CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 翻转全球

Allah buka jalan untukku

[Copy link]
Post time 11-5-2010 07:43 AM | Show all posts
Sudah saya perkatakan pada kamu, jika kamu tidak paham Islam, maka belajarlah Islam.
Bapa Post at 10-5-2010 21:29



Dalam konteks perbincangan kita ini, aku rasa, tiada isu aku x tentang Islam atau apa..

Seperti yang aku katakan, lainlah kalau dalam Islam seseorang itu boleh berkata..Aku BERKUASA mengampuni dosa...Melihat kepada keadaan semasa Yesus meengucapkan kata2 tersebut..pesakit lumpuh berkenaan tiada melakukan kesalahan apa2 pun terhadap Yesus.

Perkara biasa bagi manusia berkata...aku mengampuni kesalahan anda...tetapi tiada manusia boleh berkata..aku BERKUASA mengampuni dosa....sekali lagi, tak tau la..kalau Islam membenarkannya...

Begitu juga dengan penyataan Yesus lain..

Berdasarkan pembacaan aku tentang konsep tauhid dan syirik dalam Islam dan hubungangan dengan isu yg kita bincangkan, aku rasa, anda sendiri sebagai org Islam tidak memahami konsep tauhid dan syirik.

Aku heran bagaimana anda tiada masalah tentang ucapan Yesus..seperti aku dan bapa adalah satu..berdoa dalam nama Yesus, Yesus dan Bapa mengabulkan doa...sedangkan dalam Islam..hanya kepada TUHAN sahaja perlu meminta pertolongan..dan hanya Allah sahaja boleh mengabulkan doa...

Aku heran apabila anda sebagai Islam menganggap perkara biasa sahaja apabila Yesus berkata..dia anak manusia akan datang pada hari kiamat dengan penuh kemuliaan..kkuasa....mengarahkan para malaikat..duduk di atas tahkta....mengadili semua bangsa..etc etc..sedangkan dlm Islam, perkara tersebut hanyalah milik Allah...

Malahan dalam Quran, dikatakan hanya Allah sahaja raja segala raja..tetapi dalam Perjanjian Baru..Yesus juga digelar raja segala raja etc etc etc...

Jadi dalam hal ini, aku galakkan anda juga mengkaji agama sendiri dengan lebih mendalam tentang isu ini, sebelum anda menyimpang lebih jauh dari konsep tauhid dan syirik yang agama anda sendiri ajarkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2010 08:43 AM | Show all posts
seperti yang saya katakan sebelumnya, sekiranya saudara tidak tahu pasal Islam, maka belajarlah Islam. Lagipun konteks perbincangan kita adalah membuktikan konsep Yesus itu tuhan atau hanya utusan/ nabi iaitu manusia semata-mata bukan tuhan. Dan saya membawa hanya melalui ayat2 Bible itu sendiri yang cukup membuktikan Yesus itu cuma seorang utusan bukannya tuhan. Malah kesimpulan yang saya dapat dari diskusi kita ini membuktikan:-
1. Tiada satu ayat pun dalam Bible mengungkapkan bahawa Yesus pernah mengaku sebagai tuhan, malah Yesus dengan secara jujur, telus dan berterus-terang mengatakan yang layak disembah atau tuhan yang esa adalah Allah. Yesus juga secara berterus-terang mengaku bahawa dirinya adalah seorang utusan dan seorang nabi. Dengan pengakuan terus-terus Yesus sendiri cukup dijadikan bukti bahawa Yesus seorang manusia bukannya tuhan.

2. Ayat-ayat lain yang kononnya mendakwa bahawa Yesus itu tuhan pula begitu kabur dan hanya berlandaskan andaian atau pandangan s pembaca. Kerana apabila saya membaca pengertian dan pemahaman saya mendapati tidak pula membuktikan Yesus itu tuhan, malah semkin banyak membuktikan Yesus itu manusia, misalnya penggunaan nama 'anak manusia', sudah cukup membuktikan sebagai manusia, nama anak Allah kalau kita semak Bible bukan YeYesus seorang sahaja, manusia lain juga digelar anak allah, dan alfa omega apabila disemak Bible hanya Allah yang mengakuinya, Yesus pula tidak, dan banyak lagi.

***Mengapakah perlu memaksa diri untuk mempercayai Yesus itu tuhan padahal sebaliknya Bible sendiri tidak pernah menyatakan Yesus itu tuhan. Malah lebih terbukti sebagai nabi dan utusan tuhan semata-mata.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 11-5-2010 10:42

Reply 182# Bapa


so..mengikut anda..nabi2 dan orang Islam boleh membuat dakwaan seperti yang Yesus cakap ler...

anak manusia etc merupakan istilah..sama seperti istilah lain..teteapi sifat yang dibawa bersama istilah itu adalah paling penting...anak manusia datang dengan kemuliaan..anak manusia duduk di atas taktha...anak manusia mengadili yang hidup dan mati......sifat-sifat anak manusia itu..anda x nak sentuh ke?

Berkenaan posting 158 aku, dimana Yesus menerima sembah dari manusia...tiada ulasan ke komen? atau Islam bagi anda membenarkn manusia disembah..

Mungkin anda perlu bentangkan bukti..dari nabi2 lain..termasuk dari nabi anda...bahawa ucapan Yesus itu hanyalah perkara biasa bagi para nabi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:15 AM | Show all posts
Matius: 25:31-32

Apabila Anak Manusia datang dalam kemuliaan-Nya dan semua malaikat bersama-sama dengan Dia, maka Ia akan bersemayam di atas takhta kemuliaan-Nya.Lalu semua bangsa akan dikumpulkan di hadapan-Nya dan Ia akan memisahkan mereka seorang dari pada seorang, sama seperti gembala memisahkan domba dari kambing..."


