View: 11205|Reply: 80
|
Pengalaman Mistik Peribadi
[Copy link]
|
|
assalamualaikum dan salam sejahtera,
saya masih beginner dalam forum MPS ni.. in fact beginner dalam forum Cari la.. selama ni, saya banyak menjadi silent reader sebab saya tengah mencari jawapan kepada masalah yang saya hadapi.
semenjak saya kecil lagi, seingat-ingatnya saya selalu menghadapi gangguan. ada yang saya masih ingat, ada yang mak saya ceritakan semula.
bila saya dah masuk ke IPTA pun sama juga. tetapi masa tu semangat saya kuat, jadi saya dapat lalui semua tu dengan tabah (dengan izin Allah juga..)
tetapi sesungguhnya manusia ni senang lupa. amalan saya makin lama makin berkurangan. masa ni la gangguan ni semakin kuat.. saya dah 5 kali mengalami keguguran dan keguguran saya tu bukannya macam keguguran biasa. tapi keadaannya ialah anak dalam kandungan saya tu tiba-tiba stop membesar. dan kalau tunggu sebulan baru start turun darah. dan selalunya kandungan saya akan gugur dalam tempoh 8-10 minggu. sedih Allah sahaja yang tau. kalau ada yang sulung dah 8 tahun, dah darjah 2.
sekarang saya dalam usaha untuk memperbaiki diri saya. dan juga cuba untuk menambahkan amalan-amalan harian sebagai seorang Muslimah. cuma saya perasan, saya jadi makin sensitif dengan perkara-perkara ghaib.saya tak dapat nampak tetapi saya selalu dapat merasa. mak saya ada mengajak saya untuk berubat dengan orang Alim.. insya Allah semua tu dalam perancangan..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..semoga ada rezeki dpt anak nanti ye |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman di IPTA
Rasanya sepanjang hidup aku ni, masa aku belajar di IPTA lah yang paling kerap aku bertemu dengan gangguan. bermula dari tahun 1998 - aku memasuki matrikulasi sehinggalah aku tamat pengajian di peringkat sarjana pada tahun 2005, macam-macam perkara yang aku tempuh. 3 keguguran yang awal tu, semuanya berlaku semasa aku di IPTA. aku berkahwin sewaktu aku masih dalam pengajian peringkat ijazah. dan semasa mengandung yang ke-2, aku telah terkena gangguan yang paling teruk. selepas keguguran, aku terkena gangguan di mana aku tidak dapat tidur selama setahun. macam nak gila waktu tu.. tak tahu nak meluah perasaan dengan siapa. Alhamdulillah suami aku amat memahami. tapi aku tak pernah beritahu keluargaku mengenai penyakitku ini, sebabnya mak dan abahku kurang percaya dengan perkara-perkara mistik ini.
aku mulakan dengan pengalaman semasa matrikulasi. masa tu kemasukan batch saya adalah yang paling ramai. setiap bilik kediaman sampai 4 orang pelajar. saya sebilik dengan geng-geng pantai timur. memang hingar-bingar la bilik tu dengan kerenah kami. dalam bilik tu ada 2 katil double decker. katil saya, katil atas sebelah kiri. bawah saya, kawan saya M . sebelah kanan atas si J dan bawah Ct. ada sekali tu, sCt mengadu yang dia selalu tak sihat dan sakit kepala. kami cuma mendengar saja. balik saja dari cuti semester, dia bawa beras kunyit. habis kami yang dok study ni kena lempar dengan beras kunyit dia.. huhuhuh.. menurut Ct, semasa cuti semester dia pergi berubat dengan orang kampung dia. orang tu beritahu dia yang dulu ada pelajar perempuan yang tinggal di bilik kami tu mengandung luar nikah. dan dia cuba menggugurkan kandungan dia. semangat bayi tu lah dok menganggu Ct. aku masa tu malas nak komen sebab aku kurang percaya hal-hal macam ni..
masa time Maghrib pula, selalu dengar bunyi-bunyian yang menggerikan daripada bukit berhadapan blok kami. buat pengetahuan kawan-kawan, tingkap blok saya menghadap ke arah bukit. masa tu, langsir tak disediakan di bilik kolej kediaman. selalunya students memang bawa sendiri. bunyi-bunyian tu pulak kadang-kadang macam bayi menangis (memang jelas tau) dan bunyi burung..kuat sungguh..sangat jelas..memang time maghrib jer dengar. tapi kami buat tak tau saja. last-last bila balik cerita kat mak, mak suruh bawa curtain dari rumah. kurangla sikit rasa seram..
