CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296089|Reply: 613

Misteri Rumah Tua | Sangkuriang Villa Taiping | Banglo Berhantu

  [Copy link]
Post time 28-6-2010 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dn_vision at 17-1-2021 05:14 AM

Kisah ni berlaku di rumah banglo makcik aku kat taiping sekitar tahun 1990an…nama umah makcik aku ni ‘Sangkuriang Villa’. Makcik aku ni ada anak laki (sepupu aku) yang boleh nampak benda-benda aneh..kira sixsenth la. Dari kecik lagi sepupu aku ni boleh nampak hantu & jin masa tinggal kat umah tu.

Sampai sekarang dia still nampak lagi tapi tak selalulah mcm dulu. Rumah makcik aku ni pulak bekas peninggalan masa zaman british yang menduduki taiping dulu..tahu je lah umah banglo zaman british dulu, bawah batu atas kayu. Ada tiang2 besar dan kat belakang umah makcik aku ni ade pokok ketapang tinggi yang dahan dia mencecah bumbung rumah. Suasana sekeliling redup & suram je.. (skarang ni rumah tu dah jadi opis tentera & makcik aku ni dah pindah tmpat lain). Kalau ade forumer kat sini berasal dari taiping mesti tahu rumah banglo lama sebelah asrama kem askar Taiping tu. Kalo dok kat area umah ni, bila time azan maghrib atau azan subuh je msti dengar bunyi anjing menyalak sayup2 je kt sekitar umah tu..bila kuar tengok takde pun kelibat anjing kat area situ..memang menyeramkan…

Setiap cuti sekolah hujung tahun je aku ngan family selalu datang umah diorang bermalam..so sepupu aku ni mula la bukak cerita… Dari kecik dia boleh nampak & berkawan dengan jin, dia siap makan,minum & bermain sekali dengan jin tu. Tapi yang bestnye cuma dia je yang nampak tapi orang lain tak nampak. Pernah kitoran suruh dia lakarkan gambaran jin tu, rupa dia macam kartun dalam citer casper… makcik aku ni pada mulanya takut jugak tengok keadaan anak dia ni… Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang kat buaian depan umah dia..bila makcik aku keluar tengok, takde orang lain cuma sepupu aku je kat situ..terus makcik aku tarik masuk dalam umah. Masa sepupu aku nak mandi pulak dia nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia.

Bila dia pandang balik benda tu dah takde.. Pernah terjadi masa aku dengan family datang tido kat umah dia. Family pakcik aku yang lain pun datang bermalam jugak..So petang tu hujan renyai2, kitorang dengan sepupu yang lain tak boleh kuar umah & just main nyorok2 kat tingkat atas umah dia. Siap main baling2 bantal dan yang bestnye kitorang main baling-baling 1 teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih2 tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah…

Pastu masa dekat maghrib tu pulak ade sekor kelawar hitam masuk umah dia. Kitorang pun halau la kelawar tu keluar. Ntah macamana sepupu aku ni pulak tersilap pukul klawar tu dengan penyapu sampai mati… then malam tu kitorang tido berhimpit2 kat tingkat atas tu..masing2 dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang kacau kitorang.. Tengah malam tu…sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tido tepi sekali..masa tu dlm gelap..dia rasa ade orang mendengus kat sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Bila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu & kejut sepupu2 aku yang lain. Kitorang semua bangun..pastu dalam dok kecoh2 tu…tiba-tiba ada sedara aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka2.. kitorang pun tanya la kot2 dia kena apa2 masa tido. Ntah dia cakap takde plak. Sedar2 je dah ade calar tu. Sepupu aku ni citer la lagi yang adik bongsu dia masa tu umo dalam lingkungan 4 – 5 tahun selalu menangis bila tengah malam.. tiap2 malam pukul 12 je mesti menangis macam ketakutan & nampak sesuatu.

