CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazurah

Rahsia Hati Sofia 2

  [Copy link]
 Author| Post time 27-4-2010 03:37 PM | Show all posts
uolss nak happy ending? fair ending? sad ending?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 03:47 PM | Show all posts
uolss nak happy ending? fair ending? sad ending?
nazurah Post at 27-4-2010 15:37



    happy endingla....tak mau sedih2 dah...asyik kena nangies jer....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 04:12 PM | Show all posts
best ler
naz sambung rhs
mesti nangis lagi ni
rhs yg 1st tu pun baca balik ,nangis balik
hehehehehe
keep good work
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 04:32 PM | Show all posts
salam naz,

baru berkesempatan membaca cerita2 naz. walaupun tak pernah baca buku pertama
permulaan cerita ni dah menarik sangat, sedih je rasa...ikhmal tu dok atas kerusi roda kenapa ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2010 04:54 PM | Show all posts
detox... pi la baca RHS... pinjam kat kengkawan yg ada
Ikhmal kemalangan dan dia kehilangan keupayaan sementara.

iwimz, thanks dear
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 04:57 PM | Show all posts
harap2 thah keluar lepas ni.....lama x npk thah apa khabar dia sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2010 05:27 PM | Show all posts
salam naz..welkam bek..
liya bli novel naz tp sekali jer baca..
tu pun byk kali stop sbb x larat nak nangis..
dh la masa baca kat sini pun dh byk nangis..
so bila dh smbg ni jgn la duk buat citer sedih lg..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 06:52 PM | Show all posts
RHS 2 kembali..ingin tahu kisah diorg dgn lebeh lanjut..
alamak..kena sediakan stok tisu bebanyak ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 09:50 PM | Show all posts
salam naz.....tq untuk sambungan RHS yang buat mata akak bengkak2 and hrp2 RHS2 ni x lah sadis sangat...mcm mana pun akak suka sgt the last part....hepi ending
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 10:02 PM | Show all posts
Kak naz, boleh request ke nak ending camne? Hehe Xlarat la nak sendu2 sekarang ni, buat neutral ending (fair) boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 05:15 AM | Show all posts
Kak Ju'a... insya Allah akan dipertimbangkan ending yang tidak meleleh... tapi orang kata kalau tak nangis tu macam tak puaslah, kena nangis gak... hahaha

Ischae, boleh sayang. semua orang boleh request nak ending macam mana, semoga permintaan kalian semua akan membuka hati cik penulis untuk menulis yang bahagia2 aje ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2010 05:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by nazurah at 28-4-2010 05:31

“IJAM duduk rumah aje ke hari ni?” soal Najihah pada adiknya. Dia duduk di sebelah Nizam, di atas buaian kayu dan berbuai perlahan. Sudah dua hari Nizam tidak bekerja, badannya keletihan dan otaknya pula sedang celaru.

“Taklah kak, pagi tadi Ijam jumpa Mal. Borak dengan dia kejap. Lepas tu pergi Taman Pelangi.”

“Jumpa Sofia?”

Nizam mengangguk. Dia ke rumah Sofia kerana menyampaikan amanah dari Ikhmal, duit nafkah buat Izz Hilman dan Irdinanur Sharah. Kebetulan pula internet di rumah Ikhmal sudah seminggu tidak berfungsi.

“Tak elok selalu sangat jumpa Sofia, takut timbul fitnah pada dirinya nanti. Kesian dia Ijam.”

“Ijam tahu kak. Ijam tak masuk pun dalam rumah dia.” Balas Nizam. Dia hanya berdiri di pagar rumah Sofia, hanya ibu Sofia sahaja yang keluar menemuinya di pintu pagar. Sofia pula sekadar menjengah dari muka pintu, itupun cuma sekejap. Sofia segera menghilang setelah dia meninjau siapa yang datang.

Mungkin dia tunggu Mal datang, bukan aku…

“Sofia sihat?”

