CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

     Close [Copy link]
 Author| Post time 4-4-2010 12:11 PM | Show all posts
16# mikoodette

mmg terbayang shahid kapoor gak

abg hensem, adik cute
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2010 12:13 PM | Show all posts
18# Kia_picanto

ok gak tu
sbb derang adik beradik lain emak
sorang mak korea/ kokesen
sorang mak anak mami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 12:15 PM | Show all posts
11# detox

slamat berkunjung detox & everibodi

citer ni smiley baru start tulis

jadi lambat sket la... bukan hari hari ada sambungan
harap bersabar ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2010 12:37 PM | Show all posts
Najlah melipat baju tidur dan menyumbatnya ke dalam overnight bag. Malasnya nak bermalam di Kuantan. Mesti Adham komen yang bukan bukan bila tengok aku bawa beg besar. Dah nama pun perempuan, pergi semalaman pun kenalah bawa segala caca marba. Pakaian untuk meeting, pakaian santai, pakaian extra kalau kena hujan, pakaian dalam, toiletries, telekung, … dia membuat checklist dalam kepala. Okay, beres.

“ Naj, jawablah handphone kau tu. Memekak saja. Aku nak tengok American Idol  pun tak senang” omel Tasha yang sedang baring di atas katil Najlah. Sebelah tangan memeluk teddy bear Najlah sementara sebelah tangan lagi memicit punat remote control Astro.

“ TV Plasma kat luar yang besar gedabak tu kan ada. Tapi TV aku yang cinonet ni juga yang kau suka. Pastu banyak komplen”

Tasha tidak menjawab. Dia menjeling handphone Najlah yang rancak mendendangkan lagu Single Ladies.

“ Jawablah. Abah kau tu” Najlah melepas keluhan. Habislah aku…Mesti kena basuh.

“ Kau tolong jawab. Kata aku kat toilet. Nanti aku call balik”

“ Takde… takde…. Aku tak nak tipu bapa kau. Berdosa tipu orang tua. Baik kau jawab sekarang”  Tasha menggoyang goyangkan handphone depan muka Najlah.

Tak guna betul lah kawan aku ni. Puaslah aku nak menjawab dengan Papa. Bukannya aku suka suki nak pergi Kuantan. Lebih lagi dengan si Adham itu.  Tapi nak buat macam mana, dah tugas aku.

Bismillahirahmanirrahim “ Assalamualaikum.”

“ Iskandar kata Lala tak dapat pergi beli hantaran dengan dia hari ini. Kenapa?” tanya Datuk Fuad tanpa mukadimah.

“ Sorry Bah. Lala ajak Is pergi shopping siang tadi tapi dia ada court case. Lala kena pergi Kuantan malam ni. Besok pagi ada meeting dengan  Bukhary Group”

“ Ha? Nak pergi Kuantan? Kenapa hari Sabtu pun kena kerja? Bila Iskandar free, Lala pula kena kerja. Susahnya kamu berdua ni. Bila masa nak buat persiapan kahwin? Dah tak lama lagi, tau tak. Kalau macam ni, baik Lala berhenti kerja. Setakat ubahsuai rumah , kontraktor cabuk pun boleh buat. Abah boleh bagi elaun sama banyak dengan gaji Lala sekarang. Iskandar pun bukannya tak mampu nak support Lala bila dah kahwin nanti” Najlah terpaksa menahan lidah. Takut jadi perang besar. Dari dulu lagi Abah suka memperlekehkan kerjaya pilihannya. Relax.. .. relax. Jangan lawan. Abah cepat melenting tapi cepat juga sejuk kalau kena gaya. Tadah sajalah telinga.

“ Tak pe lah Abah. Lepas meeting besok Lala balik terus.  Hari Ahad Lala ajak Iskandar pergi beli hantaran.  Pasal persiapan kenduri, Lala ikut saja apa Mak dan Abah pilih. Abah bincanglah dengan Uncle Azmi dan Auntie Noraini. Elok kata Abah , eloklah bagi Lala” tuturnya lembut. Sejujurnya aku macam lembu di cucuk hidung. Alang alang calon suami pun di pilih untuk aku, apa lah nak kisah sangat warna tema dan konsep majlis nanti. Redha sajalah.

“ Masa pun dah suntuk. Abah ingat kita  pakai wedding planner, lagi senang.” usul Datuk Fuad

“ Okay lah tu.  Lala setuju. Abah dengan Mak tak penat nanti.”

Pelik betul Abah aku ni. Selalunya ibu bakal pengantin yang lebih teruja tapi ini terbalik pula. Mak nampak lebih relaks tapi Abah yang gabra. Maklumlah , Abah dapat berbesan dengan kawan baik dia. Bakal menantu pula seorang peguam yang boleh ambil alih firma guamannya nanti. Yang pasti Abah sangat sayang pada Iskandar.

“Abah, Lala dah lambat ni.  Kejap lagi kawan pejabat Lala datang jemput”  Jam di meja sisi sudah menunjukkan pukul 7.30. Solat maghrib pun belum lagi.

“ Kamu pergi dengan siapa? Lelaki atau perempuan? Ingat sikit, kamu tu dah nak kahwin. “

“ Ya.. Abah.  Jangan risau, Lala tahu jaga diri. Got to go. Kirim salam kat Mak. ”


Najlah melepaskan rambut dari  klip butterfly di kepala. Rambutnya yang lebat dan lurus melepasi bahu di leraikan dengan jari. Di urutnya kepala yang berdenyut selepas berbual dengan bapanya.

