CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 32862|Reply: 44

[Aduan] Dibuli di tempat kerja

[Copy link]
Post time 9-2-2010 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 12-2-2010 20:08

Buli Di Tempat Kerja, Kesan Buruk Bagi Produktiviti?


KEJADIAN buli di sekolah, sama ada melibatkan pelajar lelaki atau perempuan, sudah acap kali dilaporkan media. Umum juga kerap diberitahu tentang tindakan dispilin yang diambil terhadap pelajar dalam kes buli, termasuk dibuang sekolah.

Bagaimana pula dengan kejadian buli di tempat kerja?

Berikut ialah satu situasi yang diceritakan seorang petugaspentadbiran di sebuah syarikat swasta, Azman Bahar (bukan nama sebenar)yang berusia lewat dua puluhan.

"Saya selalu dibebankan dengan kerja-kerja rumit dan berat olehpegawai atasan saya. Walaupun ada rakan lain di pejabat lain yangmempunyai tanggungjawab sama, sayalah yang selalu dijadikan 'mangsa'.

"Saya jarang dapat pulang tepat selepas tamat waktu kerja sepertipetugas lain iaitu pukul 6 petang. Biasanya saya hanya boleh balikkira-kira 8 malam. Bila sudah siap sesuatu kerja, dengan sengaja sayadilongokkan fail-fail lain walaupun ada orang lain yang semasa itutiada tugasan," katanya kepada penulis.

Azman juga mengadu beliau sukar mendapat kebenaran cuti. "Bila sayatunjuk sijil cuti sakit pun, banyak soalan yang ditanya seolah-olahsaya buat-buat sakit", kata beliau lagi.

Kenapa tidak bekerja di syarikat lain saja atau laporkan kepadamajikan? Penulis melontarkan soalan ini kepada graduan perakaunansebuah IPTA itu.

"Pernah saya laporkan kepada majikan tetapi saya diberitahu itusebahagian daripada cara hidup kerja. Kalau kerja di tempat lain pun,tidak tentu perkara sebegini tidak akan berulang," kata Azman.

TIDAK KENAL TEMPAT

Buli di tempat kerja tidak mengenal tempat. Bagi Norlina Samad (jugabukan nama sebenar), beliau selalu dibuli oleh rakan setugas yang lebihsenior bila mula-mula bertugas dulu.

"Buli di tempat kerja bukanlah satu rahsia lagi. Petugas yang barubiasanya akan disuruh menjalankan tugas yang lebih berat bila mula-mulabertugas. Alasannya ialah petugas junior mesti belajar, tetapisebenarnya 'buli' yang berselindung di sebalik tugasan," kata beliau.

Bagi pensyarah serta juga aktivis sosial Abdul Rashid Ismail, buli di tempat kerja tidak dapat dielak.

"Buli ialah satu penyakit sosial dan ia boleh berlaku dimana-mana sahaja".


APA ITU 'BULI' DI TEMPAT KERJA?

Menurut Abdul Rashid, tiada definisi tentang buli secara'universal'. Kata beliau, masyarakat memahami tabiat buli di tempatkerja sebagai satu 'tindakan berulang yang tidak munasabah ditujukankepada pekerja yang menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan ataukeselamatan'.

"Terdapat beberapa jenis buli. Antaranya kata-kata pedas atau kesat,tindakan meminggirkan pekerja, menyuruh pekerja berbuat kerja yangtidak bersangkut-paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi.

"Tindakan buli yang lain ialah memberikan tugas yang memang tidakboleh dilaksanakan, sengaja menukar jadual kerja tanpa sebab selainuntuk menyusahkan petugas dan sengaja menyembunyikan maklumat bagimenghalang atau menyusahkan petugas melaksanakan tugasan," kata beliau.

Katanya tiada undang-undang yang spesifik bagi melindungi mangsabuli di tempat kerja, melainkan jika ada kekerasan fizikal sertaancaman berlaku barulah boleh digunakan kanun jenayah.


JANTINA SERTA KETURUNAN

Menurut Abdul Rashid, ada beberapa kes buli disebabkan jantina serta keturunan dan juga personaliti.