Ada ustaz yang dok area situ bagitau, kat atas bumbung umah dia ni ade puntianak bergayut, sebab umah dia ni kat atas bumbung tu penuh dengan pokok menjalar yg bersambung dengan dahan pokok ketapang tu.

bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 01:21 AM | Show all posts
sambung jangan x sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:16 AM | Show all posts
laaaa mane sambungannyer?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:19 AM | Show all posts
TT mana sambungannyaa???
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 09:39 AM | Show all posts
ade pic x banglo tu?
lokasinye area mane?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:01 AM | Show all posts
TT, we want more..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2010 10:09 AM | Show all posts
Iye.. kat area mana umah tu? Kalau ada gambo lagi gempak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:11 AM | Show all posts
ingatkan gambar yg kat avatar TT tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2010 10:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 1-7-2010 09:23
Iye.. kat area mana umah tu? Kalau ada gambo lagi gempak..
munchosky Post at 28-6-2010 10:09



    gambar ada tp kat kg...nnti sy try cari balik gambar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:48 AM | Show all posts
gambar jgn lupa tepek ehh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 12-7-2010 14:55
ingatkan gambar yg kat avatar TT tu?
mieraedoera Post at 28-6-2010 10:11




    bkn yg tu.tp lebih kurang mcm tu la umah dia..tp umah dia ni lg suram & menyeramkan..makcik aku bgtau blakang umah dia ni bersih sampai xde shelai daun pun kt area blkang umah dia ni.dia cakap ada bunian jaga tempat tu..wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:55 AM | Show all posts
rumah lama2 cantik apa...tapi cam horor sket kalau lama takde prg duduk...lagi2 umah pengurus ladang.....seram siot
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:01 AM | Show all posts
Reply 11# dn_vision


    Saya sabtu nie gi ipoh, lepas tu ingat nak gak gi Taiping, bagi lah alamat dia, leh gak gi rickie tempat tu, dengar Mee Udang Taiping sedap ya, kat mana tu ya?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:18 AM | Show all posts
Reply 13# faizal_u2


haah la.. mee udang makcik yg msk tb tuh....
menyelerakan sungguh...

hang pi mkn sana, amik gambar n no contact makcik tu...
kot2 aku nk pi nanti senang


gambar bunglo amik byk2 naa...
nanti boleh buat main teka teki
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:20 AM | Show all posts
aku penah gi Taiping 2x
suasana best la sbb cuaca tk panas terik

ptg tu gi rumah ngah ibrahim.....lepas hujan.....cam hening jek suasana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 01:24 PM | Show all posts
Edited by dn_vision at 12-5-2015 02:11 PM

Post Last Edit by dn_vision at 28-6-2010 23:37

Reply 13# faizal_u2


    elok gak tu..
     

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 08:17 PM | Show all posts
ala TT...cpt la smbung....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:18 PM | Show all posts
TT.....banglo nih kat area Kamunting ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 08:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 6-7-2010 17:40
TT.....banglo nih kat area Kamunting ka?
Ina_pk Post at 28-6-2010 20:18



area Taiping. klau tgk google map tu rumah tu betul2 sebelah asrama kem askar wataniah taiping..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by dn_vision at 19-12-2011 23:27

ok sambungan...
          Ni sepupu aku citer aper yang dia mimpi..dalam mimpi tu, dia tengah bermain sebelah umah dia..masa tengah bermain tu dia terpandang satu lembaga besar & tinggi berwarna hitam berdiri betul2 sebelah pokok ketapang belakang rumah dia tu.. lembaga hitam tu berbulu dan badannya tinggi melepasi dahan pokok ketapang tu. Ketika lembaga yang menakutkan tu cuba lalu sbelah pokok ketapang tu, tiba-tiba badan lembaga tersebut terkena dahan pokok lalu dahan tu patah...
Keesokannya, biler sepupu aku ni sedar dari tidurnye, dia try lah gi tengok kat belakang umah.. memang betul2 dia nampak dahan pokok ketapang tu patah sama cam dalam mimpi dia...   Aper lagi terkejut la sepupu aku ni...

Malam ke-2 pulak...
           Masa sepupu aku ni tengah sedap tido kat bilik dia, tiba-tiba dia terjaga tapi dalam keadaan mamai... Dia nampak ader 2 orang datang dekat katil dia. Sorang tu lelaki, dan sorang lagi pompuan berpakaian seperti pembesar zaman kesultanan melayu dulu2, datang ke arah sepupu aku yang tengah mamai ni dan laki tu bagitahu yang dia minta maaf kat sepupu aku coz semalam ada penghulu/orang2nya lalu kat belakang umah tu dengan tak sengaja dah terpatahkan dahan pokok ketapang tu.. Beberapa ketika kemudian sepupu aku ni terjaga & dia terbau wangi seluruh bilik tido dia tu...
           Keesokanye sepupu aku ni citer la kat mak dia aper yang dia alami malam tadi.. so mak dia cakap kemungkinan orang tu adalah orang bunian yang tinggal kat belakang umah dia tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.078360 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list