Mungkin saudara taksub dengan ayat ini, mungkin saya tidak mengulas pada sebelumnya. Ok saya mengulas untuk saudara. Ayat ini tidak pun menunjukan bahawa anak manusia itu siapa, jika saudara maksudkan Yesus, adakah saudara lupa dengan ayat:- Ibrani 12:2

Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah.

tengok, Bible sendiri menyatakan bahawa Yesus duduk di sebelah kanan tahta Allah? jadi tahta kemulian yang diduduki oleh Yesus lebih rendah atau kecil dari Allah. Sekali lagi membuktikan bahawa Allah adalah tuhan dan Yesus penolong atau utusannya.

Malah kalau kita baca lagi :-
Ibrani 2:9

"Tetapi Dia, yang untuk waktu yang singkat dibuat sedikit lebih rendah dari pada malaikat-malaikat, yaitu Yesus, kita lihat, yang oleh karena penderitaan maut, dimahkotai dengan kemuliaan dan hormat, supaya oleh kasih karunia Allah Ia mengalami maut bagi semua manusia."

Bermakna Yesus lebih rendah dari malaikat-malaikat?
Ini semua membuktikan bahawa Yesus bukan tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 02:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shalom at 11-5-2010 14:16

Reply 184# Bapa

Kalau anda benar-benar ada baca Alkitab, anda akan tahu anak manusia dalam NT tu merujuk kepada siapa....Tp bila aku ckp anda x bc kitab Kristian..anda tuduh aku pula yg tsentap...Benda asas tu bro...kalau dlm Islam..antara rukun imam tu...

Duduk disebelah kanan Bapa...maksudnya berkongsi kuasa...

Kalau Bapa di atas takhta disembah oleh para malaikat..Yesus juga menerima sembahan yang sama...

Wahyu 5:13

Bagi Dia yang duduk di atas tahya dan bagi Anak Domba adalah puji dan hormat dan kemuliaan sampai selama-lamanya.
Senang cerita..kemukakan sahaja bukti dari Quran kalau ada nabi lain boleh duduk disebelah kanan Allah..

Yesus menerima sembahan/pujian dan hormat sama seperti Bapa...


Berkenaan Ibrani Ibrani 2:9, Yesus seketika rendah dari malaikat....Maksud seketika adalah selama 33 tahun Yesus di atas bumi...selepas Yesus kembali ke surga...para malaikat di bawah kekuasaannya...


Aku sedang menunggu senarai nabi/contoh nabi dalam Islam dr anda yang menerima sembahan dan kemuliaan  seperti Yesus
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 07:21 PM | Show all posts
Reply 185# cmf_shalom

Dalam Kitab Wahyu, kita melihat bagaimana Yesus berkongsi kemuliaan, kuasa, pangkat, kemuliaan dengan Allah Bapa.

Dalam postin aku 158, aku telah menyertaan beberapa peristiwa..dimana Yesus menerima sembah dari manusia. Sekarang mari kita lihat dalam kitab Wahyu.

Wahyu 1:5-6


"dan dari Yesus Kristus, Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati dan yang berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia, yang mengasihi kita dan yang telah melepaskan kita dari dosa kita oleh darah-Nya, dan yang telah membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya, --bagi Dialah kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin".

Dalam ayat ini memberitahu kita..Yesus, berkuasa atas segala raja, Dia mengasihi kita, melepaskan kita dari dosa dengan darahNYA, menjadikan kita iman bagi Allah Bapa dan Dialah kemuliaan dan kuasa selamanya. Ayat ini Yesus diganding dengan Bapa menerima kemuliaan dan kuasa selama-lamanya.

Wahyu  1:8

"Akulah yang pertama dan yang terakhir," kata Tuhan Allah, yang ada, yang sudah ada, dan yang ada seterusnya, Yang Mahakuasa.

Ayat ini memberitahu kita, Yang Pertama (alfa) dan Yang Terakhir (omega) adalah sifat Allah.

Wahyu 1:17

Ketika saya melihat-Nya, saya tersungkur di depan-Nya seperti orang mati. Tetapi Ia meletakkan tangan kanan-Nya pada saya lalu berkata, "Jangan takut! Akulah yang pertama dan yang terakhir. Akulah Dia yang hidup! Aku sudah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup untuk selama-lamanya. Aku berkuasa atas kematian, dan atas dunia orang mati.

Siapakah yang telah mati tapi hidup? YESUS..Akulah Yang Pertama (alfa) dan Yang Terakhir (omega), aku telah mati, tapi lihat dah hidup. Yesus adalah alfa dan omega..Yesus telah mati..tapi sekarang hidup dan Yesus berkuasa atas dunia orang mati!

Ayat 17 memberi tahu kita, alfa dan omega adalah sifat Allah...dan dalam ayat 17..Yesus mendakwa Dia adalah alfa dan omega!

Wahyu 2:8

Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Smirna: Inilah firman dari Yang Awal dan Yang Akhir, yang telah mati dan hidup kembali:

Sekali dalam ayat ini..Yesus berkata Dia lah alfa dan omega. Kali  ini Yesus berfirman! Ayat dalam 1:17 memberitahu kita bahawa Allah berfirman...dalam keseluruhan bab dua..Yesus juga berfirman!

Wahyu 5;12

"Dan mereka menyanyi dengan suara yang kuat, "Anak Domba yang sudah disembelih itu, layak untuk menerima kuasa, kekayaan, kebijaksanaan dan kekuatan; Ia layak dihormati, diagungkan dan dipuji-puji!"