"Mangsa buli akan mengalami stres. Begitu juga bagi saksi yangmelihat insiden buli, mereka akan mengalami ketakutan serta gangguanemosi," kata beliau.

Menurut Abdul Rashid, bagi yang melakukan buli mereka mungkin berasaseronok melakukannya dan tiada rasa penyesalan akan timbul. Malangnyamangsa buli mungkin akan melakukan perkara sedemikian sebagai 'membalasdendam' terhadap orang lain pula.

Buli juga tidak mengenal jantina.

"Buli tidak terhad hanya pada kaum lelaki, wanita juga ada kebolehanmembuli. Biasanya lelaki hanya akan membuli lelaki juga tetapi adainsiden wanita membuli kaum sejenis dan juga lelaki," kata beliau.


TIDAK BAIK BAGI PRODUKTIVITI

Pakar psikologi Dr Anne Ng berkata buli akan membuat mangsa mengalami masalah kesihatan berpunca daripada stres dan ketegangan.

"Terdapat beberapa indikasi klinikal yang dialami mangsa buliantaranya seperti keresahan, naik berat badan (tanpa makan berlebihan),sakit kepala, sakit belakang, rasa mual, ulser di mulut, insomnia(tidak boleh tidur), mimpi buruk, radang kulit, diarhea serta iritasiperut, tekanan darah tinggi, murung, serta kurang keyakinan diri," katabeliau.

Dr Ng menjelaskan bahawa buli di tempat kerja bukan sahaja berkenaanmasalah kerja tetapi boleh juga dalam bentuk kata-kata kurang manismenyentuh hal peribadi seperti keluarga, gaya hidup, bentuk dan beratbadan, pakaian serta penampilan.

Buli juga meliputi diskriminasi terhadap kurang keupayaan atau masalah perubatan, kata beliau.

Buli di tempat kerja akan mengakibatkan penurunan produktiviti.

"Mangsa akan sakit dan akan kerap mengambil cuti sakit. Ataupunmangsa akan kerap mengambil cuti untuk mengelak daripada dibuli dan inisecara langsung akan merendahkan produktiviti kerja beliau serta jugaorganisasi pada keseluruhannya," kata Dr Ng.


BAGAIMANA HINDARI BULI?

Jadi bagaimana hendak mengelak diri daripada dibuli?

Bagi Dr Ng, senjata utama ialah hanya dengan 'membuat tidak tahu atau tidak kisah'.

"Pembuli akan merasa seronok apabila mangsa memberi respons. Merekaakan cuba sedaya upaya untuk membuat mangsa tidak selesa. Senjata utamaialah hanya membuat tidak kisah dan ini akan melemahkan semangat sipembuli.

"Bila pembuli mula mengusik anda, reaksi anda yang tidak ambil kisahakan membuatkan dia berasa hampa dan lambat laun dia akan menghentikanperbuatannya", kata Dr Ng.

Satu lagi cara ialah dengan mewujudkan satu perwatakan yang andabukannya seorang yang senang dibuli. Pembuli di ofis biasanya hanyaakan mencari mangsa daripada mereka yang dianggap lemah serta tidakberupaya melawan balik.

"Bina satu tanggapan yang anda bukannya senang dipermain. Tampilkanpersonaliti penuh berkeyakinan kerana biasanya si pembuli memerhatikanpenampilan seseorang dan akan berfikir dua kali sebelum bertindakterhadap individu yang dilihat mempunyai keyakinan tinggi," kata beliau.

Bagaimana dengan pembuli tegar?

Kata Dr Ng, ada juga pembuli tegar yang tidak peduli dengan penampilan atau sikap tidak kisah mangsa.

"Cari beberapa rakan ofis yang pernah jadi mangsa bulinya danbersemukalah dengan si pembuli. Kalau ini tidak memberikan hasil, andaterpaksa laporkan kepada majikan.