saya ni jenis tidur suka dengan walkman (masa tu time walkman la..discman dah ada tapi mahal). selalunya saya pasang dan terus baring.. sedar tengah malam baru saya offkan walkman tu. sekali tu, tengah sedap tidur tiba-tiba saya terjaga. sebabnya, katil saya bergegar teruk. macam ada orang gegar dari bawah. dalam hati terfikir, ishhh..M ni tidur macam apa jer.. pusing-pusing atas katil sampai gegar aku kat atas. tapi ada juga rasa tak sedap hati. last-last saya baca ayat al-qursi dan 3 qul, pasang walkman kuat-kuat dan terus tidur. nasib baiklah takde apa-apa gangguan sampai ke pagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# deenemy
Simpati dgn deenemy.. dah 5 kali mesti terkilankan ...tak pe mungkin belum ada rezeki tapi bagus perancangan untuk berubat ..kita berusaha selagi berupaya ... klu deenemy dah jadi sr mesti dahbaca bnyk pengalaman dan pendapat kawan2 kat cnih ...
ada yg berjaya diubati , ada yg tengah beubat ..dan macam2 seribu satu kisah
Ada yg dah tak tahan dgn gangguan yg tak berhenti2 ...dulu2 kata2 nasihat dan pandangan kawan2 di kira sebagai sokongan ..tapi skrg mungkin kata2 tu ditafsir lain pula bila bdan dan hati tak larat lagi menanggung sesuatu ..
Hopefully deenemy ..berjumpa dgn perawat yg serasi ..InsyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
sharelah kat sini apa gangguan yang deenemy hadapi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tq rafudhefu & cahaya..{:1_147:} |
|
|
|
|
|
|
|
eh baru perasan, dalam post sekejap bahasakan diri "Aku", sekejap "Saya". sorry ye kawan-kawan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by deenemy at 7-6-2010 16:51
Reply 5# ea208964
terima kasih ea, de pun harap-harap semoga dapat mencari jawapan kepada masalah de ini. mak de ni jenis taknak berubat dengan pengamal perubatan yang pelik-pelik. dia lebih suka yang mengamalkan perubatan Islam.. suami pun alhamdulillah sangat memahami. mak pun jadi macam tu dulu dan last-last sekali dia berubat kampung juga. tapi orang yang berubat tu dah meninggal.. hhmmm kalau tak bolehlah pergi berubat. |
|
|
|
|
|
|
|
bykkan besabo ye puan...saye belom lg dpt merase nikmat peknen wlaupon dkt 12thn kawen... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# pinktriangle
pink,
insya Allah de akan cuba sharekan pengalaman yang de alami ni dengan kawan-kawan. mungkin kita boleh analisa bersama-sama ke masalah de ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# kt6315
kt,
janganla panggil de puan, huhuhu.. malulahh.. panggil de jer ek..:p
kalau kt tak keberatan,marilah kita berkongsi pengalaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# deenemy
betul tu ..cari yg betul2 tak mendatangkan syak masa merawat ,,bnyk tred kat cnih yg dorang rasa was2 dgn perawat yg dorang jumpa kan..boleh buat panduan tuk deenemy ....
* sambung lagi kisah mstri kat IPTA tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya turut simpati. Bykkan bersabar. Jgn lupa teruskan beramal. InsyaAllah, ingatlah Allah sentiasa semasa senangmu, dan Allah pasti akan sentiasa bersamamu di waktu susah.
De jgn lupa sambung cite.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# deenemy
ade yg nk dicitekan,tp cam x logik lak..ntah la..bile ingat2 balik mmg real dpn mate tp mslh nye xde saksi yg nmpk ape yg saye nmpk tu... |
|
|
|
|
|
|
|
semasa saya dalam semester 5, saya mendirikan rumahtangga. suami saya tu coursemate saya. jodoh sampai awalkan.. di IPTA saya ni, ada disediakan Kolej Kelamin - apartment 1 bilik. memang comel la apartment ni. muat-muat untuk kami berdua. buat pengetahuan kawan-kawan, semasa saya akad nikah tu saya tengah red flag. jadi bulan depan tengok-tengok dah pregnant. alhamdulillah.. tapi dua bulan kemudian gugur. masa keguguran tu saya di kampung suami sebab balik untuk kenduri di sana. memang sedih tapi saya fikir mungkin terlalu awal untuk kami berdua. oh ye, lupa nak cerita..(ini kiranya cerita dalam ceritala..:p), selepas berkahwin saya tinggal di rumah datuk saya selama seminggu. sebab buat majlis di sana (permintaan datuk sebab takde cucu yang kahwin di rumah dia). lepas kahwin pun tak sedapla terus balik rumah mak jadi tinggal lagi seminggu temankan datuk & nenek. kami berkahwin semasa cuti semester.
