|
Kerajaan kaji cadangan sambung LRT hingga Sungai Buloh
KUALA LUMPUR 8 April - Kerajaan sedang mengkaji cadangan supaya laluan Transit Aliran Ringan (LRT) yang baru iaitu dari Kota Damansara ke Cheras, sejauh 43 kilometer disambung sehingga ke Sungai Buloh dan Kajang.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sambungan dari Kota Damansara ke Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Buloh sejauh tiga kilometer bertujuan menyediakan integrasi lebih baik dengan perkhidmatan komuter di sebelah utara.
Beliau berkata, sambungan dari Cheras hingga Kajang sejauh sembilan kilometer pula bertujuan mengintegrasikannya dengan perkhidmatan komuter KTMB di sebelah selatan.
"Laluan LRT baru ini juga akan mempunyai jajaran tambahan dari Uptown Damansara Utama ke Kelana Jaya sejauh empat kilometer bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Damansara Puchong,” katanya.
Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada Persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu mengenai kedudukan projek landasan LRT dari Kota Damansara ke Sungai Long, Cheras dan juga kemajuan projek penyambungan aliran Ampang dan Kelana Jaya ke Puchong. - Bernama
Ong berkata, cadangan sambungan laluan baru itu akan melibatkan tambahan sejauh 16 kilometer menjadikan panjang keseluruhan projek itu adalah 59 kilometer. - Bernama
bagus nih...boleh gi kl takyah bawak kete tapi bila laa nak siap tuh..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|