|
Selamat Menyambut Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong..
Sejarah perlantikan Yg Dipertuan Agong..
Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama memerintah.
Mengikut susunan ini, Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, yang naik takhta pada 1895 adalah yang paling lama memerintah, tetapi baginda, yang ketika itu berusia 84 tahun, telah menolak pencalonan tersebut disebabkan telah lanjut usia.
Yang kedua dalam turutan, Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, yang naik takhta pada 1932, juga telah menolak pencalonan.
Maka itu, Raja yang ketiga paling lama memerintah iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan telah sebulat suara dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak 1933. |
|