CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33478|Reply: 21

Pertanyaan Pasal Lesen

[Copy link]
Post time 23-5-2010 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Salam. gini, aku nak ambik lesen motor. agak2 logik tak kalo nak dapat lesen P dalam durasi 3 minggu - 1 bulan dari sekarang?
Hajat di hati nak ambik L dulu takut2 tak sempat, sebab skang ni aku tengah cuti sem sampai 23/6. Lagi satu apa beza lesen L ngan P? maaf soklan yang sangat naiff.

Sekian, mekasey. dari insan tua yang masih tak punyai lesen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 10:53 PM | Show all posts
lesen L ko boleh naik sorg...
lesen P ko boleh bw pembonceng...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 11:13 PM | Show all posts
g buat kat Metro Driving School....
g kelas hari2 leh cepat abih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 11:50 PM | Show all posts
Reply 2# Donatello86

Tapi duration nak ambik L ngan P pulak camne? kalo tak silap L tu cuma test teori je kan? takde praktikal?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2010 11:51 PM | Show all posts
Reply 3# ice98

Kalo gi hari2 rasanya dalam bape minggu ley dapat L ngan P tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 12:31 AM | Show all posts
better pegi mcm Metro driving skul tu.. A to Z buat kat tempat dia... aku pun tak igt berapa lama durasi aku wat lesen dulu... tapi lebih sebulan gak la nk berjumpa dgn tester JPJ tu..  skang ni tak tau lak.. cepat kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 07:29 AM | Show all posts
lesen P- lesen PELUMBA
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_rambutan at 24-5-2010 08:28

lesen L adalah lesen belajar memandu.... bermakna orang yg tak tau drive pon leh amik.... sbb kalu takde lesen tuh ko tak layak belajar memandu secara sah..... nak amik dia kursus dan exam sajerk..... lepas exam dapatlah belajar memandu..... istimewanya lesen L nih adalah boleh guna bawak moto walau ko guna bukan utk belajar... tp ko naik sorang jerk.... takut sapa yg naik ngan ko mati katak kalu jadi apa2

untuk keta lesen L nih kena ada bila ko nak belajar sambil cikgu ada sebelah..... dan setelah abih belajar ko amiklah lesen P.... dulu lesen P nih tak ujud..... lulus jerk memandu ko bleh bawak keta mcm org lama2... takde apa2 stiker....

Tp skang lesen P nih diperkenalkan sbb untuk kontrol budak2 yg baru dapat lesen nih buat banyak salah.... bila ada buat salah... eksiden.. saman dan sebagainya... mata akan ditolak sampailah terlalu banyak lesen P boleh terbatal.... kena amik lain.... tp stakat nih tak nampak sgt pon penguatkuasaannya..........

setelah beberaper tahun ko ok takde apa2 masalah tolak mata dan segalanya... maka ko dapatlah kompem lesen yg tak perlu apa2 stiker lagik..... masa tuh ko tak terikat dgn mata segala nih dah... boleh renew cam biasa tiap2 tahun...

tp itu yg aku tau lah..... yg aku tak tau mungkin banyak lagik... mungkin sistem dah berubah lagik skang.... sebagaimana test moto atas titi..... dulu haku tak kena pong.... kursus2 belajar pasai enjin tukau tayar pon haku tak kena... katernya skang dah kena

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 08:26 AM | Show all posts


inilah yg sepatutnya...

tp ada skolah memandu ada short-cut.... bleh skip mana2 trus amik lesen...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:39 AM | Show all posts
Reply 4# Zep


    ha itu otai lesen sudah bersuara....aku dah lama amb lesen dah xigt la....
sori k...better ko pergi sendiri ke pusat memandu...lebih terjamin...ok
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 09:04 AM | Show all posts
haku amik lesen kete pada tahun 1991.. musti tak sama punya serba serbi
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:46 AM | Show all posts
inilah yg sepatutnya...

tp ada skolah memandu ada short-cut.... bleh skip mana2 trus amik les ...
cmf_rambutan Post at 24-5-2010 08:26


makk aihh..
giler susah nak amik lesen skrg.. {:2_75:}
memacam step ader....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:19 PM | Show all posts
lps dapat lesen nanti, jgn lupa celebrate dgn upacara open table cikencop ngan fresh oren..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 04:07 PM | Show all posts
lepas dapat lesen L, wajib tunggu sebulan sebelom test dengan JPJ.
so, untuk complete sampai P tu ambil mase lebih dari sebulan.

pendapat aku, ko ambik L dulu, lepastu sambung study, next cuti sem baru buat P.
L ni tahan 2 tahun, just renew je. lepas 2 tahun, kalau tak buat P,kena buat balik L, start from zero.
kalau nak jimat kos untuk lesen kerete, buat lh lesen kerete sebelom 2 tahun dari tarikh lesen L dikeluarkan. so, L just renew, tak payah bayar untuk kursus L and ujian komputer.

p/s : metro mahal sampai beribu aku ambik dulu tk sampai 500 pon, kuliah, kelas memandu, semua pon buat dekat satu tempat. tp aku duduk dekat negeri berMB haram
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 06:13 PM | Show all posts
lps dapat lesen nanti, jgn lupa celebrate dgn upacara open table cikencop ngan fresh oren..
takumi86 Post at 24-5-2010 14:19



    acara wajib..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 10:41 AM | Show all posts
makk aihh..
giler susah nak amik lesen skrg..  
memacam step ader....
d34n Post at 24-5-2010 11:46


step baru..........