Sudah tentu masalah anda akan didengar kerana tabiat buli akan menurunkan produktiviti di tempat kerja".- BERNAMA


/- penah kena tak? tingat dulu2 makcik2 QC buli time keje kat kilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 05:23 PM | Show all posts
sama la saya pon

tension gila babas punya...

kerja banyak tp x dak sapa nak bantu..
pastu dok tikam belakang plak kot aaih..
mmg celaka gila kalau kerja ngan goment..
prestasi macam ****
nak kena jek saja
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 08:49 PM | Show all posts
syd, aku tak buli budak praktikal tu hoccay. aku siap bagi dia cuti lagi masa aku pi attend course. dan cuti dia berbayar hoccay.

tapi dia boleh claimed dia stress buat filing, menaip sume
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 10:01 PM | Show all posts
3# shidaaziz

Sama ngan aku. Aku siap ajar dia proses keje macam mana smpi dia paham. Disebabkan dia masih baru so aku bagi dia keje simple mcm menaip. Just copy paste info dari internet untuk research.Benda simple aje tapi amik masa 3-4 hari. Bila aku tanya dia kata tak abis carik info. Aku sabar lagik. Pastu aku suruh dia amik minutes of meeting pastu taip dan print bg kat kastemer ASAP. Pun amik masa 3-4 hari padahal 1 muka surat je. Sampai kastemer bising2 sebab lambat. Last2 aku buat sendiri tak sampai 20 minit. Yg budak tu ntah amenda la yg dia buat. Yg herannya time aku skodeng dia, mcm betul buat keje tapi apasal lambat agaknya.

2 minggu lepas tu, big bos panggil aku dan kata dia dapat repot aku buli budak tu pastu kata aku bagi dia buat keje bodoh2. Aihh...budak ni..Dah skop keje project management. Memang itu la caranya. Sejak dari tu aku dah malas nak layan budak tu. Pandai2 la ko nak hidup. Dia tengok aku pun cam malu2. Padan muka. Tak lama lepas tu dia tukar masuk purchasing department. Member aku kat sana pulak mencarut. Macam biasa, dia repot org buli dia. Last2 aku tak nampak lagi budak tu. Semoga maju jaya dengan perangai haram camtu. Kalau pompuan aku buleh terima lagik mungkin masalah wanita ke hape tapi ni lelaki..badan tough tapi alahaii minda lembikk...!!!:@:@

Kalau camtu aku nak claim dia buli aku sebab melambatkan keje dan maruah aku??Boleh tak..??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:49 AM | Show all posts
kalo tak buli nanti naik kepala lak....
Kalo masuk askar agak2 kena buli tak??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 08:42 AM | Show all posts
3# shidaaziz

Sama ngan aku. Aku siap ajar dia proses keje macam mana smpi dia paham. Disebabkan dia masih baru so aku bagi dia keje simple mcm menaip. Just copy paste info dari internet untuk res ...
tungkai Post at 9-2-2010 10:01 PM


Errrrrrr.....aku plak yg menyirap baca kisah ko ni Tungkai...hareeem betullah staff tu..Bebetui "main Taik" kekdahnya...kaki report.....jenis budak manja ni...sikit2 report...sikit2 report...plak tu Boss plak main dengar je apa yg dia report....Kalau aku la...sori bebanyak aku nak dgr....jalan terbaik kalau aku jadik  Boss...terus je panggil staff baru ngan ko sekali..bersemuka ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2010 09:14 AM | Show all posts
6# medangmru

ye lah... kalo aku bos... aku panggil 2 orang tu sekali... time ni le kita boleh tgk diorang main sep sep sepppp tom tom tommm...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:38 AM | Show all posts
Anis pun selalu dpt komplen...big boss kata dia dapat aduan kata anis buli staff2 tak kira level. Buli dengan tunjukajar pun deme tak faham ke?..Satu lagi sales dept, nak kerja mudah jer sampai semua menda berkaitan software, IT nak kena ajar...sekali dua boleh lah tunjuk, selalu sangat, kena ler...tu pun deme pi report kat big boss kata anis buli deme...satu lagi deme suka juai nama big boss kalau anis tak mo ajar..anis cakap balik, u ingat kalau u sebut nama bla bla bla, I takut ke?...kikikikikikikikiki

