CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: em_zfreak0

Apa beza badan berkanun dgn kerajaan?

  [Copy link]
Post time 17-5-2016 02:51 PM | Show all posts
Senarai Badan Berkanun Di Malaysia

Jabatan Perdana Menteri
1      Lembaga Tabung Haji (LTH)
2      Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
3      Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri (Biasiswa Raja-Raja)
4      Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
5      Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
6      Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
7      Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)
8      Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)
9      Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
10    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Kementerian Pertahanan
11    Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
12    Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)
13    Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM)
14    Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Kementerian Pengangkutan
15    Perbadanan Aset Keretapi (PAK)
16    Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK)
17    Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)
18    Lembaga Pelabuhan Kuantan (LP Kuantan)
19    Lembaga Pelabuhan Johor (LP Johor)
20    Lembaga Pelabuhan Bintulu (LP Bintulu)
21    Lembaga Pelabuhan Kemaman (LP Kemaman)
22    Lembaga Pelabuhan Johor Tanjong Pelepas (LP Johor-Tg. Pelepas)
23    Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang - Teluk Ewa (SPPP - Teluk Ewa)
24    Lembaga Pelabuhan Melaka (LPM)
25    Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
26    Lembaga Penyelidikan Dan Kemajuan Perusahaan Timah (TIMAH)
27    Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (JURUKUR)
28    Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
29    Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
30    Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (Wakaf Hindu)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
31    Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
32    Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
33    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
34    Perbadanan Perusahaan Industri Kecil Dan Sederhana Malaysia (SME Corporation)

Kementerian Kewangan
35    Bank Negara Malaysia (BNM)
36    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
37    Bank Simpanan Nasional (BSN)
38    Lembaga Totalisator Malaysia (LTM)
39    Yayasan Tun Razak (YTR)
40    Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
41    Institut Akauntan Malaysia (MIA)
42    Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)
43    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
44    Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
45    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)
46    Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)

Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
47    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
48    Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)
49    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
50    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan)
51    Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Kementerian Sumber Manusia
52    Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
53    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
54    Lembaga Getah Malaysia (LGM)
55    LGM Properties Corporation (LGMPC)
56    RRIM Consult Corporation (RRIM Corp)
57    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
58    Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN)
59    Lembaga Koko Malaysia (KOKO)
60    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
61    Lembaga Lada Malaysia (MPB)

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
62    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
63    Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
64    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
65    Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)
66    Yayasan Pelajaran Persatuan Peladang Dan Pertubuhan Peladang Mada (YP MADA)
67    Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
68    Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
69    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)

Kementerian Kerja Raya
70    Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
71    Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kementerian Belia Dan Sukan
72    Majlis Sukan Negara (MSN)
73    Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)
74    Perbadanan Padang Golf Subang

Kementerian Pelancongan
75    Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)

Kementerian Pengajian Tinggi
76    Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
77    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
78    Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
79    Universiti Teknologi Mara (UiTM)
80    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
81    Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
82    Universiti Malaya (UM)
83    Universiti Sains Malaysia (USM)
84    Universiti Putra Malaysia (UPM)
85    Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
86    Universiti Utara Malaysia (UUM)
87    Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
88    Universiti Malaysia Sabah (UMS)
89    Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
90    Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
91    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
92    Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
93    Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
94    Universiti Malaysia Pahang (UMP)
95    Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
96    Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
97    Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
98    Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kementerian Pelajaran Malaysia
99    Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)
100  Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG)
101  Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
102   Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
103   Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
104   Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
105   Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
106   Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
107   Majlis Amanah Rakyat (MARA)
108   Yayasan Pelajaran Mara (YPM)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
109   Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
110   Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM)
111   Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
112   Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
113   Perbadanan Putrajaya
114   Perbadanan Labuan

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
115   Akademi Sains Malaysia (ASM)

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
116   Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
117   Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
118   Suruhanjaya Tenaga (ST)

Kementerian Kesihatan Malaysia
119   Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)