Anak Domba  disembah!

Wahyu 5:13

"Lalu saya mendengar segala makhluk di langit, di bumi, di bawah bumi dan di dalam laut--singkatnya segala makhluk di semesta alam ini--menyanyi, "Dia yang duduk di atas takhta, dan Sang Anak Domba itu, adalah terpuji dan terhormat serta agung dan berkuasa untuk selama-lamanya!"

Seluruh genap makluk menyembah Allah Bapa dan Yesus...Ya..Yesus disembah sama seperti Bapa disembah! Jangan tanya aku Anak Domba itu siapa...


Wahyu 21:5-6

Ia yang duduk di atas takhta itu berkata: "Lihatlah, Aku menjadikan segala sesuatu baru!" Dan firman-Nya: "Tuliskanlah, karena segala perkataan ini adalah tepat dan benar.Firman-Nya lagi kepadaku: "Semuanya telah terjadi. Aku adalah Alfa dan Omega, Yang Awal dan Yang Akhir. Orang yang haus akan Kuberi minum dengan cuma-cuma dari mata air kehidupan."

Allah Bapa adalah Alfa dan OMega. Yesus pun Alfa dan Omega.

Orang yang haus..Allah akan bagi minum dengan cuma-cuma dari mata air kehidupan. Ingat balik apa ucapan Yesus dalam Yohanes? Bahawa Dia, Yesus akan memberi minuman percuma dari mata air kehidupan kepada org yang percaya kepadanya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2010 11:32 PM | Show all posts
ermm saudara seringkali meminta saya untuk memberi komen ke atas post 158. Dan apabila membacanya saya tidak menemukan bukti bahawa Yesus itu tuhan, apatah lagi Yesus mengaku sebagai tuhan, tiada satu pun. Semua pendapat saudara di 158 disandarkan kepada kaedah khayalan dan andaian semata-mata. Saya cuba memahami mengikut kaedah logik.

Bukan sahaja dalam Kitab Wahyu, dalam Injil sendiri, Yesus juga menerima sembah dari manusia.

Matius 2:2

dan bertanya-tanya: "Di manakah Dia, raja orang Yahudi yang baru dilahirkan itu? Kami telah melihat bintang-Nya di Timur dan kami datang untuk menyembah Dia.....Maka masuklah mereka ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu bersama Maria, ibu-Nya, lalu sujud menyembah Dia. Merekapun membuka tempat harta bendanya dan mempersembahkan persembahan kepada-Nya, yaitu emas, kemenyan dan mur."


mereka ini mencari seorang raja yahudi. perkataan raja sudah menerangkan segalanya. Raja memang lah disembah. Tetapi bukan kerana raja itu tuhan tetapi untuk memuliakannya. Menyembah juga pelbagai cara. Sembah tuhan ada cara tersendiri, sembah raja ikut adat dan sebagainya. Sebagai rakyat malaysia yg mengamalkan raja berpelembagaan saya pasti saudara tidak ada masalah  dalam perkara ini.

Matius 8:2

Maka datanglah seorang yang sakit kusta kepada-Nya, lalu sujud menyembah Dia dan berkata: "Tuan, jika Tuan mau, Tuan dapat mentahirkan aku."


Matius 9:18

Sementara Yesus berbicara demikian kepada mereka, datanglah seorang kepala rumah ibadat, lalu menyembah Dia dan berkata: "Anakku perempuan baru saja meninggal, tetapi datanglah dan letakkanlah tangan-Mu atasnya, maka ia akan hidup."


Dari dua ayat ini juga 'sembah' tidak bermaksud Yesus tuhan, lebih kepada seorang yang terlalu berharap meminta tolong sehingga sanggup sujud menyembah. Mungkin mereka ini telah melihat mukjizat Yesus dan sama ada mahu pembuktian atau ingin disembuhkan dan seorang lagi mahu anaknya hidup kembali.

Pendeknya semua sembahan itu bukanlah membawa maksud menyembah tuhan tetapi membawa pelbagai maksud. Jadi post 158 kamu tidak membuktikan Yesus tuhan.

*** saya agak sibuk, almaklum saya membuka internet bila ada masa lapang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2010 11:41 PM | Show all posts
Sekali lagi saya mengatakan bahawa tiada satu ayat Bible pun Yesus mengaku sebagai tuhan malah beliau berterus terang mengaku nabi dan utusan sahaja. Yesus juga berterus terang mengajar untuk mengimani Allah sebagi tuhan yang esa dan hanya Allah tuhan yang patut disembah.

ayat-ayat lain pula tidak membuktikan Yesus tuhan malah mengukuh lagi Yesus hanya manusia bukan tuhan. malah dakwaan kristen dalam menafsir bible banyak menggunakan kaedah andaian dan hayalan semata-mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2010 07:48 AM | Show all posts
Reply 187# Bapa

Boleh seorang raja disembah? Dalam konteks Alkitab, Juedo-Kristian, sembah hanya layak bagi bagi TUHAN. Tak tau lah aku kalau dalam Islam.

Boleh seorang manusia biasa disembah? Kalam Judeo-Christian..hanya TUHAN sahaja yang layak disembah...Tak tau la aku kalau dalam Islam.

Walau macam mana pun kita nak memerlukan bantuan sesama manusia..hatta dlm keadaan tsedak..kita tidak boleh menyembah seseorang.

Yesus pula, tidak  menegur... adakah Yesus menegur..hi..jangan sembah aku....

Lihat reaksi manusia biasa seperti petrus dan rasul lain apabila mereka disembah..Malaikat pun menolak sembah dari manusia...Sebab Petrus dan para rasul lain dan malaikat tahu..sembah hanya layak diberi kepada TUHAN..