Anis tak buli tapi dikatakan buli deme, tak faham lah...:geram::geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 02:07 PM | Show all posts
masa 1st time kijer dulu... one of my senior mmg strict giler..
nk kater buli bkn jugak.. bg dia.. time kijer, mesti buat kijer...
jgn la simply2 nk kuar p minum ker.. p bank ker...
kalo dia bg kijer, dia akan bg time..
let say w/in 30 min siap, means kena siap dlm masa 30 min la...
at the end.. mmg  midar berterima kasih kt dia..
because dia punya kestrictkn tu... i learned to manage my task everyday...

bl di company lain.. i plak jd senior..
my junior ni beza umor setahun ajer...
and my boss la chinese fm mainland, muda lg.. umor lbh kurang tua 2-3 thn dr midar
minah junior ni... x tau la aper yg dia ngadu ngan apek tu..
siap apek tu panggil midar & sound..." u're too strict on her"
midar terus terkedu.. xper la.. kiter tgk la apa nk jd kalo semua org kijer ikut suka ati...
start from that day.. i just ignore whatever minah tu tanya..
i said.. go & ask yr boss... last skali.. padan muka semua org..
company lost usd20,000+ kt colombia..... that time exchange rate was fixed at 3.83...
padan muka.. x pasal2 rugi abt rm76,000....
time tu.. apa lg.. payback time... i senyum ajer....

kiter ni.. kena beza la.. between strict ngan buli..
kalo dh smpai tahap jd kuli batak tu, soh buat air la, soh p beli mkn la....
dh sah2 namanya buli..tp kalo stakat soh buat kijer.. filing ker, aper benda ka...
tu bukan buli namanya...

tp kn.. nowadays la.. budak2 skrg ni manja giler..
kalo soh buat kijer byk skit..mula la mengeluh.. kena buli la.. bos garang la... kijer byk la...
heran sungguh... yg depa tau.. gaji nk on time..
lambat skit mogok x mau buat kijer....
dh tu.. bl masa kiter nk maju kalo kijer asyik komplen ajer??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:51 PM | Show all posts
sape nak baca report aku pasal student praktikal tu. dalam kata lainnya aku membuli dia le. gegeh menyiapkan report hoccay. lecturer dia minta. semalam & pagi ni gegeh lecturer dia call aku. lecturer dia sampai cakap "dia rasa menyesal ajar budak ni".
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:51 PM | Show all posts
a)        Pengurusan Fail

Pada hari pertama beliau menjalani latihan industri, saya mengarahkannya merekod nama-nama fail untuk tujuan “labeling”. Beliau menerima arahan dengan baik dan melaksanakan tugasan yang diberi.

Saya juga mengarahkannya membuat filing bagi payment voucher yang telah dikeluarkan. Accounting period bagi organisasi ini ialah April hingga Mac. Saya mengarahkannya untuk menyemak payment voucher supaya “tally” dengan “bank register” dan juga menyusun voucher mengikut tarikh yang terkini berada di kedudukan teratas. Saya mengarahkannya menyusun voucher bermula September hingga yang terkini tetapi beliau telah menyusun semua voucher.

Apabila saya menyemak kerjanya, saya dapati beliau tidak faham arahan yang saya berikan, kerana saya dapati beliau menyusun voucher mengikut tarikh yang terkini berada di kedudukan paling bawah.

Beliau juga ada membuka fail bank baru vol. 5 kerana vol. 4 telah penuh. Dan saya dapati beliau melakukan kesalahan seperti di bawah:

1.        Vol. 1  - April 2009 – Jun 2009
2.        Vol. 2 - Julai 2009 – Oktober 2009
3.        Vol. 3 - November 2009
4.        Vol. 4 - Januari 2010
5.        Vol. 5 - Disember 2009

Sebelum itu saya telah memberi sedikit taklimat berkenaan “accounting period” organisasi ini. Saya bertanya kepada beliau, tentang turutan bulan. Hampir empat kali saya mengatakan apa yang dilakukannya adalah salah, tetapi beliau bertegas mengatakan apa yang beliau lakukan adalah betul kerana bulan Januari adalah bulan pertama dan Disember adalah bulan terkahir dalam satu tahun.

