|
Heliza Bukan Dibela Datuk18-Feb-2010 | Oleh: Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 18 FEB 2010:Majlis pelancaran single terbaru bintang Akademi Fantasia 5 (AF5),Heliza yang berjudul Panggil Namamu hampir mengundang kejutan apabilaia diibaratkan mengalahkan pelancaran sebuah album penuh. Lebih-lebihlagi dengan kehadiran ramai pelakon, penyanyi senior serta orangkenamaan.
Ia menguatkan lagi desas-desus yang sebelum inimengatakan bahawa Heliza atau nama sebenarnya Heliza Helmi, 24, telahdibela seorang Datuk yang kaya raya. Adakah VIP yang dimaksudkan itu,Dato' Captain Gulzar Mohamad yang kebetulan mempunyai kaitan dengansyarikat produksinya, Heliza Helmi Productions yang telah punberoperasi selama 2 tahun?
Apakah benar seperti yang didakwa ini?
Helizatanpa segan silu bagaimanapun menegaskan bahawa gosip tentang dia telahdibela, sudah berkahwin serta ditaja sehingga ke London adalahseratus-peratus fitnah semata-mata.
“Sebenarnya, cerita inisangat mengarut. Betul, saya kenal dengan Dato' Captain Gulzar Mohamad.Tapi, saya mengenalinya menerusi isterinya, To’ Puan Atiah.
"Kehadiran Dato'Captain Gulzar Mohamad serta isterinya, To' Puan Atiah adalah atasdasar perniagaan saja yang mana mereka merupakan kongsi niaga di dalamsyarikat produksi saya," katanya.
Menyokong pendapat anaknyaitu, ayah Heliza iaitu Helmi Hasbi menyangkal dakwaan anaknya sudahberumahtangga atau pun sudah menjadi isteri kedua seorang Datuk.
"Kalau ada orang yang datang meminang, sayalah orang yang pertama akan tahu dulu," tegas ayah Heliza.
Menjelaskanpula tentang gosip yang mengatakan Heliza ditaja oleh seseorang keLondon, pengurusnya Huda berkata, orang yang dimaksudkan itu adalahkenalannya.
"Nama dia adalah Professor Nirwandah. Sebenarnya,pihak professor berminat mengundang Heliza untuk tayangan filem SyurgaCinta. Jadi, dia membawa Heliza ke sana. Pemergian Heliza atas urusanpromosi saja," jelas Huda.
Sambung Heliza lagi, setiap apa yang dilakukan selamanya ini adalah disebabkan keluarganya.
"Tapi,sudah menjadi lumrah, setiap apa yang kita buat kadangkala pasti akandipandang serong. Pelbagai persoalan bernagkit diajukan. Tapi, sayaanggap ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Apatah lagibuat diri saya yang masih lagi bergelar mahasiswi.
"Setiaphari, saya belajar pun kena jawab soalan dari pensyarah. Bagi saya,semua soalan yang kena saya jawab adalah sistem pembelajaran buat saya.Pertanyaan itu bagus tapi dalam masa yang sama, saya takut juga.
"Sayaharap masyarakat janganlah bulat-bulat percaya dengan apa yangdigembar-gemburkan sebelum ketahui sebab musababnya,” kata Heliza.
Selainmenerbitkan single, Heliza dibawah syarikat produkskinya itu bakalmenerbitkan sebuah konsert penghargaan buat karya Dato Ahmad Nawab didi Istana Budaya tidak lama lagi.
Tidak hairanlah mengapamajlis pelancaran single Heliza itu itu diserikan dengan kehadirantetamu seperti Dato' Aziz Sattar, Dato' Khadijah Ibrahim, Rosyam Noor,Azlina Aziz, Herman Tino, Norlia Ghani, Halil Cik, Dahlan Zainudin, ARBadul, Hairie Kool, Muslee Ramlee, Salwa, Zulkifli Zain, Altimate danramai lagi. Pengacara popular, Zainal Alam Kadir bertindak selakupengacara pada petang itu. |
|