golden generation, TPP seeks to offer each supporter segment something to be proud of.

As the people at ALTRA always believed, football is a global industry and our nation is dying to be part of it.

Let's get down to business. Just enjoy the Beatiful Game !















Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2011 02:32 PM | Show all posts
‘Ayuh ! Ikut jejak kami



Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my





“ SAYA cabar mereka untuk turut mengikut jejak langkah kami layak ke Sukan Olimpik ” .

Cabaran itu dilontarkan bekas tonggak pertahanan skuad 1972, Namat Abdullah kepada anak-anak buah jurulatih Ong Kim Swee apabila mereka turun beraksi pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Lubnan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


“ Sudah lebih 30 tahun kita gagal layak ke Sukan Olimpik. Ini peluang terbaik yang terbentang luas untuk mereka. Saya ingin melihat mereka beraksi di pentas itu sama seperti skuad beraksi pada 1972 (Munich, Jerman) dan 1980 (Moscow, Russia).

“ Sukar untuk saya menggambarkan perasaan apabila berada di pentas Olimpik. Mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya dengan bermain mati-matian pada tahap ini dan bersatu hati,” kata bekas pemain itu yang kini berusia 60 tahun.


Tambahnya ketika itu perasaan takut memang wujud kerana terpaksa bersaing dengan pemain profesional yang mempunyai pengalaman luas serta sentiasa beraksi di pentas tertinggi namun semangat untuk berjuang tetap berkobar-kobar.


Pada temasya Olimpik 1972 di Jerman itu, skuad negara yang dilatih Jalil Che Din tewas di tangan Jerman barat 0-3, menang ke atas Amerika Syarikat 3-0 tetapi tewas di tangan Maghribi 0-6 dalam saingan peringkat kumpulan.diletakkan bersama-sama Jerman Barat, Maghribi dan Amerika Syarikat (AS) namun menang sekali dan tewas dua.

Harimau Malaya bagaimanapun memulakan kempen dengan langkah kiri apabila ditewaskan Jerman Barat 3-0 dengan tiga jaringan terbabit hadir selepas separuh masa pertama berakhir namun skuad negara bangkit pada aksi kedua apabila merekodkan jumlah jaringan yang sama untuk menewaskan AS.


Maghribi yang ketika itu membariskan pemain profesional adalah lawan yang sukar untuk skuad negara apabila dibolosi enam kali tanpa balas sekali gus gagal layak untuk ke peringkat seterusnya.



- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2011 11:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2011 11:09 AM | Show all posts
Pengadil nafi hak Malaysia


Penulis : Abdul Rahim Khamis

Email : abdrahim@hotmail.com


Saya menulis rencana ini selepas kali pertama menjawat jawatan sebagai penyelaras akademi bola sepak Proton FC pada 2005.


Selepas skuad 1980 yang melayakan diri ke temasya olimpik Moscow,saya berangapan skuad ini akan menamatkan penantian seluruh warga Malaysia untuk layak ke Piala dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol.Namun jangkaan saya meleset kerana jelas sekali,ketika pusingan kelayakan mereka cukup megecewakan.Tetapi,selepas itu,muncul skuad olimpik 1984 yang diketuai oleh Ahmad Yusof.Pasukan ini berjaya melangkah hingga ke pusingan ke 3 olimpik sebelum disingkirkan Kuwait.Dan skuad ini dikekalkan menjelang kelayakan Piala Dunia 1986 yang berlangsung secara round robin.

Segalanya nampak berjalan lancar ketika Malaysia menundukan Korea selatan 1-0 dalam aksi pembukaan hasil jaringan Dollah Salleh di stadium Merdeka.Namun ada sesuatu yang tidak kena apabila skuad ini seri 0-0 bertemu pasukan kerdil,Nepal. Namun,ketika perlawanan ke 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur,Malaysia membelasah lawan yang sama dengan jaringan 5-0,hatrik dari Zainal Abidin Hassan. Dan ibarat perlawanan penentuan ke Olimpik 1980,Malaysia sekali lagi dipertemukan jodoh dengan musuh tradisi,Korea Selatan. Skuad kita terbang ke Seoul dengan pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh pihak media Korea pada ketika itu.