“ Peliklah aku tengok kau Naj. Kau  tak suka Iskandar? Kalau aku lah di tempat kau, hari hari aku buat sujud syukur dapat bakal suami macam dia. Dia dari keluarga orang baik baik, handsome, kaya,  romantic, murah hati. Tengok rumah kita , dah macam kedai bunga. Waduh … waduhhh… best bangat sih” Tasha mengeratkan pelukan pada teddy bear.

“ Eee.. Kau ni mata duitan lah Tasha. Silap silap kalau Datuk Badri tu available pun kau sanggup.”  Antara dia dengan Tasha tiada rahsia. Masing masing tak ambil hati kalau terlepas cakap. Mereka berkawan sejak sekolah menengah. Rapatnya mereka seperti adik beradik.  

“ Siapa tak nak hidup senang, cik adik woi. Pasal rupa aku tak kisah sangat. Kalau handsome kira bonus lah. Kau tu yang pelik. Sikit pun kau tak teruja nak kahwin dengan Iskandar. Macam orang kena kahwin paksa.”

“ Memang pun aku kena kahwin paksa. Cuma aku redha. Janji parents aku gembira. They deserve to be happy. Dah banyak sangat dugaan mereka. Kau pun tahu, kan.”  Tasha mengangguk.


Setakat ini aku dengan Iskandar memang tak ada chemistry. Dia lelaki yang perfectionist dalam serba serbi.  Iskandar serius orangnya walaupun dia ambil berat tentang aku. Mungkin sebab dia seorang peguam, gaya percakapannya formal. Tak ada gurau senda ,  usik mengusik, gelak ketawa. Piawaian tahap romantic tu memang dia dah capai, kalau di ukur dengan hadiah dan bunga yang sering di beri. Tapi tak cukup bagi aku. Aku bukan saja nak seorang suami yang memberi nafkah zahir dan batin, aku juga nak seorang sahabat  untuk berkongsi segala suka duka. Teman ketawa dan teman menangis. Tak boleh bayangkan bila sudah berumahtangga nanti dan kami masih berbual pakai bahasa mahkamah. Kalau aku tersilap cakap adakah dia akan kata “ Objection!” Gitu ker???  Najlah tergelak sendiri

“ Eh,, apa kena kau ni? Gelak seorang seorang masa Maghrib. Takut aku” Tasha membeliakkan mata.

“ Dahlah. Aku nak solat. Aku takut kena sembur dengan si Adham kalau lambat.”Najlah membelek isi beg sekali lagi sebelum menarik zip. Harap harap aku tak terlupa apa apa benda penting.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 01:26 PM | Show all posts
dah makin menarik.... tgk karektor rasanye adham lagi macho n kuat memberontak dari is next..next...next... sket sgt tuh... x cukup...hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 02:04 PM | Show all posts
bestnyer...tp n3 skit sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2010 02:22 PM | Show all posts
24# sang_arjuna

Bila tengok Arjuna ada cite baru...teruja nak baca.. dan..mcm biasa cite u tak membosankan... Tahniah... TK kongsi cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 02:24 PM | Show all posts
Ooopss... ada satu soklan..rating U tu maksudnya apa? Sama mcm rating kat TV tu ke --- selamat utk Umum gitu.. heh..heh... spesil lak kali ni ada letak rating gitu... Apa pun, cite ni menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2010 03:44 PM | Show all posts
smiley....sambung lg....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 03:46 PM | Show all posts
aku memang minat ar cite ko arjun... dari zaman dahulu kala, aku memang tak ketinggalan ar dgn cite ko ni...... tapi SR je arrr.... dah byk cite2 ko aku ikutiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 05:32 PM | Show all posts
5# cmf_blingblings

hensem... mcm john abraham pelakun bolly
sang_arjuna Post at 3-4-2010 19:37


Smiley....taste ko mamat bolly dulu arjun rampal...ni john abraham...hitrik roshan x ade ke?
Smlm tgk show.. Jodda Akhbar....best cite sejarah... hitrik acting
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 05:37 PM | Show all posts
Smiley ko jgn buat Najlah Emina n Adham kena tangkap khalwat kat  kuantan ek...:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 06:03 PM | Show all posts
Smiley ko jgn buat Najlah Emina n Adham kena tangkap khalwat kat  kuantan ek...:@
qimi08 Post at 4-4-2010 17:37

qimi.... mungkin betul speku u tu...... ok gak.. kalu betul.... mesti byk krisis pasni......
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 06:26 PM | Show all posts
qimi.... mungkin betul speku u tu...... ok gak.. kalu betul.... mesti byk krisis pasni......
alyaimra Post at 4-4-2010 18:03


Imra... i buat speku supaya penulis tukar jln cerita andai speku tu betul he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 06:38 PM | Show all posts
Imra... i buat speku supaya penulis tukar jln cerita andai speku tu betul he he he he
qimi08 Post at 4-4-2010 18:26


adeh sian writer......kak qimi saja je !...ahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 06:39 PM | Show all posts
23# sang_arjuna

tak pe smiley, at least ada cerita baru dari you......i tungo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2010 07:00 PM | Show all posts
ada cite baru lg...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 10:10 PM | Show all posts
ye ye..
ader citer baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2010 12:53 AM | Show all posts
28# yasmin08

a'ah... rating umum semua boleh baca,
tua muda, miskin kaya
semua bergembira....

tp tak tau lah kot later berubah... he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2010 12:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 5-4-2010 01:37

30# wwannurr


terimakasih
cerita smiley simple je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.383687 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list