Sepanjang proses beliau mengemaskini fail, ada dokumen yang belum ada failnya sendiri. Maka saya mengarahkannya untuk membuka fail baru. Pada petangnya, saya meminta fail yang baru dibuka olehnya pada waktu pagi, tetapi beliau gagal untuk mencari fail yang saya perlukan. Beliau mengambil masa yang agak lama untuk mencari fail tersebut sedangkan sepatutnya beliau boleh mencari fail tersebut dengan mudah kerana beliau baru sahaja mengendalikan dan menyimpan fail tersebut.

Baru-baru ini saya dapati dokumen-dokumen yang saya arahkannya untuk dimasukkan dalam fail, bercampur-campur. Dalam 1 fail ada pelbagai dokumen yang berbeza. Dan ini menyusahkan saya untuk mencari dokumen tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:52 PM | Show all posts
b)        Menjawap Panggilan Telefon

Saya mengarahkannya menjawap panggilan telefon sekiranya kerani tidak berada di tempatnya. Pada peringkat permulaan beliau agak takut-takut dan tidak yakin untuk menjawap panggilan telefon. Adakalanya telefon berdering berkali-kali di hadapan saya dan juga beliau, yang mana di kala itu saya sedang sibuk membuat kerja, beliau tidak menjawap panggilan telefon sehingga saya arahkan, sedangkan saya telah mengarahkannya sebelum itu supaya menjawap telefon sekiranya panggilan tersebut tidak berjawap sehingga masuk ke dalam bilik saya.

Saya juga dapati apabila beliau menjawap panggilan telefon, suaranya tidak jelas kedengaran dan mungkin juga tidak didengari oleh si pemanggil dan kesudahannya beliau meletakkan gagang telefon. Saya bertanya, “pemanggil hendak bercakap dengan siapa?” Jawapan yang diberikannya kepada saya agak meragukan dan tidak jelas.

Saya juga mengarahkannya supaya menjawap panggilan telefon dengan menggunakan Bahasa Inggeris kerana organisasi ini adalah organisasi swasta yang mana Bahasa Inggeris adalah bahasa utama dan adalanya pihak yang memanggil tidak boleh berbahasa Melayu. Tetapi beliau memberikan alasan tidak yakin untuk berbahasa Inggeris.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:52 PM | Show all posts
c)        Menaip

Saya ada mengarahkan pelajar untuk menggunakan mesin taip elektronik untuk mengisi borang. Untuk kali pertama beliau masih belum mahir, ada banyak kesilapan berlaku yang mana boleh dimaafi kerana beliau masih baru dan mengambil masa untuk memahirkan diri. Kebiasaannya pelajar tidak mengambil masa yang lama untuk memahirkan diri menggunakan mesin taip kerana fungsi dan ciri-ciri yang sama dengan komputer. Tetapi tidak bagi pelajar ini. Beliau mengambil masa selama 1 hari untuk menaip 4 set borang yang mana pelajar latihan industri sebelum ini boleh menaip 4 set borang yang sama dalam tempoh kurang dari 2 jam. Borang yang ditaip juga didapati terlalu banyak kesalahan.

Saya menerima laporan daripada kakitangan teknikal, mereka tidak mahu pelajar ini menaip borang kerana dikhuatiri akan merosakkan borang dan mereka akan dimarahi oleh pelanggan, dan juga pelajar ini tidak dapat menyiapkan borang tersebut dengan segera seperti yang dikehendaki.

4 set borang yang ditaip oleh pelajar ini setelah disemak, masih ada kesilapan selepas beliau membuat 3 kali pembetulan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:52 PM | Show all posts
d)        Menyemak payment voucher dan cek

Salah satu tugasan saya adalah menyediakan payment voucher dan cek untuk bayaran tuntutan kakitangan dan bayaran kepada pembekal.

Selepas saya menyediakan voucher dan cek, saya meminta pelajar untuk menyemak cek, invois dan voucher supaya “tally”. Saya tidak pernah menyuruhnya membuat “verification” seperti yang didakwa oleh abangnya, kerana itu bukan tugasnya.

Saya juga menyuruhnya mengasingkan cek untuk cawangan KL dan Sabah, yang mana beliau boleh melaksanakan tugasan tersebut, tetapi mengambil masa yang agak lama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:53 PM | Show all posts
e)        Menyediakan “Reimbursable Claim” untuk Pengarah

Antara tugasan yang perlu dilakukannya adalah menyediakan “reimbursable claim” untuk pengarah syarikat.