Kumpulan Wang
120   Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
121   Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN)
122   Akaun Kebajikan Kakitangan Bank Negara Malaysia (SWA)
123   Tabung Pencen Lembaga Pesuruhjaya Matawang Malaya Dan British Borneo (TPLM)
124   Kumpulan Wang Jubli Perak Pulau Pinang Dan Seberang Prai (Jubli Perak)
125   Kumpulan Wang Skim Jaminan Insurans Am - Awam (KWSJIA)
126   Akaun Deposit Insurans (ADI)
127   Kumpulan Wang Skim Jaminan Insurans Hayat (KWSJIH)
128   Kumpulan Wang Pencen Balu Dan Anak Yatim Sabah (Balu Sabah)
129   Kumpulan Wang Pencen Balu Dan Anak Yatim Sarawak (Balu Sarawak)
130   Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2016 12:00 PM | Show all posts
Fuh lengkap dengan rujukan Jabatan..memang terbaiklah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 08:29 AM | Show all posts
lastwizurai replied at 17-5-2016 02:51 PM
Senarai Badan Berkanun Di Malaysia

Jabatan Perdana Menteri

terbaik la bro..info macam ni yang kita mahu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2016 01:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sya ada mohon badan berkanun closing date 2 okt yg lepas..nak tanya yg ada experince brapa lama utk panggilan interview klau tpilih?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 12:12 PM | Show all posts
Biasa lepas closing date, kalau pakai system saringan jawatan, saring ikut kelulusan, alamat dan sebagainya kejap je proses saringan. Tapi kalau manual, sorang pegawai nak semak 300 boring permohonan, ambik masa la sikit.
Kena pulak borang isi lebih kurang, gambar fancy, tulisan tak boleh baca, sijil tak disahkan...nak kena buang dulu. Tinggal balance 20%. Tapis lagi...tinggal 10%.
Ada la dalam sebulan termasuk nak buat ujian kompetensi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2018 11:34 AM | Show all posts
assalam

nak tanya..lembaga zakat selangor badan berkanun atau kerajaan?

tqia
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus byk info dpt kt sini. Cuma nak tny kalo badan berkanun dpt elaun mcm keje kjaan ke? As in cola, wilayah semua tu. N kenaikan gaji sama mcm kjaan jgk ke? Every year ada kenaikan? Or utk elaun tu depends on badan berkanun tersebut? Means terpulang diorg nk bg ke x? Kalo ada sape2 yg keje kt SPAN kt sini, ada x elaun cola, wilayah, rumah n lain2 tu?
Tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2018 02:47 PM | Show all posts
Hi..orang baru kat sini..Nak beri pencerahan sikit kat sini mengenai perkhidmatan awam. Kalau salah tolong betulkan. Ini ikut pengetahuan aku jer:

Dalam malaysia ni kerja kerajaan pun banyak dibahagikan kepada beberapa kelompok

1. Kementerian, badan kerajaan (persekutuan)

- Contoh macam kementerian2 yg ada kat malaysia, kementerian pertanian, kementerian pengangkutan, kementerian kesihatan serta jabatan2 yang ada di bawahnya...mcm JPJ, hospital, sekolah, kastam, polis,..yg kerja pembantu tadbir kat putrajaya, penguatkuasa JPJ atau KPDNKK, pegawai kastam, bomba...cikgu kat sekolah2...pegawai tadbir...ni semua kerja kerajaan yg mohon menggunakan SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam), SPP (suruhanjaya perkhidmatan pelajaran; utk jawatan di sekolah2 dan berkaitan pendidikan)

- Nak apply, selalunya melalui portal SPA..peratus dapat agak sukar sebab berpuluh ribu orang berebut jawatan yang tak banyak pun..kekosongan 10, tapi calon yg memohon mungkin capai berpuluh ribu orang..

- Kebanyakkannya berpencen (kecuali ada yang mohon untuk mencarum KWSP)
- Elaun2, gaji dan sebarang keistimewaan tertakhluk pada keputusan dari semasa ke semasa
- Kenaikkan gaji statik mengikut penetapan..tak berubah.contoh gred 29 kalau tak salah naik 145 jer setiap tahun..