“Nampak macam sihat.” Jawab Nizam. Dia memandang kakaknya. Doktor Najihah merenung mata sayu adiknya. Sedih yang bertaut di hati Nizam sudah lebih enam bulan lamanya. Dituduh perosak rumah tangga sahabat baiknya sendiri adalah sesuatu yang tak terpikul oleh bahunya. Dia memang cintakan Sofia namun tidak pernah terlintas dibenaknya untuk memusnahkan sebuah ikatan yang dijalin dengan ayat-ayat Tuhan. Dia lebih rela bercinta seorang diri dengan Sofia. Dia rela tidur malam bertemankan mimpi-mimpi, biar sahabatnya sahaja yang memiliki jasad dan cinta Sofia.

Nizam tahu pernikahan itu dahulu bukan atas kerelaan Sofia tapi dia tidak pernah lupa bahawa mereka sudah bertahun menyulam cinta. Bergaduh itu biasa, berperang itu juga semakin biasa. Nizam tidak pernah mahu tahu mengapa Sofia menolak untuk dinikahkan dengan Ikhmal dahulu namun begitu dia tidak berani untuk mengatakan bahawa saat itu, detik itu… Sofia suka padanya.

“Sofia cakap apa sampai sedih macam ni?” tanya Doktor Najihah

“Adik kakak yang handsome ni bila sedih buruk sangat rupanya. Jangan sedihlah, kakak dengan daddy sentiasa menyokong Ijam. Mummy tak suka tapi dia bukan benci. Tunggulah keadaan sedikit reda, baru kita bincangkan soal kahwin itu lagi ya?” Doktor Najihah cuba memujuk.

“Bukan pasal kahwinlah kak. Dia dah cakap dengan Ijam yang dia tak nak kahwin dengan sesiapapun sekarang ni.”

“Berilah dia masa. Tak semestinya Ijam kena bertanggungjawab dengan apa yang dah berlaku. Bukan salah Ijam kerana cintakan Sofia. Kita dah dengar sendiri dari mulut Ikhmal kan, dia ceraikan Sofia sebab dia tak mahu Sofia terbeban dengan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul Ikhmal. Ijam mungkin boleh Bantu Sofia, ringankan beban dia.” Kata Doktor Najihah.

“Kakak rasa bila Ijam tak ungkit soal kahwin mungkin Sofia akan rasa lebih tenang. Cuba Ijam bantu dia lalui fasa-fasa sukar ini, carikan dia kerja misalnya tapi bukan satu pejabat dengan Ijam…itu cuma menambah masalah aje nanti. Beri dia sokongan moral…beri dia kebahagiaan. Isyy… entahlah kakak tak reti nak sebut macam mana kakak bukan kaunselor bertauliah macam Makcik Milah.” Tambah Doktor Najihah lagi.

“Dia pulangkan cincin ni…” Nizam membuka genggaman jarinya.

“Nanti belikan dia yang baru…” balas Doktor Najihah, dia tidak mahu adiknya terus kecewa. Dia harus disuntik dengan kata-kata yang mampu menaikkan semula semangatnya.

“Bukan dia nak kahwin dengan Ijam pun kak.”

“Ijam, hadiah untuk orang kena ikhlas tanpa mengharap sebarang balasan. Belikanlah untuk dia sebagai hadiah ulangtahun ke, hadiah sempena hari ibu ke. Mungkin perlahan-lahan nanti Sofia boleh terima adik kakak yang baik hati ni.”

“Tapi kak,”

“Apa dia?”

“Ijam sebenarnya buntu. Ijam memang sayangkan Sofia tapi kadang bila Ijam fikir kalau Ijam kahwin dengan Sofia, Ikhmal macam mana pulak.” Dia tersepit. Hati Ikhmal wajar diambil kira.