Pada minggu pertama pelajar ini bertugas, beliau telah saya arahkan untuk menyediakan “claim” tersebut. Saya menyuruhnya mengasingkan resit-resit petrol, pengangkutan, makan & hiburan, golf dan sebagainya mengikut kategori yang telah saya terangkan kepadanya. Pada bulan Januari beliau telah melaksanakan tugasan dengan baik.

Pada 1 Februari 2010 sekali lagi saya mengarahkannya untuk menyediakan “claim” tersebut. Beliau melaksanakan arahan yang saya berikan, tetapi mengambil masa lebih daripada setengah hari untuk menyelesaikan tugasan tersebut yang mana pelajar latihan industri sebelum ini menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh tak lebih daripada setengah jam.

Beliau juga sentiasa bertanya kepada saya “resit ini perlu claim atau tidak”. Saya menyuruhnya berfikir, lojik atau tidak resit belian barang rumah untuk dituntut bayaran semula kepada organisasi.

Saya menyuarakan rasa tidak puas hati saya secara berhemah dengan mengatakan, ini adalah bulan kedua beliau membuat perkara yang sama, beliau sepatutnya dah boleh berdikari dengan tidak mengharapkan semua perkara disuap kepadanya. Kerana dalam pekerjaan yang sebenar nanti, tidak jauh berbeza dengan semasa di latihan industri, malah adakalanya lebih teruk. Saya juga menyuruhnya supaya membuat kerja dengan lebih cepat kerana kerja yang dilakukan terlalu perlahan seperti membuat dengan sambil lewa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:53 PM | Show all posts
2.        PAKAIAN

Sepanjang menjalani latihan industri, pelajar terbabit memakai pakaian mengikut kesesuaian pekerjaan dan acara.


3.        PERGAULAN DENGAN KAKITANGAN LAIN

Pelajar terbabit menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kakitangan dan juga pelajar latihan industri yang lain. Pada 2/3 minggu yang pertama saya kerap menyuruh beliau supaya bergaul dengan kakitangan dan juga pelajar-pelajar yang lain. Saya banyak menerima aduan daripada kakitangan yang lain berkenaan pelajar ini kerana terlalu menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan mereka yang lain. Saya dapati ada sedikit perubahan yang berlaku tetapi beliau hanya bergaul dengan pelajar-pelajar latihan industri sahaja.


4.        SIKAP

Sepanjang tempoh latihan industri, saya dapati pelajar ini seperti berkhayal. Tidak fokus pada apa yang dilakukan dan apa yang diarahkan. Beliau kerap lupa apa arahan yang saya berikan sehingga saya menyuruhnya menulis setiap arahan yang saya berikan supaya saya tidak perlu mengulang arahan yang sama berulang-ulang kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 04:53 PM | Show all posts
5.        KEDATANGAN

Pada minggu pertama sahaja pelajar ini telah tidak hadir ke organisasi selama 2 hari iaitu pada 7 Januari 2010 kerana sakit dan pada 8 Januari 2010 kerana terlibat dalam kemalangan. Pada 7 Januari 2010, beliau tidak memaklumkan kepada saya mengapa beliau tidak dapat hadir. Saya menghubungi telefon bimbit beliau sebanyak 2/3 kali lebih kurang jam 8.45 pagi tetapi tidak berjawap. Saya mengambil keputusan untuk menghubungi bapanya. Bapanya memaklumkan bahawa pelajar terbabit tidak sihat kerana demam dan sakit mata.

Pada petangnya pelajar terbabit menghubungi saya untuk memaklumkan yang beliau telah pergi ke klinik dan doktor merujuk masalahnya ke pakar mata. Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir pada 8 Januari 2010 kerana ingin membuat rawatan lanjut dengan pakar mata di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak.

Pada 8 Januari 2010, beliau menghantar SMS kepada saya memaklumkan yang beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke HUKM, dan beliau tidak pergi mendapatkan rawatan di HUKM.

Salinan laporan polis yang diberikan kepada saya agak bercanggah dengan kenyataan beliau kerana kereta yang dipandu oleh abangnya dari arah Kuala Lumpur ke Ampang. Bukan dari arah Ampang ke Bandar Tun Razak.