Begitulah tahapnya kegentaran Korea kepada Malaysia. Kecederaan pemain tengah serba boleh, Lim Teong Kim dan penjaga gol utama,Rashid Hasaan memberi peluang kepada pemain skuad belia,A.Anbalagan dan penjaga gol muda berpotensi Kedah,Azmi Mahmud tersenarai skuad ke Soeul. Namun Azmi Mahmud hanya menjadi pilihan ke 2 di belakang Ong Yu Tiang. Setibanya di Soeul, pasukan kebangsaan kita disambut seperti pengganas dengan tohmahan serta cacian di airport. Namun,mental pemain sedikit pun tidak terjejas. Bagaimana hak kita untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan keadaan stadium juga dinafikan. Kita hanya berlatih di padang awam di pinggir bandar Soeul. Korea berjaya dalam merosakan mental pasukan kita dengan langkah pertama. Langkah ke 2 ialah dengan melantik pengadil dari Jepun untuk mengadili perlawanan, dan diluluskan oleh FIFA tanpa bertanya mengapa perlu pengadil negara jiran ?? Memang Korea bimbang akan ditumbangkan Malaysia di kandang sendiri,kegentaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan mendakwa pemain jersi 12 Malaysia(Azizul Abu Haniffah) seperti membawa kain hitam yang diletakan di dalam seluar. Dasyat bukan? Fitnah Korea bukan kepalang. Dan jelas,10 minnit pertama Malaysia menguasai perlawanan sebelum Ong Yu Tiang menghadiahkan penalti kepada Korea apabila menjatuhkan Park Chang Sun, dan Park sendiri  mengambil sepakan tersebut dan meletakan Korea dihadapan. Keadaan di tanah air ketika itu mula mempertikaikan pemilihan Yu Tiang ketika itu dan kemungkinan gopoh merupakan tindakan beliau menjatuhkan Park. Namun mereka terlupa kerana pilihan ke 2 ketika itu,Ahmad Sobri Ismail diharamkan beraksi kerana provokasi terhadap Presiden FAM(sultan ahmad shah).Tiada pilihan selain meletakan Azmi sebagai pilihan pertama dan penjaga gol vateran,A.Arumugam sebagai pilihan ke 2.

Dan Ketika Malaysia masih mencari semula rentak selepas ketinggalan, sekali lagi Ong Yu Tiang ibarat membuang tiket ke Mexico 1986 apabila gagal menampan kemas rembatan pemain Korea yang mudah bergolek masuk. Masih teringat kata pengulas ketika itu,Dato Rahim Razali yang mengatakan " bye-bye Mexico " merujuk kepada peluang Malaysia ke piala dunia sudah tertutup. Hilangnya rentak Mokhtar Dahari memberi peluang Dollah Salleh mengantikan beliau selepas rehat. Itu merupakan perlawanan antarabangsa terakhir arwah bersama skuad kebangsaan. Separuh masa ke 2,barulah Malaysia bertukar wajah namun harapan untuk melihat Malaysia bangkit hampir menjadi kenyataan sebelum jaringan Dollah dibatalkan kerana mengasari pertahanan lawan. Bukan sedikit kekecewaan Malaysia,lambungan menarik Azizul yg jelas melepasi garisan gol juga tidak dikira,jelas sekali memang berbaloi Korea melantik pengadil dari Jepun mengadili perlawanan. Dan hasilnya,Korea berjaya ke penentuan kelayakan akhir dan menewaskan Korea Utara untuk menempah tiket ke Mexico 1986.

Di kem Kebangsaan, kekecewaan jelas terpancar disebalik hadiah paling pahit sempena persaraan Mokhtar Dahari. skuad kebangsaan dicemuh ketika pulang ke tanah air. skuad yang dilihat terbaik pernah dilahirkan akhirnya terkulai. Namun,bagi saya pengadil yang bertangungjawab di atas kekalahan ini. Juga perlu dingatkan bagaimana mental pemain kita diganggu dan di provokasi dengan teruk ketika tiba di Soeul. Inilah pengalaman skuad beharga. Jika lawan terlalu takut,pelbagai cara akan digunakan.



ABD RAHIM BIN HJ KHAMIS

23 JUN 2005






http://ehistory.kr/pop/movie_pop ... bn=DK&quality=W


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 08:32 PM | Show all posts
Harap2...kemenangan di Pihak malaysia..........Amin
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2011 12:05 AM | Show all posts
Reign In Black



Harimau Malaya II



Painter/Illustrator/Comic Artist : Aedes / Aedestrix / Hulubalang Lubuk (Ahmad Kamil Sabri)


http://www.facebook.com/reigninblack

Email : aedescomic@yahoo.com



















Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 11:28 AM | Show all posts
Harimau Malaya tagih sokongan padu peminat



Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


NADA kecewa disuarakan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini. Bukan kerana pengurus Liverpool, Kenny Dalglish sudah pulang awal ke England tetapi Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketika Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.

“ Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “ Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “ Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.

“ Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia ? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru, ” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.

“ Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arse- nal pun mampu tewaskan pasu- kan sehebat Barcelona. “ Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada sku- ad negara sendiri, ” tegas Raja- gobal.

Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “ Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura, ” ujarnya.


- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2011 08:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2011 01:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2011 06:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 12:50 AM | Show all posts
PESANAN Claude Le Roy...



Tuesday, 26 July 2011


Salam

Apa yang dilalui oleh Skuad Harimau Malaya pada hari ini, telah mengingatkan aku kembali ketika aku mewakili Skuad Olimpik Malaysia pada Kelayakan Olimpik Atlanta 1996 di dalam Kumpulan C bersama-sama Singapura dan China.

Pada ketika itu kami telah dibimbing oleh ketua jurulatih berpengalaman dari Perancis yang begitu tegas sifatnya serta mempunyai etika profesionalisme yang tinggi iaitu Mr. Claude Le Roy dibantu oleh En. Irfan Bakti dan En. Lim Chuan Chin (Jurulatih Penjaga Gol).




Cloude Le Roy ketika memberi penerangan kepada pemain


Cuma pada ketika itu sitiuasi tekanan jauh amat berbeza daripada hari ini kerana waktu itu satu sejarah hitam telah melanda bola sepak tanah air dengan tertangkapnya ramai pemain di atas amalan “ Rasuah ” (1994)

“ Berat Mata Memandang Lagi Berat Bahu Memikul ” dengan perumpamaan ini sahaja yang dapat aku gambarkan kepada peminat2 bola sepak tanah air. Kami diberikan tugas yang amat penting dan harapan yang tinggi daripada semua pihak untuk mengembalikan “ Maruah ” bola sepak Negara ketika itu. Pada perlawanan pembukaan menentang Singapura (Julai 1995) dalam Kumpulan C, pasukan kami tewas kepada Singapura (2-0) dengan  kehadiran lebih 40,000 penyokong tuan rumah Singapura. Kedua-dua jaringan pihak lawan telah dijaringkan oleh Lee Man Hon.

Apabila tiupan wisel penamat ditiupkan ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu, setelah semua kuderat dan perancangan jurulatih telah kami “ FOKUS ” dan berikan. Hinaan dan cacian dilemparkan kepada kami. Ketika berjalan keluar menuju ke dressing room Aku dan rakan2 tunduk kecewa. Tanpa sedari Aku telah ditampar oleh Claude Le Roy serta diiringi dengan kata-kata keramatnya. Dengan prinsip dan falsafah yang tinggi Claude Le Roy sehingga kini kata-katanya itu tersemat dalam ingatan aku.




Aku memakai jersey No. 7 (Malaysia vs Singapura)


“ Jangan Sesekali Memalingkan Muka Kamu Menyembah ke Bumi, Terus mendogak dagu, membuka dada kerana perjuangan kamu belum berakhir ” – Claude Le Roy


Oleh itu dengan kata-kata ini aku berharap Skuad Harimau Malaya jangan mengaku kalah, teruskan perjuangan untuk memartabatkan nama “ MALAYSIA ” di arena bola sepak Asia. Aku berharap peminat-peminat bola sepak tanah air bersama-sama kita memberi sokongan dan berjuang untuk bola sepak Negara kita “ MALAYSIA ”

Sekian




Nukilan :



En Hasnizam Uzir

Mewakili JOHOR : - 1 ) MSSM (Bwh12) 2 ) Piala FAM/MILO (Bwh14,16,18) 3 ) MSSM (Bwh18) 4 ) Piala Razak (Bwh18) 5 ) Piala President 6 ) Johor (1992-1998) 7 ) Johor FC (1999-2000) 8 ) Malaysia Olimpik (Atlanta 1995)


http://akubekasplayer.blogspot.com/

http://www.facebook.com/nizam.ddepp



Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 02:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 04:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 4-8-2011 18:39




http://www.youtube.com/watch?v=L5S6kbUYgWk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.602225 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list