Tapi sekali lagi, x tau la aku kalau dalam Islam manusia boleh disembah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 11:14 AM | Show all posts
Reply 189# cmf_shalom


saya berpendapat bahawa saudara bukan lupa tetapi sememangnya saudara tidak pernah membaca alkitab.

"Lalu Batsyeba berlutut dan sujud menyembah kepada raja. Raja bertanya: "Ada yang kauingini?" (1 Raja-raja 1: 16)

dalam ayat ini Batsyeba berlutut dan sujud menyembah raja Daud.

banyak lagi ayat lain.

Diberitahukan kepada raja: "Itu ada nabi Natan." Masuklah ia menghadap raja, lalu sujud menyembah kepada raja dengan mukanya sampai ke tanah. (1 raja-raja 1:23)
Lalu Batsyeba berlutut dengan mukanya sampai ke tanah; ia sujud menyembah kepada raja dan berkata: "Hidup tuanku raja Daud untuk selama-lamanya!"( 1 raja-raja 1; 31)
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 09:52 AM | Show all posts
Reply 188# Bapa

Sekali lagi saya mengatakan bahawa tiada satu ayat Bible pun Yesus mengaku sebagai tuhan malah beliau berterus terang mengaku nabi dan utusan sahaja. Yesus juga berterus terang mengajar untuk mengimani Allah sebagi tuhan yang esa dan hanya Allah tuhan yang patut disembah.


Kisah 26:15  Tetapi aku menjawab: Siapa Engkau, Tuhan? Kata Tuhan: Akulah Yesus, yang kauaniaya itu.

Yohanes 13:13  Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan.

Yohanes 8:12  Maka Yesus berkata pula kepada orang banyak, kata-Nya: "Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup."

Yesaya 9:6  (9-5) Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.
   
Cukupkah ayat ayat di atas utk santapan saudara?

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2010 09:23 PM | Show all posts
Kisah 26:15  Tetapi aku menjawab: Siapa Engkau, Tuhan? Kata Tuhan: Akulah Yesus, yang kauaniaya itu.


Kisah 26 iaitu pembelaan Paulus di depan Raja agraria. Jadi orang yang bercerita ini adalah Paulus, bukan Yesus. Ia dakwaan Paulus bukan Yesus. Kerana Yesus Cuma berkata ; Akulah Yesus yang kau aniaya itu.” Tetapi Paulus pula menambah dan menyebut di depannya “Kata Tuhan:” ........ Jadi ia sekadar dakwaan dan  bukan pengakuan Yesus itu sendiri. Oleh itu bukti ini terbatal.

Yohanes 13:13  Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan.


Bagi Yohanes  13:13, permasalahan terjemahan Indonesia sahaja yang menyebut tuhan, padahal  terjemahan lain seperti  Inggeris iaitu Lord, yang membawa maksud raja, tuan atau penguasa.
Bible Inggeris:-
“You call Me the Teacher (Master) and the Lord, and you are right in doing so, for that is what I am.”
Sepatutnya lebih sesuai:-
“Kamu menyebut Aku Guru dan Tuan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuan.”
Jika kamu memaksa bahawa terjemahan Lord itu adalah tuhan, maka rujuk ayat ini.
Bible Inggeris:-
1 Kings:1: 17
"And she said to him, My lord, you swore by the Lord your God to your handmaid, saying, Assuredly Solomon your son shall reign after me and sit upon my throne"

Jadi ini bermakna Daud juga adalah tuhan? Jadi tidak mebuktikan yesus tuhan.

Yohanes 8:12  Maka Yesus berkata pula kepada orang banyak, kata-Nya: "Akulah terang dunia; barangsiapa mengikut Aku, ia tidak akan berjalan dalam kegelapan, melainkan ia akan mempunyai terang hidup."


Tiada bukti Yesus tuhan dalam ayat ini.

Yesaya 9:6  (9-5) Sebab seorang anak telah lahir untuk kita, seorang putera telah diberikan untuk kita; lambang pemerintahan ada di atas bahunya, dan namanya disebutkan orang: Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai.


Merujuk kepada Keluaran 7:1
“Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai Allah bagi Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu.”
Jika putera itu adalah Allah maka adakah lupa pada ayat Keluaran 7:1 yang menyatakan Musa itu Allah. Jadi Musa juga Allah? Musa adalah Tuhan? Jadi tidak membuktikan yesus tuhan.

Cukupkah ayat ayat di atas utk santapan saudara?

Sekian.


Ayat-ayat itu telah membuktikan bahawa Yesus bukan tuhan, ayat Bible bercanggah antara satu sama lain dan kesanggupan Kristen Indonesia mengelirukan terjemahan Lord.  Rujuk kepada bahasa  asal iaitu “mar’ dari bahasa Ibrani yang bermaksud “tuan”.  Tetapi Kristen Indonesia menterjemah dari bahasa Yunani iaitu Kurios .  Padahal Kurios hanya terjemahan dari ‘mar’ iaitu bahasa Ibrani  (bahasa diguna pakai oleh Yesus). Oleh demikian lebih patut ikut bahasa asal iaitu ‘mar’ yang bermaksud “tuan” sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 06:32 AM | Show all posts
Reply 192# Bapa

Yo saudara,

Saya bukan minta pandangan saudara atas ayat tu. Saudara katakan dalam alkitab Yesus tidak pernah mengakui diriNya sebagai Tuhan. Saya tunjukkan ia memang ada. Itu adalah hakikat yg saudara harus terima.

Jadi ia sekadar dakwaan dan  bukan pengakuan Yesus itu sendiri. Oleh itu bukti ini terbatal.