Pada 12 Januari 2010 sekali lagi beliau tidak datang ke pejabat. Beliau tidak menghubungi saya, sebaliknya bapa beliau menghubungi saya mengatakan pelajar terbabit belum membayar yuran semester pengajiannya di UiTM. Bapa beliau ingin membawanya mengeluarkan wang simpanan ASB dan membuat pembayaran yuran di Bank Islam.

Saya memaklumkan pada bapanya bahawa terdapat Bank Islam di kawasan Taman Melawati iaitu berhampiran dengan organisasi. Selepas membuat pembayaran beliau boleh masuk ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan yang telah dan akan diberikan. Sebaliknya bapa beliau memberitahu ada beberapa perkara lain lagi yang perlu pelajar terbabit selesaikan.

Pada keesokan harinya apabila pelajar terbabit datang ke organisasi, beliau memberitahu kepada saya, beliau takut untuk memaklumkan kepada saya yang beliau tidak dapat hadir bekerja. Beliau juga memberitahu pada semalamnya beliau menghadiri temuduga di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Perkara ini disahkan oleh beberapa orang pelajar latihan industri, kerana pelajar ada memaklumkan mengenai temuduganya kepada mereka.

Pada 21 Januari 2010, saya menghadiri taklimat Borang BE di Lembaga Hasil Dalam Negeri Jalan Duta. Saya membenarkan pelajar terbabit untuk tidak datang ke pejabat (cuti bergaji) dan juga tidak membawanya bersama ke taklimat tersebut kerana ianya adalah taklimat cukai individu yang mana tidak berkaitan dengan beliau.

Pada 28 Januari 2010 beliau sekali lagi tidak datang ke organisasi. Beliau memaklumkan kepada saya yang ibunya sakit.

Sepanjang tempoh sebulan beliau menjalani latihan industri di organisasi ini, beliau telah tidak hadir selama 4 hari.

Dari segi ketetapan masa pula, saya dapati ada beberapa kali beliau masuk lambat selepas rehat tengahari di mana saya dan kakitangan lain telah memulakan tugas.

Untuk makluman, waktu pejabat adalah dari jam 8.30 hingga 5.30 dan rehat 12.30 hingga 1.30.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:54 PM | Show all posts
6.        KEJADIAN RAGUT YANG DIDAKWA BERLAKU OLEH PELAJAR

Sehari selepas saya tidak berpuas hati dengan tugasan pelajar ini, pada 2 Februari 2010 jam 8.27 pagi, saya menerima SMS daripada beliau yang berbunyi seperti berikut:

“Ak0m.maaf kak.sy xdpt dtg.td sy kene ragut kat melawati time dtg ofis..ni sdg wat police rep0rt n pegi hospital jap lg.kepale saye t’seret.”

SMS di atas adalah seperti apa yang dihantar kepada saya dan SMS tersebut masih lagi dalam simpanan telefon bimbit saya dan saya taip sama seperti apa yang dihantar tanpa mengubah apa-apa ejaan.

Selepas menerima SMS tersebut, saya bertanya kepadanya bagaimana keadaannya, tetapi beliau tidak membalas SMS saya. Saya beranggapan mungkin dia berada di dalam keadaan trauma ataupun berada di balai polis atau hospital maka beliau tidak berkesempatan untuk membalas SMS saya.

Pada 3 Februari saya ada temujanji dengan pakar di hospital maka saya tidak dapat mengenal pasti sama ada dia hadir ke organisasi atau tidak. Apabila saya datang kerja pada 4 Februari, pelajar ini masih tidak hadir kerja dan saya dapati dia tidak hadir kerja dari hari Selasa lagi.
Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi pelajar ini tidak menjawap panggilan saya. Saya SMS dia bertanyakan bagaimana keadaannya dan minta dia maklumkan berapa hari dia mendapat cuti sakit, tetapi beliau tidak membalas SMS saya.

