CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4501|Reply: 5

banjir besar di rio de janeiro, lebey 95 maut, tanah runtuh!!

[Copy link]
Post time 8-4-2010 07:14 AM | Show all posts |Read mode
95 korban banjir, tanah runtuh di Rio de Janeiro

SEORANG petugas penyelamat memangku seorang bayi sementara ibu dan bapanya menyusul di belakang semasa operasi pemindahan di Campo Grande, Rio de Janeiro, kelmarin yang teruk dilanda banjir dan tanah runtuh. - AP

RIO DE JANEIRO 7 April - Hujan paling lebat dalam sejarah kota ini semalam menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh ketika bah mengubah jalan-jalan raya menjadi 'sungai' dan melumpuhkan kota kedua terbesar di Brazil itu.

Keadaan tanah akibat hujan berkenaan menyebabkan lereng-lereng bukit runtuh membentuk apa yang kelihatan seperti laluan merah-perang. Rumah-rumah papan dan konkrit di kawasan berkenaan turut runtuh dan menghempap struktur lain.

Hampir semua aktiviti rutin di bandar raya yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan bola sepak Piala Dunia itu terhenti. Datuk Bandar, Eduardo Paes meminta semua pekerja tidak keluar rumah dan menutup semua sekolah.

Presiden Brazil, Inacio Lula da Silva meminta orang ramai supaya berdoa agar hujan berhenti.

''Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Rio de Janeiro, hujan paling lebat dan sehari. Jadi apabila berlaku kejadian seperti ini kita hanya boleh meminta Tuhan untuk menghentikannya agar kita boleh meneruskan kehidupan di kota ini,'' katanya.

Seorang wakil Jabatan Bomba yang menyelaras kerja-kerja menyelamat berkata, seramai 95 orang maut dan 100 lagi cedera. Kebanyakan mangsa adalah dari kejiranan lereng bukit yang menyaksikan rumah mereka terbenam dalam tanah dan lumpur.

''Kami menjangka angka kematian akan meningkat," katanya yang enggan dikenali.
Ribuan pemandu terperangkap di lebuh-lebuh raya akibat peningkatan paras air.

Ketua Jabatan Pertahanan Awam, Sergio Simoes memberitahu stesen televisyen Globo TV, kuantiti air dari hujan mencapai jumlah yang tidak mampu ditampung oleh mana-mana kota.

Dua kejohanan besar, Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016 tidak akan berlangsung ketika musim hujan Brazil yang kebiasaannya adalah dalam tempoh Disember hingga Februari namun berterusan hingga April pada tahun ini.

Silva menolak kemungkinan hujan serupa akan menamatkan peluang Brazil menganjurkan kejohanan paling besar pernah berlangsung di bumi nagara berkenaan. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2010 07:29 AM | Show all posts
isk bencana alam lagik ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 09:37 AM | Show all posts
ciannye baby tu...comel giler...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 10:33 AM | Show all posts
xder gmbr lagik ker??
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 12:58 AM | Show all posts
mmg laa name tempat pon maksodnyer river of january...tapi nih april ann
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 03:02 AM | Show all posts
larh. kesiannyaaaaa. huhu. tapi comel sangat baby yang kena angkat tu. tapi kesian kat dia... dugaann.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.066493 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list