Petang semalam aku tngh main main dengan kucing aku kat rumah. tetiba dengan bunyi kucing mengeow.... kuat....
Tetiba bebudak datang kat depan rumah aku kata ada kucing putih jatuh kebawah. hah ! terkejut aku. segera pantas aku jenguk kebawah mmg betul kucing tu dah terbaring kat ground flor. aku masa tu tak tau nak buat apa. tanya bebudak tu macam mana boleh jatuh tu. derang tak nak ngaku. tp aku rasa kucing tu terkejutkan derang main lari lari. sbb perkara ni banyak kali berlaku pada kucing aku. derang akan takut kan budak2 ni sampai lari lintang pukang masuk umah.
Dengan kadar segera aku turun tangga ngan bebudak tadi pakai kain pelikat aje pi tngk kucing tu. aku ingat dah mati. tup tup aku tngk dari atas ekor dia gerak, dan cuba nak bangun. terus turun.
Sampai je bawah aku tak tau nak kata apa. nak selamatkan dah nyawa nyawa ikan. nak angkat takut ada tulang yg patah. ye la kan, sbb jatuh dari tingkat 12. aku hanya boleh tngk je la. nak hantar ke klinik aku tak de kenderaan masa tu. aku try cakap kat orang2 yg lalu lalang pegi buang sampah disitu, tp depa buat tak tau jek. ingat nak suh antarkan ke klinik haiwan ke apa.
So aku ingat dia akan mati lah nanti, dan aku berdoa agar dia mati pun, bukan apa, kesian tngk dia menderita sebegitu rupa.aku sempat rakam kejadian tu dngn HP aku. huhu. aku call bini aku, dia suh hantar ke klinik. aku kata mana ada keta ke motor nak anto. adik adik pinjam suma. adeh.......
Dengan perasaan berat hati aku pun naik tinggal kan kucing tu kat situ menunggu ajal. sampai la ke malam, dalam kul 1.30 pagi mlm tadi, bebudak yg tngk ngan aku dtg umah aku lg katanya kucing tu hidup lagik. dia ada dalam longkang. hah ! terkejut aku, dengan sepantas kilat ajak adik aku turun amik kucing tu bwk naik. bini aku tak nak pegi sbb tak sanggup tngk katanya. aku kata nanti dah bwk kerumah ko tngk juga sampai pagi.
Sampai bawah memang betul kucing tu hidup lagi, aku masukkan dia dalam bekas tidur kucing aku, usung naik tangga sampai umah tingkat 11 sbb lif rosak. suh bini masak air panas. basuh darah dia, basuh kotor dia, sbb dia duk dalam longkang. masa aku angkat tu aku tak rasa mana mana tulang yg patah. Alhamdulillah. dia masih boleh berjalan, cuma tak larat je lagi. dah basuh semua tu aku bubuh la minyak gamat kat seluruh badan. sbb tak tau nak bubuh minyak apa lagi. kucing aku kat kg kene langgar keta bubuh minyak gamat je sembuh. huhuhu.
So skang aku nak tanya korang, ada tak klinik haiwan kerajaan berdekatan dengan kawasan aku ni - Pantai Dalam / Pantai Hill Park
takpe kucing ade 7 nyawe.. die sakit teruk tu mungkin dah nak habis tinggal sket lagi r tu.. haha... sori sori...
kucing memang susah nak mati... die ade skill mendarat kan...
kucing aku, ada keta terlanggar...tapi tak mati gak, tapi dia bertahan lebih kurang 4 bulan je, 2 hari lepas dia mati...pagi2 aku nak pi keja , tgk2 dah kejung...
Kalau area pantai dalam: I ada nampak satu kelinik haiwan di gasing indah (?), belakang kedai 99sen- deretan kedai ni opposite dengan Petronas. Ala.. jalan ni kalau dari pantai dalam, ikut jalan terus ni sampai ke jalan gasing. Masa lalu jalan ni, u akan jumpa surau sebelah kiri, then ada gerai-gerai, then ada petronas. Opposite petronas ni ada bangunan shophouses. Hujung sekali tu kedai runcit (99sen, discount?),bekas restoran nasi kukus darul naim. Sebelah belakangnya , yang menhadap rumah teres, adalah kelinik haiwan ni.