Dakwaan terbatal atas perkataan saudara?? Siapa saudara utk membatalkan Firman Tuhan yg tertulis lebih lama dari buku suci saudara tu. Jadi kalau saudara beria-ia nak batal sini sana tu, baik batal buku saudara tu sendiri.

1 Kings:1: 17
"And she said to him, My lord, you swore by the Lord your God to your handmaid, saying, Assuredly Solomon your son shall reign after me and sit upon my throne"


Saudara, mungkin saya berikan lebih byk ayat supaya saudara faham apa maksud apabila Yesus katakan Dia adalah Tuhan

When the LORD God made the earth and the heavens-- 5 and no shrub of the field had yet appeared on the earth and no plant of the field had yet sprung up, for the LORD God had not sent rain on the earth and there was no man to work the ground, 6 but streams came up from the earth and watered the whole surface of the ground-- 7 the LORD God formed the man from the dust of the ground and breathed into his nostrils the breath of life, and the man became a living being.

Sekiranya saudara lihat dalam alkitab, org merujuk kepada Daud sebagai Tuan kerana dia adalah seorg raja. Adakah Yesus seorg raja? yg melayakkan Dia dipanggil sebagai Tuan? Atau Dia adalah Raja segala Raja dan Tuan segala Tuan aka Tuhan, sebab tu dipanggil Tuan? Rasanya saudara pun boleh baca alkitab juga kan. Berapa byk "Tuan" aka "Lord" yg digunakan merujuk kpd manusia dan berapa kali ia digunakan utk merujuk kpd Tuhan. Saudara pergi fikirkan.

Tiada bukti Yesus tuhan dalam ayat ini.


Terang aka kebenaran cuma datang dari Tuhan.


Merujuk kepada Keluaran 7:1
“Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Lihat, Aku mengangkat engkau sebagai Allah bagi Firaun, dan Harun, abangmu, akan menjadi nabimu.” Jika putera itu adalah Allah maka adakah lupa pada ayat Keluaran 7:1 yang menyatakan Musa itu Allah. Jadi Musa juga Allah? Musa adalah Tuhan? Jadi tidak membuktikan yesus tuhan.


Sekiranya saudara baca baik baik tu. Dia katakan tuhan utk Firaun je, bukan utk semua org. Lagipun konteks sebenar merujuk kpd  penterjemahan english ialah "like God" aka "seperti Tuhan"...

Tambahan pulak, sekiranya Tuhan berkuasa membenarkan Musa jadi seperti Tuhan, kenapa tidak pulak utk Yesus sebagai Tuhan? Renungkan disini, ayat yg saya beri tu ada byk gelaran tu..Penasihat Ajaib, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai...

Sesiapa yg lihat gelarang di atas akan terus merujuk kpd Tuhan. Tiada manusia yg kekal, saudara. Fikirkan.

Ayat-ayat itu telah membuktikan bahawa Yesus bukan tuhan, ayat Bible bercanggah antara satu sama lain dan kesanggupan Kristen Indonesia mengelirukan terjemahan Lord.  Rujuk kepada bahasa  asal iaitu “mar’ dari bahasa Ibrani yang bermaksud “tuan”.  Tetapi Kristen Indonesia menterjemah dari bahasa Yunani iaitu Kurios .  Padahal Kurios hanya terjemahan dari ‘mar’ iaitu bahasa Ibrani  (bahasa diguna pakai oleh Yesus). Oleh demikian lebih patut ikut bahasa asal iaitu ‘mar’ yang bermaksud “tuan” sahaja.


Sekiranya saudara masih lagi keras kepala dgn pendirian saudara tu, tiada org yg dpt bantu saudara. Saudara sendiri yg katakan tiada dalam alkitab yg mengatakan Yesus adalah Tuhan, saya tunjukkan dan berikan buktinya. Dan saudara memutarbelitkan hakikat yg Yesus mengakui Dia adalah Tuhan demi supaya saudara boleh terus kekal dalam kedaifan ttg kebenaran alkitab.

Tidakkah saudara tahu sekiranya, salah satu daripada ayat yg diberikan saya itu benar, dan lebih byk lagi yg ada dlm alkitab. Jika cuma satu ia adalah benar, ia secara langsung telah membuktikan saudara itu salah. Fikirkan apakah keberangkalian yg saya salah dan saudara salah? Pandangan termasuk konsep saudara dtg dari fikiran saudara, tetapi yg kami pegang adalah dari buku alkitab yg wujud sampai hari ini.

Salinan lama alkitab perjanjian lama dan baru adalah dlm lingkungan beribu-ribu naskah, yg boleh dikesan ke zaman Yesus (perjanjian baru) dan zaman sebelum Yesus (perjanjian lama). Ia mengalahkan segala buku lama yg ada termaksud buku saudara itu. Fikirkan.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 01:48 PM | Show all posts
Seperti apa yang saya kata kan bahawa Lord adalah terjemahan dari 'mar' iaitu bahasa Ibrani (bahasa Diguna Yesus) yang membawa maksud 'tuan', Yesus dipanggil 'mar' iaitu 'tuan' kerana diiktiraf sebagai raja atau pemimpin orang Israel. Begitu juga dengan Daud dipanggil lord. Yesus dipanggil mar/ tuan jadi Yesus bukan tuhan.
Keluaran 7:1 terjemahan Inggeris:-
"THE LORD said to Moses, Behold, I make you as God to Pharaoh [to declare My will and purpose to him]; and Aaron your brother shall be your prophet."
Nampak tak? Musa adalah tuhan?
Ayat Yesaya 9:6 kita rujuk ayat penting iaitu "dan namanya disebutkan orang:" . perkataan disebutkan orang sudah menjelaskan segalanya. Hanya dakwaan atau panggilan sahaja, bukannya pengakuan Yesus sendiri.

