CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monorail

Sampaikan.....walau satu ayat.

[Copy link]
 Author| Post time 14-2-2011 08:24 AM | Show all posts
Jangan berdiri sehingga selesai Qamat.
Para makmum yang sedang duduk jangan bangun berdiri sehingga bilal berkata Qad ka matis solah (jawi lebih tepat) dan ada pendapat mengatakan jika makmum org muda dan masih kuat, bangkitlah apabila selesai qamat.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 08:49 AM | Show all posts
Reply 140# monorail

Hmmm....betul tu.



Sesungguhnya dunia ini hanyalah barang permainan bagi mereka yang tidak memikirkan akhirat, tetapi ia adalah jambatan kepada kehidupan yang lebih baik di akhirat jika kita memanfaatkan setiap saat dengan kebajikan . insyaAllah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2011 12:41 PM | Show all posts
Hukum keluar daripada sembahyang dan takbiratul ihram semula
Mengikut pendapat yang sahih, jika seseorang bertakbiratul ihram memulakan sembahyang, kemudian ia diganggu was-was dan ia keluar daripada sembahyang itu dan bertakbiratul ihram smula. Maka perbuatan itu haram hukumnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 08:07 AM | Show all posts
hukuman paling ringan di neraka nanti ialah hukuman yg dikenakan kepada bapa saudara Nabi.....abu talib...ia akan dipakaikan selipar dari api neraka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2011 12:29 PM | Show all posts
up kan...kot2 ada yg nak baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2011 07:05 PM | Show all posts
selalu jatuh ke page 2........upkan...tapi lom ada yg nak disampaikan....nnt lah. bila ada nnt saya post.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2011 07:05 PM | Show all posts
org lain tak de ke nak contribute
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 09:46 PM | Show all posts
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin, lihat kepada yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.

Renunglah sejarah pengabdian Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah.


Uzlahkan diri dari kesibukan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (hayati al-Quran) dan matikan jasad dengan banyak zikrullah.


Perbanyakkan muhasab diri dengan beristighfar kepada setiap dosa yang dilakukan dan solat sunat taubat (syor membaca surah Al-Fatihah, At-Taubah, Al-Fill, Al-Kahfi).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2011 09:55 PM | Show all posts
tq mas......
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 09:38 AM | Show all posts
Reply 149# monorail

Sama2.

[tr]            [/tr]
Islam menilai yang terbaik hanyalah yang suci sebagaimana solat hanya akan diterima apabila sesorang itu telah bersuci. Allah SWT tidak menilai sesuatu kebaikan itu hanya daripada luaran semata-mata tetapi dinilai dari dalaman juga yang datangnya daripada hati. Sesungguhnya apa jua kebajikan yang dilakukan walaupun dengan niat kerana Allah perlu diambil kira dari mana punca ia diperolehi sama ada halal atau pun haram. Samalah keadaannya dengan sepohon pokok yang tumbuh subur tetapi sebenarnya ia beracun yang jika dimakan akan membawa maut.
                     
                  
            
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 12:23 PM | Show all posts
mana ustazah nanie nih...nak share yg dia g kelas agama tadi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2011 08:18 AM | Show all posts
kuliah subuh pagi tadi oleh seorang dari KAGAT..Lt Kol...

ILMU ADALAH IMAM KEPADA AMAL...........
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 08:10 AM | Show all posts
A'kum... first time posting kat sini


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN SALAM
Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel di atas, yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Terjemahan ayat yang menyatakan bahawa salam itu bermaksud "selamat tinggal" tidak lengkap.

Yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam ayat yang disertakan di awal artikel ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi.

contoh:
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa m...enghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT, "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

"Sesungguhnya perselisihan pendapat itu merapatkan ummah"
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 09:15 AM | Show all posts
Adakah kita saling sayang menyayangi sesama kita? Adakah kita sentiasa mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada seluruh orang mukmin. Adakah kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangi diri kita sendiri? Adakah kita tidak mahu melihat saudara kita menderita sepertimana kita sendiri tidak mahu hidup menderita? Tepuk dada tanya iman kerana kesempurnaan iman itu dikaitkan dengan sifat saling sayang menyayangi. Rasa bersama dan menyatakannya melalui ungkapan dan reaksi gerak badan memang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Contohnya memberikan hadiah walaupun kecil dan sentiasa berterima kasih, ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Kita tidak perlu meraikan Valentine Day semata-mata untuk menyatakan rasa kasih kita pada seseorang kerana Islam menggalakkan umatnya agar kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa sesama saudara Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya telah menjadi haram. Justeru budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Berkasih sayang dalam Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 01:00 PM | Show all posts
pick frm Mukjizat Sholat Dan Doa

Doa seorang Istri yg melihat suami tertidur kelelahan stlh seharian bekerja, 'Ya Allah, sayangilah suamiku yg lelah bekerja seharian mencari nafkah untuk keluarganya, limpahkanlah kesehatan & sejukkanlah hatinya dlm menghadapi masalah, senantiasa menyayangi istri & anaknya. Ya Allah, masukkan suami kami ke dalam syurgaMu yg terindah.'
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 10:21 AM | Show all posts
Reply 155# monorail

Kata ustaz tadi..JGN mengeluh,BERdoa & TERus BERdoa,InsyaALLAH disuatu hari doa kita akn dimakbulkanNya.
BERsabarlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2011 09:58 AM | Show all posts
petik dari ceramah malam semalam....rasanya dah letak dulu...

berada di taman syurga ada lah lebih baik dari 1000 rakaat sembahyang sunat....dan lebih baik dari mengiringi 1000 jenazah ke perkuburan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2011 09:59 AM | Show all posts
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم
Apabila kalian melalui suatu taman syurga, maka hendaklah kalian berhenti. Mereka bertanya: Apakah taman syurga itu, wahai Rasulullah? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Halaqah dhikir (Hadits riwayat at-Tirmidhi)
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 09:15 AM | Show all posts
Reply 157# monorail

mono.
TQ utk semua.


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 10:36 AM | Show all posts
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.079579 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list