2. Kerajaan negeri

- Ni aku tak pasti sangat, cuma kalau tak salah aku,  SESETENGAH pengambilan BUKAN melalui SPA persekutuan tapi melalui pengambilan SPA negeri kot.. (betulkan kalau salah, aku tak tau sangat pasal kerajaan negeri)..mcm Pulau Pinang, Kelantan,Johor ada SPA sendiri kot..contoh cam pejabat SUK negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor

- Berpencen dan keistimewaan mengikut kerajaan yg memerintah negeri tersebut. Macam kerajaan negeri selangor selalu bagi bonus lebih pada kakitangan kerajaan negeri dorang.2 bulan la, 1 bulan setengah la..

3. Pihak berkuasa tempatan

- Ni pun pengambilan terus tanpa melalui SPA....selalu iklankan kat portal, laman web dorang sendiri..

- Apply melalui portal atau kena beli borang kt pihak berkuasa tempatan tu sendiri

- Contoh; Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Rompin, Majlis Perbandaran Ipoh

- nak masuk susah sikit, sebab...well orang ramai tau sebab apa...kalau ada kekosongan, selalu gak kena rembat yg ada kabel2 dlm..

- berpencen dan keistimewaan sama cam penjawat awam negeri..ketua menteri bagi lebih, dapat la lebih (contoh tengok pasal selangor kt atas tadi)

4. Syarikat kerajaan negeri

- Ni diurus selia oleh kerajaan negeri masing2...takde pencen, benefits mungkin lain dari kerja kerajaan lain..carum KWSP dan keistimewaan bergantung pada prestasi syarikat dan keputusan orang2 atasan..contoh, SYABAS (syarikat air selangor)..contoh lain aku tak ingat

5.  Badan berkanun:

- Ok, yang ni terbahagi pada 2..

i) Skim gaji  dan jawatan ikut skim kerajaan
ii) Skim gaji dan jawatan sendiri

- Yang ikut skim gaji dan jawatan kerajaan, kenaikkan adalah tetap sama cam di atas..cuma ada sesetengah badan berkanun berpencen, dan ada sesetengah tak berpencen (KWSP).

- pemberian bonus pun berbeza, ikut kemampuan badan berkanun masing2..

- contoh2 badan berkanun yg setahu aku pakai skim perkhidmatan sama cam kerajaan; DBKL, Lembaga Nenas, Lembaga Koko, Lembaga Getah, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar  Malaysia (MATRADE),Lembaga Perlabuhan Pulau Pinang, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia(FRIM)... yang ni kebanyakkannya berpencen kenaikkan gaji statik

- yang tak pakai skim perkhidmatan sama cam kerajaan; PERKESO, Lembaga Tabung Haji, Lembaga, Hasil Dalam Negeri, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Perbadanan, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Skim yang tak sama cam skim kerajaan, gaji naik based by performance..ada yg kira by peratusan..
- Elaun pun ada yg sama, ada yang tak..ada yg offer elaun COLA, tapi elaun lain takde..ada yg offer elaun perumahan+cola..bergantung pada badan berkanun masing2
- Gaji selalunya tinggi sedikit berbanding skim perkhidmatan kerajaan

- Pengambilan terus melalui badan berkanun tu sendiri...kekosongan jawatan diurus sendiri oleh unit HR badan berkanun tu..



6. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

- ada sesetengah jabatan atau badan berkanun yang telah diswastakan sepenuhnya..tapi kerajaan masih ada kepentingan dalam apa-apa keputusan,,

- Contoh macam TNB, KTMB, Pos Malaysia, Telekom Malaysia, Perlabuhan Pulau Pinang,UDA Holdings Sdn Bhd,Institut Jantung Negara (IJN)

- Ada gak yang bukan bekas jabatan/badan berkanun kerajaan tapi kerajaan masih ada kepentingan dalam syarikat tu..macam Celcom, UEM, MRCB, PLUS,Maybank., DRB Hicom

- orang selalu keliru GLC dengan badan berkanun..ia adalah 2 benda yang berbeza
- Sesetengah GLC yang menjana keuntungan, gaji,keistimewaan&bonus memang masyuk..mcm TNB
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.073597 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list