Saudara sendiri suruh fikirkan. Jadi apabila difikirkan makna ayat-ayat yang saudara bagi tidak pun membuktikan Yesus tuhan apatah lagi Yesus sendiri tidak pernah mengaku tuhan.
Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 02:09 PM | Show all posts
ye la tue saudara..terpulang saudara saja..jika hati saudara berkeras seperti itu..semua terpulang saudara..apa yang kita tabur itulah yang kita tuai..jadi apa yang kita lakukan di bumi ini itulah yang kita tuai di akhirat nanti..oleh itu haruslah kita menabur benih yang sihat(baik)supaya kita akan menuai hasil yang baik nantinya..dan 1 lagi kita manusia yang lemah..kita x dapat menabur dan menuai benih yang sihat jika TIDAK melalui YESUS KRISTUS
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2010 04:00 PM | Show all posts
Reply 194# Bapa

Yesus dipanggil mar/ tuan jadi Yesus bukan tuhan.


Rasanya saudara masih tidak lagi faham apa yg saya telah jelaskan di post sebelumnya. Yesus bukan seorg raja. Dia dilahirkan di sebuah perkampungan biasa dan sebuah keluarga yg biasa. Bapanya seorg tukang kayu dan Dia juga dipanggil anak tukang kayu. Tetapi org memanggilnya Tuan. Kenapa?

Daud dipanggil tuan kerana Dia telah menjadi seorg raja. Sebab itu, dia layak dipanggil tuan. Yesus pula bukan seorang raja tetapi dipanggil tuan? Kenapa? Ini persoalan yg saya nak saudara fikirkan.

Lebih lebih lagi, masa Paulus mengatakan tuan tu, siapa yg dirujuknya?? Manusia biasa ke atau Tuhan?

Keluaran 7:1 terjemahan Inggeris:- "THE LORD said to Moses, Behold, I make you as God to Pharaoh [to declare My will and purpose to him]; and Aaron your brother shall be your prophet." Nampak tak? Musa adalah tuhan?


Saudara pun boleh baca kan. "as God" bukan bermaksud Musa jadi Tuhan. Tuhan katakan dia akan jadikan Musa seperti Tuhan ke atas Firaun. Bukan jadi Tuhan. Itu yg saudara telah keliru. Baca balik ayat tu.

Ayat Yesaya 9:6 kita rujuk ayat penting iaitu "dan namanya disebutkan orang:" . perkataan disebutkan orang sudah menjelaskan segalanya. Hanya dakwaan atau panggilan sahaja, bukannya pengakuan Yesus sendiri.


Yesaya adalah Firman Tuhan kan? Ia merujuk kepada siapa? Yesus kan..

Yohanes 8:58  Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Abraham jadi, Aku telah ada."

Abraham wujud 600 tahun sebelum Yesus. Jika Yesus wujud pada masa tu. Siapakah dia?

Yohanes 1:1  Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.

Yohanes 1:14  Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaan-Nya, yaitu kemuliaan yang diberikan kepada-Nya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih karunia dan kebenaran.

Pengakuan Yesus terlampau byk di dalam alkitab, cuma saudara sentiasa menjadi jalan untuk menidakkannya sahaja. Selama itulah saudara tidak akan mendapat kebenaran sebenar dlm alkitab. Kerana bagi kami Yesus adalah firman Tuhan yg hidup.

Biar saya akhiri dgn ayat dr buku suci saudara sendiri.

Surah 2:62; Surely the believers and the Jews, Nazareans (Christians) and the Sabians, whoever believes in God and the Last Day, and whosoever does right, shall have his reward with his Lord and will neither have fear nor regret.

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2010 11:10 PM | Show all posts
Rasanya saudara masih tidak lagi faham apa yg saya telah jelaskan di post sebelumnya. Yesus bukan seorg raja. Dia dilahirkan di sebuah perkampungan biasa dan sebuah keluarga yg biasa. Bapanya seorg tukang kayu dan Dia juga dipanggil anak tukang kayu. Tetapi org memanggilnya Tuan. Kenapa?

Daud dipanggil tuan kerana Dia telah menjadi seorg raja. Sebab itu, dia layak dipanggil tuan. Yesus pula bukan seorang raja tetapi dipanggil tuan? Kenapa? Ini persoalan yg saya nak saudara fikirkan.

Lebih lebih lagi, masa Paulus mengatakan tuan tu, siapa yg dirujuknya?? Manusia biasa ke atau Tuhan?


ermm saudara sudah tersentap, Yesus itu kan nabi, dia sendiri mengaku sebagai nabi dan utusan tuhan, sudah pasti sebagai seorang nabi adalah layak dia dipanggil 'tuan'. Itu lah sebenarnya bahasa Ibrani iaitu 'mar' yang bermaksud tuan, kenapa diterjemah kepada lord/ tuhan? Sepatutnya 'tuan' kerana diterjemah dari perkataan ibrani iaitu 'mar' yang bermaksud tuan bukannya tuhan.

Saudara pun boleh baca kan. "as God" bukan bermaksud Musa jadi Tuhan. Tuhan katakan dia akan jadikan Musa seperti Tuhan ke atas Firaun. Bukan jadi Tuhan. Itu yg saudara telah keliru. Baca balik ayat tu.


kalau nama moses ditukar kepada yesus dalam ayat itu, sudah tentu saudara pasti cepat mengatakan yesus tuhan apabila guna ' as god' tu. Sebab kristen guna kaedah hayalan dan andaian. Misalnya firman jadi manusia terus dibuat andaian Yesus itu adalah firman. Ini lah andaian semata-mata dan bukan bukti kukuh. Jadi mengapa pula Moses tidak diandaikan tuhan kerana ayat itu secara terang menjadikan Moses tuhan?