Kalau week days, u boleh pergi ke klinik haiwan cawangan UPM di pejabat haiwan - dekat dgn PJ hilton, setentang dgn hotel singgahsana.
menurut kata bebudak yg tngk tu dia nampak kucing tu jatuh atas piring astro dari satu tingkat ke tingkat yg lain. aku dah cek tadi, tak da tulang yg patah.
Dan guest what ? dia dah boleh berjalan semula !!! amazing tul. tadi balik dari minum minum aku kasik cuci dia punya darah yg dah beku dengan air suam. dah nampak selesa sikit. aku kasik minum air guna pica gari beli kat farmasi siang tadi. tp yg best mmg dah nampak sembuh banyak walau smalam kejadian berlaku. heran sungguh aku. bebetul tabah ini kuceng. huhuhu.
Aku jerang air letak gula sikit kasi ada manis manis. org kata bagi tenaga kalau ada manis manis sikit. alhamdulillah dia dah boleh berlajan2 cuma tak boleh makan je lagi sbb mulut dia ada sikit herot. adeh.
Kalau area pantai dalam: I ada nampak satu kelinik haiwan di gasing indah (?), belakang kedai 99sen- ...
uda Post at 11-6-2010 11:38 PM
Detail betul ko punya direction. memang betul la kata ko, aku tanya meber aku tadi katanya kat jalan gasing. tak jauh ngan tempat aku. dalam 15 minit naik motor kesana. esok ada kenduri umah mak mentua, lusa insyaallah aku hantar. thanks for da info ek.
hahaha.... tu la pasal....... aku pun sebenornya rasa serba salah. sbb masa tu xde kenderaan langsung. tp tngk keadaan dia sekarang rasanya 90% dijangka pulih.
nanti aku kasik upload video masa dia menderita kesakitan baru lepas jatuh dengan latest gambo dia dah boleh jenjalan. kekeke...... tak sanggup aku tngk balik video tu. penuh ngan darah. abg ipar aku kata kalau darah cair tu xpa lg, jngn darah pekat yg kluar takut dari dalam kepala / otak dia. tu susah sikit.
skang tempat cedera bubuh minyak gamat aje. tp nampak la perubahan dalam sehari ni.
aduh iols sayu klu dgr cite pasal kucing nih...sbb iols ade seekor kucing yang amat iols sayang..pinktam nama heols....aritu heols outing dalam kol 11 pg pastu loceng heols tersangkut kat pagar...sampai tercekik leher sbb heols cuba lepaskan diri...weols panggil heols dr dlm rumah dia tak response..weols pk heols enjoy lepak with his fren...tunggu sampai dekat pukul 6 ptg tak balik2...my sis kuar pegi cari....tengok2 terbaring kt dlm longkang umh neighbour sambil loceng stuck kat jaring pagar....masa tu heols dah muntah n cirit....my sis terus rescue heols,,mandikan n bagi minum air....masa tu heols dah lemah sangat....dah tak boleh berdiri..2,3 ari lps kejadian,heols moody n asyik tdo je...after a week br fully recovered
Baguslah, I memang sayangkan kucing, serius, masa kecik mak I citer, I penah bawak balik rumah anak kucing baru kena langgar tengah nyawa2 ikan masa mak suh g kedai, takut kena marah so i sorok blkg pasu. tak lama pun anak kucing tu hidup, tak lama lepas tu dia mati. Smpi skng masih sukakan kucing, kalau kucing feveret mati memang touching 2,3 minggu gak arr... Kat umah ada dekat 10 ekor kucing, nsb beklah rumah satu floor jer, rumah kg. skang family jaga bila i duk kat kampus. XD Btw, cuba baca link ni, macam ada kaitan ngan topik ni.
http://www.omg-facts.com/view/Facts/2634
Syfuel Post at 12-6-2010 06:10
Baru nak cakap.. Heheh.. Tapi mmg betul, makin tinggi kucing tu jatuh, makin tinggi kebarangkalian die okey, sbb die ade lebih masa nak liang-lintuk kan badan die untuk landing..
Dulu2 eksperimen gak dgn kucing aku, nak tengok die lentokkan badan die. Tapi make sure ketinggian tu cukup, and die landing atas benda yg lembut.