CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8975|Reply: 26

Penantian Penduduk Bukit Gambir akhirnya berakhir

[Copy link]
Post time 8-4-2010 07:12 PM | Show all posts |Read mode
Plus bina persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Alor Pongsu, Bukit Gambir


2010/04/04
PETALING JAYA: Plus Expressways Bhd, syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia, akan membina tiga persimpangan bertingkat bernilai RM250 juta di Sungai Buaya di Selangor, Alor Pongsu di Perak dan Bukit Gambir, Johor untuk kemudahan pengguna Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

Ketua Pegawai Operasinya, Nik Airina Nik Jaffar, berkata semua projek itu dilaksanakan sebagai jalan alternatif bagi membolehkan pengguna menjimatkan masa serta memudahkan mereka untuk berulang alik menggunakan lebuh raya dalam urusan seharian.

"Kerja-kerja pembinaan untuk kesemua persimpangan bertingkat itu dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun.

"Semua persimpangan bertingkat itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, tandas awam, kawasan meletak kenderaan dan lain-lain untuk memberi keselesaan kepada orang ramai," katanya pada sidang akhbar di sini.

Kerja pembinaan persimpangan bertingkat baru Sungai Buaya di kilometer (KM) 436 antara persimpangan Bukit Beruntung dan Rawang dijangka dimulakan pada awal tahun depan, katanya.

Pada ketika ini, katanya penduduk sekitar Sungai Buaya dan Sungai Choh terpaksa menggunakan persimpangan bertingkat Bukit Beruntung untuk memasuki Plus.

"Persimpangan bertingkat itu akan memberi manfaat kerana mereka dapat menjimatkan masa perjalanan antara 15 hingga 20 minit dan memendekkan perjalanan sehala mereka sehingga 16km," katanya.
Nik Airina berkata persimpangan itu juga bertindak sebagai akses alternatif untuk mengurangkan kesesakan trafik di Rawang.

Pembinaan persimpangan bertingkat Bukit Gambir, Johor di KM157 antara persimpangan bertingkat Tangkak dan Pagoh akan dimulakan Jun ini manakala persimpangan bertingkat Alor Pongsu, Perak di KM181 antara persimpangan bertingkat Bandar Baru dan Bukit Merah pada akhir tahun, katanya.

Nik Airina berkata Plus merancang untuk menambah baik dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di sepanjang lebuh raya demi keselesaan pengguna.
Selain Lebuhraya Utara-Selatan, Plus Expressways juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuh Raya Utara-Selatan.

Ia termasuklah Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Hubungan Kedua (Linkedua). - Bernama



p/s: Dah lama orang bukit gambir ni tunggu exit Plus nie. Dah 15 tahun.
Come on orang Johor. Demand sikit. Jangan angguk-angguk geleng-geleng ajer.
Dah la Johor yg setia ni tak dapat projek KTM double trek.
Negeri lain semua dapat.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2010 04:46 PM | Show all posts
exit kat jambatan ke parit zing ngan simpang 5 tu ke? bagus2...kuar2 highway terus leh smp kpg aku ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2010 06:34 PM | Show all posts
Ada jugak orang bukit gambir kat sini.

Anyway tahniah lah. Johor sebagai penyokong setia perlu lebih maju daripada negeri-negeri lain.

Exit pagoh boleh jugak diperbaiki dengan dibesarkan dan dipasang lampu isyarat. Kawasan TPM tue. Lampu jalan pun kurang kat situ.

Jambatan Muar ke-3 yg dekat Pagoh tue bagus jugak kalau dipasang lampu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 03:28 PM | Show all posts
knp ler xde exit kat jalan bakri...
cenang ckit aku nk balik kg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 10:41 PM | Show all posts
knp ler xde exit kat jalan bakri...
cenang ckit aku nk balik kg....
hr_ikhlas Post at 15-4-2010 15:28

Mana lah ada highway PLUS kat situ.Muar bypass adalah.
Itu sami belu dah janji nak buat flyover untuk ganti trafik light pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:08 PM | Show all posts
yahoooo!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2010 07:58 AM | Show all posts
Mana lah ada highway PLUS kat situ.Muar bypass adalah.
Itu sami belu dah janji nak buat flyover u ...
kluangman Post at 15-4-2010 22:41


mana nk korek flyover... mula2 mmg dn tambak tinggi tanah kat ctu... last2 korek balik rata kn... sbb nk bt traffic light...
abis tanah org kg nk amik.... last2 xjdk bt... otg kg gak jdk OKB.... heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 10:05 AM | Show all posts
Semalam lalu di lebuhraya PLUS nampaknya persimpangan bertingkat sudah mula dibuat.
Semoga siap on-time.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 12:05 AM | Show all posts
Jambatan Muar ke-3 yg dekat Pagoh tue bagus jugak kalau dipasang lampu.
kluangman Post at 13-4-2010 18:34



   jambatan tang mna lak nie...tak tau p0n...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2011 07:03 PM | Show all posts
jambatan tang mna lak nie...tak tau p0n...
kerepektempe Post at 21-10-2011 00:05

Drp highway PLUS exit Pagoh, belok kanan.

Kemudian belok kiri. Ada jambatan dekat Bukit Gambir.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 10# kluangman


oooo..itu   jambatan yg menghubungkan penduduk panchor dan gersik serta yang sewaktu dgnnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply 10# kluangman

yang tempat depa nak buat Universiti tu ker???
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2011 02:34 PM | Show all posts
Reply 12# kerepektempe


   uikk...mane ade Universiti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:31 PM | Show all posts
Reply  kluangman

yang tempat depa nak buat Universiti tu ker???
kerepektempe Post at 24-10-2011 14:06

Dengar cerita jelah.Dalam Bajet 2012 tak perasan pulak announcement nak buat u kat sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2011 11:34 PM | Show all posts
Reply  kluangman


oooo..itu   jambatan yg menghubungkan penduduk panchor dan gersik serta yang  ...
kodoklawa Post at 24-10-2011 10:15
Itu aku kira jambatan ke-3 la rentas sg muar.
Kalau campur dgn jambatan lebuhraya PLUS kiranya ada 4 jambatan yang cross sg muar.


Dulu aku lalu, jambatan tersebut gelap. Lampu jalan kurang.


Sekarang tak pasti masih sama lagi atau tidak.


Come on la. election is around the corner. Demand la sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 07:43 PM | Show all posts
Reply 14# kluangman


   dekat Pagoh tue mmg nak buat U pon...dah ada papan tanda Hub Pendidikan...
TPM dan pecah tanah dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 09:24 PM | Show all posts
dah dapat perhentian bas baru ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:42 PM | Show all posts
Reply 17# ultraPakcik

on the way pakcik ultra...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:46 PM | Show all posts
Reply 15# kluangman


   masih lagi gulap gulita..kawasan kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 12:12 AM | Show all posts
baik2 lalu area tol jasin. hari tu aq naik kete. jumpa pocong pergh banyak gila seyh. tak terkira.  nasib baik meka tgh meeting. tak perasan kewujudan aq walaupun aq perasan kewujudan mereka. balik esoknye aq demam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.085954 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list