Kos belajar, miliki lesen memandu dijangka naik

JPJ tambah jumlah jam latihan dalam kurikulum baru

TAPAH: Kos belajar memandu dan memiliki lesen dijangka meningkat berikutan langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menambah jumlah jam latihan memandu dalam kurikulum baru yang akan diperkenal akhir tahun ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kurikulum baru itu akan memastikan pengguna jalan raya mempunyai kemahiran pemanduan lebih cekap, mementingkan keselamatan, mematuhi undang-undang dan berhemah.

"Antara perubahan ialah lanjutan tempoh masa ujian memandu dan penggunaan kenderaan ujian mengikut kesesuaian pemandu sama ada automatik atau manual.

Pemegang lesen memandu P (Percubaan) juga perlu menjalani ujian khas memperoleh Lesen Memandu Kompeten (CDL) berbanding sebelum ini yang diperoleh secara automatik. JPJ turut memperbaiki kaedah mendapatkan lesen kenderaan awam (PSV) dan lesen kenderaan membawa barang (GDL).

"Kita dalam peringkat akhir mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan sebelum dilaksanakan," katanya selepas majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ Khas Masyarakat Orang Asli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, di Kuala Woh di sini, semalam.

Pada majlis itu, 585 peserta terdiri daripada masyarakat Orang Asli menerima lesen B2 (Motosikal).
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, JPJ akan memperkenalkan kurikulum baru bagi menyediakan sistem latihan memandu yang dapat melahirkan pemandu kompeten, mematuhi undang-undang dan berhemah.

Solah juga berkata, perubahan dijangka dapat meningkatkan tahap pemanduan di negara setaraf amalan antarabangsa dengan memastikan modul latihan yang disediakan mengikut piawaian latihan terbaik di kalangan negara yang mengamalkan cara pemanduan berkualiti.

揝aya jangka akan berlaku kenaikan kos sebab kita mahu menuju kepada kualiti latihan yang lebih baik. Jika kita mahukan pemandu yang berkualiti, yang mengamalkan pemanduan berhemah, cermat dan bersopan santun, kita kena bayar lebih sedikit," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai jumlah kenaikan.

Ditanya ia mungkin dibantah, Solah berkata, langkah itu bersesuaian bagi mewujudkan pemanduan lebih berkualiti dan Malaysia masih mengenakan bayaran paling rendah untuk mendapatkan lesen memandu berbanding negara lain.

Katanya, jawatankuasa khas diwujudkan bagi melaksanakan perubahan kurikulum pembelajaran baru terdiri daripada JPJ, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan ahli akademik dari institusi pengajian tinggi bagi membincangkan secara terperinci mengenai bidang pemanduan selamat serta berkualiti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 01:38 PM | Show all posts
baik daftar skarang...klu tak nnt... lambat arr dapat lesen....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 05:45 PM | Show all posts
Mekaseyy pada semua yang bagi respon. adoii time2 ni la nak tambah latihan, kaji bagai JPJ ni. time aku taknak ambik lesen takde la pulak nak kaji sume.

Papepon InsyaAllah minggu ni aku gi daftar untuk buat lesen L B2. dah tanya beberapa driving institut. dorang quote untuk ambik L bagi B2, RM300. Ok kaa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2010 02:43 PM | Show all posts
Okayy aku dah daftar tadi kat IMKL. untuk ambik lesen B2 dorang charge RM450. ok kaa harga ni?

Dalam masa cuti ni aku sempat ambik L, untuk NEXT cuti bulan 10 nanti baru ambik P. tu pun cuti seminggu je kot. sempat ke nak dapatkan P dalam seminggu? ngan JPJ test lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2010 03:04 PM | Show all posts
BEZA LESEN L & P

Lesen L - Lesen yang membolehkan anda layak mengambil ujian lesen P. Maksudnya, Lesen L adalah pra-syarat untuk  kelayakan mengambil ujian lesen P.

Cara mendapatkan Lesen L:

1. Daftar nama dengan mana-mana Sekolah Belajar Memandu untuk menghadiri kelas teori yang dianjurkan oleh JPJ.

2. Bila dah daftar, Sekolah akan inform time yang available. Kita pilih time yang kita boleh attend class tersebut.

3. Setelah bersetuju untuk time tertentu, kena hadir kelas tersebut mengikut syarat yang dikeluarkan JPJ, contohnya, anda wajib hadir mengikut jumlah jam tertentu.

4. Bila anda berjaya hadir mengikut jumlah jam yang ditentukan, anda dikehendaki duduk ujian teori JPJ. Soalannya dalam bentuk objective. (A, B, C, D). Ada 50 soalan semuanya. Ada soalan senang. Ada sikit susah. Contoh soalan senang, apa maksud lampu hijau? A. Jalan B. Berhenti etc

5. Syarat kelulusan: minimum   42/50.

6. Sekiranya anda gagal mendapat syarat kelulusan, anda perlu cuba dan cuba sehingga lulus. Dan jika rabun warna, pun susah nak lulus. Sebabnya, ada soalan yang tunjuk gambar hijau, anda kena jawab apa warna yang ditunjukkan. Kalau rabun warna, kena agak-agak la jawabnya.

7. Sekiranya anda lulus Lesen L, bermakna anda layak berada dijalanraya. Cumanya, anda tidak boleh bawa penumpang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.088016 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list