Yesaya adalah Firman Tuhan kan? Ia merujuk kepada siapa? Yesus kan..

Yohanes 8:58  Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sebelum Abraham jadi, Aku telah ada."

Abraham wujud 600 tahun sebelum Yesus. Jika Yesus wujud pada masa tu. Siapakah dia?


ini pun juga terus mengandaikan yesus tuhan, padahal yesus mempunyai mukjizat, dan mungkin ini adalah salah satu mukjizat yesus. Malah beliau tidak pernah mengatakan sebelum adam, aku sudah ada.

sudah berulang kali saya kata kan, Yesus tidak pernah mendakwa secara terus terang bahawa dia adalah tuhan. Sebaliknya Yesus seringkali mengaku sebagai nabi dan utusan sahaja. Bahkan Yesus selalu mengatakan tuhan itu adalah Allah.
Pengakuan terus-terang Yesus ini sudah cukup kuat dan sukar disanggah untuk membuktikan bahawa Allah itu tuhan malah terlalu banyak ayat Bible menyebut Allah itu tuhan secara jelas tanpa selindung.
Berbanding dakwaan kristen mengatakan yesus itu tuhan begitu kabur dan berdasarkan andaian semata.
Semoga pembaca mendapat cahaya Islam. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 11:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by kompia23 at 17-5-2010 11:21
ermm saudara sudah tersentap, Yesus itu kan nabi, dia sendiri mengaku sebagai nabi dan utusan tuhan, sudah pasti sebagai seorang nabi adalah layak dia dipanggil 'tuan'.


Boleh bagi contoh di mana nabi-nabi sebelum Yesus diberi gelaran tuan? Sila kecualikan yg diangkat menjadi raja... Boleh bagi contoh?

sebenarnya bahasa Ibrani iaitu 'mar' yang bermaksud tuan, kenapa diterjemah kepada lord/ tuhan? Sepatutnya 'tuan' kerana diterjemah dari perkataan ibrani iaitu 'mar' yang bermaksud tuan bukannya tuhan.


Kolose 3:24  Kristus adalah tuan dan kamu hamba-Nya.

Jika ikut apa yg saudara katakan itu, adakah jika seorg manusia itu jadi nabi, yg jadi org biasa lain adalah hambanya??? Fikirkan..

kalau nama moses ditukar kepada yesus dalam ayat itu, sudah tentu saudara pasti cepat mengatakan yesus tuhan apabila guna ' as god' tu.


Itu andaian saudara saja. Ia tak terjadi maka akan jadi impian saudara je. :P

Sebab kristen guna kaedah hayalan dan andaian. Misalnya firman jadi manusia terus dibuat andaian Yesus itu adalah firman. Ini lah andaian semata-mata dan bukan bukti kukuh.


Apa hayalan dan andaian? Ia ditulis hitam dan putih. Kalau ia tidak ditulis dan datang dari pemikiran kami sendiri itu yg dinamakan andaian yg seperti saudara buat di atas tu.

Jadi mengapa pula Moses tidak diandaikan tuhan kerana ayat itu secara terang menjadikan Moses tuhan?


Sebab dalam tulisan ia dikatakan seperti Tuhan bukan Tuhan. Senang je nak faham tu.

ini pun juga terus mengandaikan yesus tuhan, padahal yesus mempunyai mukjizat, dan mungkin ini adalah salah satu mukjizat yesus.


Aneh betul, saudara percaya Yesus boleh wujud dlm zaman melampaui Musa? Mukjizat? Hello saudara, kalau saudara ingat kan, Yesus dilahirkan oleh Maria di sebuah perkampungan org biasa, bukan 600 tahun sebelumnya.

Malah beliau tidak pernah mengatakan sebelum adam, aku sudah ada.


Ada, siapa cakap takde. Yoh 1;1, 10, 14

10  Ia telah ada di dalam dunia dan dunia dijadikan oleh-Nya, tetapi dunia tidak mengenal-Nya.

sudah berulang kali saya kata kan, Yesus tidak pernah mendakwa secara terus terang bahawa dia adalah tuhan.


Dia dah cakap berulang-ulang tu dalam alkitab. Cuma saudara je yg menidak ini dan itu je, buat hayalan dan andaian saudara sendiri semata mata. :P

Sebaliknya Yesus seringkali mengaku sebagai nabi dan utusan sahaja. Bahkan Yesus selalu mengatakan tuhan itu adalah Allah. Pengakuan terus-terang Yesus ini sudah cukup kuat dan sukar disanggah untuk membuktikan bahawa Allah itu tuhan malah terlalu banyak ayat Bible menyebut Allah itu tuhan secara jelas tanpa selindung.


Memangpun Dia katakan sedemikian kerana Dia juga seorang manusia. Tuhan yg menjadi seorg manusia.

Berbanding dakwaan kristen mengatakan yesus itu tuhan begitu kabur dan berdasarkan andaian semata. Semoga pembaca mendapat cahaya Islam. Amin


Kejelasan saudara tentang perkara ini bergantung sepenuhnya dlm andaian dan bahasan saudara. Jika saudara secara tidak kritis dan tidak bias dlm membaca firman Tuhan, saudara akan tahu bahawa apa yg dikatakan saya ada kebenarannya, akan tetapi kerana saudara meneliti Firman Tuhan dgn konsep mencari kesilapan atau kesalahan, ia mengaburkan penglihatan saudara dan pemahaman saudara itu. Saya pun berharap kebenaran akan dpt dicari oleh saudara.

