CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

Sampaikan.....walau satu ayat.

[Copy link]
 Author| Post time 7-5-2010 07:01 AM | Show all posts
tq nanie....ari ni ada kelas al quran kan...mesti ada ilmu baru tu nanti..kongsi bersama ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2010 07:02 AM | Show all posts
di dalam kitab suci  Al Quran terdapat 48722 huruf alif....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2010 03:08 PM | Show all posts
tq nanie....ari ni ada kelas al quran kan...mesti ada ilmu baru tu nanti..kongsi bersama ye...
monorail Post at 7-5-2010 07:01



sama- sama....
teringat apa yg ustaz sampaikan jumaat lepas....nak dikongsikan bersama


`kalau nak dengar mcmana bunyi api neraka.....cuba tutup telinga dengan kedua - dua telapak tangan....bayangkan api neraka tgh marak....lebih kurang begitulah bunyinya'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 11:30 AM | Show all posts
pagi tadi ?....tak apa2 yg nak disampaikan ke nanie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2010 11:31 AM | Show all posts
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :  * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.  * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.  * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.   Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :  "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.   Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.   Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."  Kala Jengking Neraka  Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang  bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.  Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa   yang kau cari?"  Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.  Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.   Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.  Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.  Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.  Kelima, orang yang suka minum arak."   Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah   Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2..  Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.  begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam..  ADAB MENDENGAR AZAN  Kematian itu pasti menjelma. Hanya mas a dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah  hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "  Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.  Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu se mas a nyawa kitasedang dicabut.
"Ya Allah! Anug era hkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .." se mas a sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 03:35 PM | Show all posts
Biar lambat dr TAK dtg langsung.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-5-2010 06:00 PM | Show all posts
saya punya lebih dari satu ayat kan mas....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 07:14 AM | Show all posts
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 07:36 AM | Show all posts
saya punya lebih dari satu ayat kan mas....
monorail Post at 14-5-2010 06:00 PM


dh beribu-ribu lemon


`Ketahuilah,bahawa anda sebenarnya memiliki pelbagai kenikmatan dan memiliki
pundi-pundi kebaikan yg ALLAH kurniakan kpd diri anda`
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2010 06:48 PM | Show all posts
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2010 10:16 AM | Show all posts
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
ALLAH mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 07:10 AM | Show all posts
panjang nak tulis.....baca lah kat sini

http://hjarshad.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 10:05 PM | Show all posts
membaca fatihah tanpa wuduk pahala nya 10 setiap huruf...bermakna 10 x 156=1560

kalau berwuduk 25 setiap huruf....25 x 156 = 3900
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2010 08:42 AM | Show all posts
sambung sikit apa yg didengar semalam.....

gunakanlah jari2 anda untuk mengira 33 subhanalllah 33 alhamdulillah dan 33 Allahuakhbar, iaitu zikir selepas sembahyang....kerana jari2 itu akan berkata-kata diakhirat kelak apabila ditanya. Ia akan menjawab..."aku digunakan untuk berzikir dan memujiMu"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-5-2010 05:10 AM | Show all posts
apasal thread ni org tak nak post yek...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2010 02:39 AM | Show all posts

amin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2010 06:58 AM | Show all posts
di petik dari...http://hjarshad.blogspot.com/

Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2010 09:00 AM | Show all posts
Perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada isteri agar bersujud kepada suami seandainya makhluk boleh bersujud kepada makhluk. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Seandainya aku memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain niscaya aku memerintahkan isteri agar bersujud kepada suaminya." (HR. at-Tirmidzi)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2010 09:01 AM | Show all posts
Murka yang di langit kepada isteri yang menolak permintaan suami untuk bermesra, murka ini hapus jika suami redha kepada isteri. Dari Abu Hurairah radiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallambersabda, "Demi dzat yang jiwaku berada ditanganNya, tidak ada seorang suami mengajak isteri ke ranjangnya lalu isterinya menolaknya kecuali yang di langit memurkainya sehingga suami redha kepadanya ."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2010 09:53 AM | Show all posts
selama 13 tahun Nabi Muhammad berada di Mekah...tiada satu pun ayat yang diturunkan menyebut munafiq....munafiq disebut setelah Nabi berhijrah ke Madinah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079289 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list