nenek saya tu nenek tiri. arwah nenek saya dah lama meninggal sebab kanser. saya dan suami tidur di bilik atas. kat atas ada 1 jer bilik (asalnya 2 tetapi dipecah jadi 1) dan bawah ada 2 bilik. satu malam tu saya dan suami tengah sembang-sembang sambil radio. datuk dan nenek dah lama tidur. light off pukul 10 malam..hehehe.. kami pulak boring so masuk balik tapi tak tidur. sambung sembang. tiba-tiba kami dengar bunyi macam orang mengetuk dinding (dinding rumah datuk tu kayu). kuat sangat.. kami terus dia. dan serentak bunyi tu pun berhenti. bila kami start bersembang balik bunyi tu pun ada balik. saya angkat syarat kat suami suruh dia berhenti cakap.tapi masalahnya bila kita diam, bunyi tu berhenti. macam tu lah sampai 5-6 kali. tetapi masa tu saya tak pelik sangat sebab saya tahu yang rumah datuk saya ni memang agak pelik. saya kata kat suami, takpalah, asalkan dia tak datang menganggu.. dan last-last kami dua pun terlena..
malam esok pun macam tu.. tetapi kali ni dengar macam dekat pulak.. macam dekat tangga yang dari bawah nak naik ke tingkat atas.. aikkk.. macam mana datuk boleh tak sedar ni sebab kuat.. memang rasa cuak dah tapi kami buat tak tahu lagi..
malam berikutnya pulak, lebih agresif. dia gegar grill kat tingkat bawah.. memang gegar betul-betul ni macam nak masuk. saya dah cuak..suami pun dah terdiam.. last-last kami decide untuk tidur je.. lepastu masa baringkan tiba-tiba ada air menitik dari siling yang terletak betul-betul atas kaki saya.. masakan bocor sebab masa tu tak hujan. semalam ada la hujan tapi takde la bocor. tapi kan yang tensionnya, bau air yang menitik dari siling tu sama macam bau bunga kemboja di perkuburan. aishhh sudahh.. memang masa tu dah berdebar tetapi boleh buat dunno dan terus tidur. esok pagi cerita dengan datuk. termenung kejap orang tua tu. dia cuma pesan, kalau jadi lagi malam ni kejut dia. datuk ni ada lah kebolehan sikit-sikit sebab mak dia dulu pandai mengubat. jadi malam tu kami tunggu lagi. tetapi takde apa-apa. yang bestnya, bau wangi tu kekal sampai 3-4 hari tau. kalau masuk bilik tu mesti bau.. datuk pulak ada bertanyakan pendapat kawan-kawan dia dan mereka kata kalau bau wangi tu petanda baik. tak tahulah.. yang tau, de dan suami terus nak balik rumah mak..taknak lama-lama di situ lagi. dah rasa tak sedap hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# ea208964
betul ea, de pun setuju. dalam mencari penawar kena banyak bersabar.. de memang banyak ambik pedoman daripada thread di MPS ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 14# munchosky
memang de akui yang de agak lalai satu ketika tu.. sebab tu la de sakit teruk.. de tengah cuba nak mengumpul balik kekuatan yang hilang dahulu tu.. sebab kalau nak berubat sekalipun, diri kita kena berubah jugak kan.. kalau tak susah juga nak nampak kesannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# kt6315
sama la dengan de..kadang-kadang takut orang kata ni terlebih fikir. benda takde pun dikatakan ada..
tetapi bila de baca thread di MPS ni, de jadi semangat nak berkongsi pengalaman de yang tak seberapa ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# deenemy
Betul de.. yang penting keinginan dan usaha kita utk berubah.. selebihnya tawakal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|