Ini Firman yg dikatakan oleh Yesus sendiri; Yoh 14:6; Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku .

Ayat yg sangat mudah utk difahami. Sekiranya saudara menidakkan Yesus sebagai satu satunya jalan kepada Tuhan, saudara tidak akan ke syurga.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 09:16 PM | Show all posts
Aneh betul, saudara percaya Yesus boleh wujud dlm zaman melampaui Musa? Mukjizat? Hello saudara, kalau saudara ingat kan, Yesus dilahirkan oleh Maria di sebuah perkampungan org biasa, bukan 600 tahun sebelumnya.


ehh? awak kan yang bagitau Yesus ada sebelum abraham? Cuma saya katakan bahawa ia bukan membuktikan Yesus itu tuhan tetapi mungkin salah satu mukijizat. Tidak hairan.

Nampaknya tiada satu ayat pun Yesus mengaku sebagai Tuhan, Malah diakui Yesus itu hanya seorang utusan dan seorang nabi. Terlalu banyak ayat Bible memberitahu bahawa Allah adalah tuhan manakala Yesus adalah nabi dan utusan. Ini adalah bukti paling kukuh dan diucapkan sangat jelas dalam alkitab. Mudah difahami.

Tetapi kristen cuba untuk mengubah Yesus sebagai tuhan. Tetapi cubaan mereka gagal oleh ayat Bible itu sendiri yang tidak menyokong mereka. Ayat2 tersebut mudah dipersoalkan dan agak kabur.

Misalnya Yoh 14;6 tidak membuktikan bahawa Yesus itu Tuhan malah memperkuatkan Yesus itu nabi dan utusan. Nabi atau utusan adalah pengantara. Sesuai lah kata Yesus tiada seorang pun datang kepada Allah jika tidak menyakini nya sebagai nabi dan rasul tau pengantara. Tidak menghairankan bagi saya kerana:-
Kami umat Islam juga mempercayai Nabi Isa a.s dan wajib meyakini dia sebagai nabi dan rasul malah terkandung dalam Rukun Iman kami iaitu percaya kepada nabi dan rasul. Dan sama seperti ajaran Yesus sendiri. Tiada tuhan selain Allah, Yesus adalah utusan tuhan.
sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2010 11:37 AM | Show all posts
hh? awak kan yang bagitau Yesus ada sebelum abraham? Cuma saya katakan bahawa ia bukan membuktikan Yesus itu tuhan tetapi mungkin salah satu mukijizat. Tidak hairan.


Mukjizat adalah perkara ajaib yg dilakukan pada satu tempat dan pada satu masa, seperti menukarkan air kepada arak di sebuah perkahwinan.

Yang hidup sebelum Abraham tu, maksudnya Yesus dah wujud dah. Jadi dia bukan manusia biasa tetapi Tuhan.

Terlalu banyak ayat Bible memberitahu bahawa Allah adalah tuhan manakala Yesus adalah nabi dan utusan. Ini adalah bukti paling kukuh dan diucapkan sangat jelas dalam alkitab. Mudah difahami.


Kita org pun tahu Yesus dipanggil nabi dan utusan. Sebab memangpun itu perananNya - Tuhan yg turun sebagai manusia. Tetapi yg kita perdebatkan di sini adalah asal usulnya.

Yohanes 3:13  Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.

Yohanes 6:38  Sebab Aku telah turun dari sorga bukan untuk melakukan kehendak-Ku, tetapi untuk melakukan kehendak Dia yang telah mengutus Aku.

Yohanes 6:41-42;  Maka bersungut-sungutlah orang Yahudi tentang Dia, karena Ia telah mengatakan: "Akulah roti yang telah turun dari sorga." 42  Kata mereka: "Bukankah Ia ini Yesus, anak Yusuf, yang ibu bapanya kita kenal? Bagaimana Ia dapat berkata: Aku telah turun dari sorga?"

Tetapi kristen cuba untuk mengubah Yesus sebagai tuhan. Tetapi cubaan mereka gagal oleh ayat Bible itu sendiri yang tidak menyokong mereka. Ayat2 tersebut mudah dipersoalkan dan agak kabur.


Kristen cuba mengubah Yesus kepada Tuhan? Takdepun. Ia ditulis dlm alkitab sendiri bukan fikiran org Kristian.

Filipi 2:5-8
5  Hendaklah kamu dalam hidupmu bersama, menaruh pikiran dan perasaan yang terdapat juga dalam Kristus Yesus,
6  yang walaupun dalam rupa Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan,
7  melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.
8  Dan dalam keadaan sebagai manusia, Ia telah merendahkan diri-Nya dan taat sampai mati, bahkan sampai mati di kayu salib.

Misalnya Yoh 14;6 tidak membuktikan bahawa Yesus itu Tuhan malah memperkuatkan Yesus itu nabi dan utusan.


Yoh 14:6 adalah ayat di mana Yesus mengatakan, "Akulah jalan, kebenaran dan hidup".

Ia tidak katakan saya nabi dan utusan. Dia katakan Jalan, Kebenaran dan Hidup. Tiga dalam satu. Bukan satu persatu, tetapi tiga sekali... Dialah jalan. Dialah kebenaran dan Dialah hidup.

Bermaksud, kita cuma dapat pergi ke Bapa melalui Dia kerana Dialah jalan tersebut. Dan dlm Dialah wujud kebenaran, yg lain tidak. Dan melalui Dialah kita akan perolehi hidup yg kekal. Dan tiada org lain seperti Dia.

Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078509 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list