Lebih kurang jam 9-10 pagi, saya cuba menghubungi bapa palajar kerana risaukan keadaannya, mungkin yang agak teruk kerana berdasarkan SMSnya yang mengatakan kepalanya terseret. Bapanya memaklumkan kepada saya yang pelajar trauma untuk datang bekerja di Taman Melawati selepas diragut. Bapanya meminta saya membuat laporan prestasi supaya beliau boleh mencari tempat praktikal lain dan hanya menyelesaikan 3 bulan tempoh latihan sahaja kerana telah tamat tempoh 1 bulan di organisasi ini.

Saya memaklumkan kepada bapa pelajar, yang saya hanya boleh menghantar laporan prestasi kepada UiTM, bukan kepada majikan baru. Kemudian bapanya mengatakan yang beliau akan datang ke organisasi untuk mengambil barang pelajar yang tertinggal dan ingin mendapatkan surat pelepasan daripada saya. Saya meminta bapa pelajar membawa laporan polis berkenaan kejadi ragut tersebut. Bapanya mengatakan yang pelajar tidak membuat laporan polis kerana tidak ada barang yang hilang dan ada orang yang menolong pelajar semasa kejadian.

Perkara ini amat bercanggah sama sekali dengan SMS yang dihantar oleh pelajar yang mengatakan beliau berada dibalai polis membuat laporan. Dan kemudian saya maklumkan yang walaupun tidak ada barang yang hilang, tetapi adalah tanggungjawap mangsa untuk membuat laporan polis dan lagipun pelajar mengatakan kepalanya terseret dan akan pergi ke hospital. Bapanya mengatakan yang pelajar tidak memaklumkan kepadanya mengenai kepala terseret dan bapanya memang membawa pelajar ke hospital tetapi untuk tujuan pemeriksaan mata. Saya terlalu kesal apabila kenyataan pelajar dan bapanya terlalu bercanggah.

Bapa pelajar memaklumkan yang pada hari kejadia beliau tidak dapat menghantar pelajar, maka pelajar datang ke organisasi menaiki bas. Apa yang saya difahamkan oleh pelajar sebelum ini, sekiranya bapanya tidak dapat menghantarnya, beliau akan menaiki teksi. Dan yang lebih membuatkan saya tidak percaya adalah kerana sekiranya beliau datang kerja menaiki bas, beliau perlu menaiki bas ke Kuala Lumpur dahulu dan dari Kuala Lumpur perlu patah semula ke Taman Melawati, yang mana ianya adalah satu bentuk penipuan yang tidak cerdik. Jarak rumahnya ke organisasi tak lebih daripada 10km. Sekiranya beliau menaiki bas, perjalanan lebih panjang melebihi 10km dan mengambil masa yang lama.

Apabila saya maklumkan kepada kakitangan dan pelajar-pelajar latihan industri di organisasi ini, mereka mengatakan yang pada hari kononnya kejadian tersebut berlaku, ramai kakitangan dan pelajar yang datang awal dan mereka tidak mendengar sebarang jeritan atau kekecohan berlakunya sebarang kes ragut. Di kawasan ini juga polis sering membuat rondaan kerana pondok polis berada selang beberapa blok sahaj daripada premis ini, dan ramai pelajar latihan industri yang datang kerja menaiki bas.



Dalam kejadian seperti tidak hadir ke pejabat, “kes ragut” dan semasa bapa pelajar datang berjumpa dengan saya, pelajar sekalipun tidak pernah memberitahu kepada saya sendiri apa yang telah berlaku. Beliau takut untuk berhadapan dan sentiasa menyuruh bapanya yang berurusan dengan saya.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, pelajar tidak ada keyakinan diri, terlalu bergantung kepada ahli keluarga, tidak boleh membuat keputusan, sentiasa perlu diarah itu ini tanpa inisiatif untuk melakukan sendiri. Sepanjang saya mengenali pelajar, banyak yang telah saya sampaikan kepadanya secara tidak formal tetapi beliau memaklumkan kepada pelajar yang lain yang beliau tidak faham apa yang saya sampaikan.


Lampiran:

1.        Sijil cuti sakit
2.        Laporan polis
3.        Laporan kedatangan
4.        Time sheet
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:55 PM | Show all posts
dalam konteks kes aku ni, siapa yang buli siapa kekdahnya ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 10:28 PM | Show all posts
Foohh...full report....tak tau nak komen camna...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.310245 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list