“Itu senang aje. Jangan fikir apa-apa pun sekarang ini. Jangan fikir soal kahwin, jangan fikir soal macam mana nak ambil hati Sofia tapi fikir macam mana nak buat dia senang, tenang dan lapangkan dadanya. Itu yang terbaik. Kakak kenal Sofia, dia itu umpama angin, kadang sejuk, kadang damai sepoi-sepoi bahasa namun ada waktunya dia boleh jadi udara panas yang bisa menerbangkan belon udara!”

“Kak Jihah, sejak bila jadi sasterawan?”

“Hehe… kakak temankan Sofia pergi bengkel penulisan minggu lepas.”

“Wow!”

“Sofia perlukan hidup yang baru supaya dia boleh keluar dari kesedihan yang mengulit dirinya sekarang ini.” Dahulu Doktor Najihah menyarankan padanya agar menyertai badan-badan sukarela yang membuat kebajikan namun yang nyata pabila Sofia bersama orang-orang yang senasib dengannya dia menjadi semakin lemah.

“Sofia nampaknya macam suka dengan cabang yang baru dia terokai. Kakak pun suka tengok dia happy malah Sofia dah merangka langkah-langkah yang seterusnya.”

“Maksud kakak, Sofia nak menulis?”

“Ha’ah… dia cakap dengan kakak dia nak tulis buku kanak-kanak hadiah buat Sharah dan Hilman. Kakak dah baca ceritanya… menarik! Sofia memang berbakat.”

“Hmmm… dia memang ada bakat seni. Dulu Ijam selalu lihat betapa dia begitu tekun mencantumkan garis-garis lurus sehingga menjadi satu produk yang bernilai ratusan ribu dollar. Hasil kerjanya kemas… indah…” tutur Nizam. Ya, mesin pengimbas empat segi itu indah kerana dilukis oleh Jihannur Sofia, perempuan yang istimewa.

“Haaaa… macam inilah adik kakak, boleh senyum pun. Ingat, jangan sedih-sedih lagi okey, hidup ini harus kita nikmati sebaiknya. Jadikan yang sedih itu sebagai peringatan buat kita tapi bukan untuk kita usung duka itu sepanjang umur kita.” Kata Doktor Najihah sambil menepuk-nepuk peha adiknya.

Kalau aku mahu bahagiakan dia, aku harus bahagiakan diriku dahulu… barulah kebahagiaan itu dapat dikongsi bersama….
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 07:38 AM | Show all posts
Kak Ju'a... insya Allah akan dipertimbangkan ending yang tidak meleleh... tapi orang kata kalau tak  ...
nazurah Post at 28-4-2010 05:15



    hehehe...saja lah naz tu nak mendera perasaan, nak suruh gak akak leleh lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:02 AM | Show all posts
wah naz ader smbungan cter RHS, best ni naz..., tapi harap2 kali nie tak la ending yang sedih yr..., next  naz..............
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:49 AM | Show all posts
selamat berusaha Nizam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:09 AM | Show all posts
wau..best naz....LBN pun aku dah beli....meleleh..heheheh..sadis betul....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 09:20 AM | Show all posts
LBN sudah...RHS sudah...skrg RHS 2...sgt2 menantikan buah tgn kak naz..

w/pun buah tgn kak naz x penah membuatkan aku ceria ~ of course la sbb everytime aku baca sure aku nangis tersedu2..hehe ~ tp x sabar nk baca tulisan kak naz yg sgt meruntun jiwa..huhuhu..

tengkiu kak naz

tetiba aku jd jiwang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:23 AM | Show all posts
adehh!!!..tak tahan la baca cite2 sedih nie...
RHS yg dulu tu aku dah leleh sakan. yang ini pun ada cam nak leleh gak...
tension nye....tapi tension2 pun..aku tetap nak baca gak!

tahniah Naz untuk RHS! berjaya wat aku sedih nangis2. mmg follow cite nie dari blog lagi...bess!
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:24 AM | Show all posts
suka nyer dapat baca sambungan citer ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 09:25 AM | Show all posts
dah lama tertanya2 bila nazurah nak sambung citer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072492 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list