Post Last Edit by dauswq at 30-6-2010 12:20
Bab 2: Bukti bertulis
Cahaya mentari pagi menyinari ruang jendela balai polis yang terletak di Bukit Aman,Kuala Lumpur. Di hadapan jendela itu, seorang wanita berpakaian seragam Inspektor sedang meneguk air kopi sambil menelaah dokumen –dokumen kes yang terletak atas mejanya. Keadaan meja yang tidak kemas dengan fail dokumen yang tidak tersusun yang rapi menampakkan ciri keperibadian wanita andartu yang sudah berusia 40-an itu. Walaupun keadaan beliau yang agak kusut penampilannya,beliau diiktiraf sebagai Inspektor wanita yang terbaik dan telus di kalangan anggotanya kerana berjaya menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi. Beliau juga dikurniakan Panglima Gagah Berani (P.G.B) oleh Yang Dipertuan Agong atas keberanian menyelamatkan tahanan daripada serangan pengganas Al-Maunah di Batu Caves sekian lama dahulu.
Hal ini menunjukkan betapa komitednya beliau dengan kerjaya sebagai anggota polis, bukan sahaja membaca laporan dan menyelesaikan kes secara literal di balai polis, malah berani berputih tulang menyelamatkan insan yang tidak berdosa tanpa mengacuhkan nyawa sendiri. Walaupun begitu, beliau kurang menjaga penampilan diri dan sebab itulah tiada lagi anak muda yang berminat melamar beliau. Wanita itu yang sedang menelan sisa air kopi, tersentak seketika apabila namanya dipanggil berulang-ulangkali.
“Inspektor Julia, hot news...Saya sudah menemui satu bukti bertulis. Pasti inspektor suka punya,” jerit keriangan wanita muda yang berpakaian seragam polis prebet.
“Apa dia, Hoe Ling. Mari cerita sat kat saya ,” panggil Inspektor Julia dengangembira.
“Hehe..semalam pihak forensik sudah menemui something dalam bukti bertulis yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lepas. Penemuan itu agak mengejutkan , “terang Chow Hoe Ling.
“Wah! Awak hari-hari membuatkan saya lebih bersemangat tau. Cepat bagitahu apa yang dijumpa oleh pihak forensik tersebut ,” tanya Inspektor Julia.
“ Dying message ,” senyum Hoe Ling.
“Betulkah begitu? ,” kata Inspektor Julia.
“Yup. Maknanya kita boleh buka balik kes itu ,” kata Hoe Ling.
“Pasti,“ jawab Inspektor Julia ringkas.
“Hey everbody here. Saya dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan kes pembunuhan Hisham pada tahun 2000 dengan serta merta. Azli, awak pergi ke bilik kebal, cari balik fail tersebut. Saya mahu menyiasat dengan segera,” tegas Inspektor Julia.
“Baik tuan ,” kata Azli.
“Muhammad dan Hoe Lin. Kamu berdua dilantik sebagai pasukan penyiasat mengambil semula keterangan saksi kes pembunuhan itu. Saya dengar ada lima orang saksi dalm kes ini. Salah seorang ialah adik si mati.
“Yes. Adik si mati. Yang lelaki itu. Ada suatu perkara yang boleh membuatkan inspektor terkejut “ kata Muhammad.
“Saya tahu. Hoe Lin sudah khabarkan , “ senyum lagi Inspektor Julia.
“ Tapi di mana dia sekarang? ,” tanya Inspektor Julia.
“ Dia sekarang berada di luar negeri ,” kata Hoe Lin.
“Oh Begitu.” Perbualan itu terhenti sebentar apabila Ketua Polis Bukit Aman melangkah masuk ke balai polis. Semua anggota polis membisu. Ketua polis yang berpangkat datuk itu bergerak masuk ke biliknya sambil menyapa Inspektor Julia.
“Sudah siapkah laporan saya minta semalam? ,” Tanya ketua Inspektor.
“Selesai. Saya akan segera menyerahkan laporan itu sekejap sahaja nanti ,” kata Inspektor Julia.
“Hmm..Mengenai kes Hisham itu, saya tahu ramai bersemangat sebab baru jumpa bukti bertulis. Mayat mangsa tidak memberikan apa-apa klu, itu membuatkan kita rungsing. Dengan bukti bertulis, saya berharap kes pembunuhan Hisham dapat diselesaikan secepat mungkin ,” jelas Datuk Karuppan.
“Pihak forensik dapat detect bahawasanya bukti bertulis itu adalah dying message. Tapi mereka masih belum memecahkan barisan kod yang tersirat di sebalik dying message itu ,”kata Inspektor Julia.
“ Kita akan tengok macammana ,” kata Datuk Karuppan.
Inspektor Julia, Azli dan tiga orang polis yang lain menyambung kerja mereka selepas Datuk Karuppan menutup pintu biliknya manakala Hoe Lin dan Muhammad beredarkeluar. Inspektor Julia tersenyum melihat gelagat dua anak buahnya meninggalkan balai polis.
Bunyi cengkerik yang bertalu-talu serta lambaian hawa panas dari ufuk timur menghangatkan lagi musim panas di Virginia. Sebuah rumah agam bercorakkan Frech-style yang terletak di Eva Gardens menjadi saksi rumahtangga Sarah dan Dr. Azmin. Di atas beranda itu kelihatan Sarah sedang bermain buaian sambil membaca senaskah novel nukilan Jude Deveraux, A Knight in Shining Armor.
Tiba-tiba, seorang lelaki putih melangkah masuk ke beranda sambil terhuyung-hayang menghirup sebotol Vodka, arak yang agak popular di negara Uncle Tom tersebut. Lelaki tersebut ialah Gerald. Gerald yang berkumis tebal bertindak menjerit
seperti singa sedang lapar.
Sarah senyap seketika dan menutup bingkasan novel yang dibacanya tadi lalu memerhati dengan penuh tajam pada Gerald. Dia kelihatan kaku, gementar akan kehadiran Gerald tersebut. Dia tidak menjerit kerana takut akan Gerald.
“ I came here to kiss you. Fu*k you babe. Please. Let me do it ,” jerit Gerald yang sedang kehausan sesuatu.
“ Don’t do it. No. Please consider my pride. You know you are trying to rape your best friend’s wife. Just go out ,” tangis Sarah meminta Gerald beredar segera.
Orang yang sedang mabuk sentiasa bertindak di luar fikiran. Tanpa banyak bicara, Gerald menerkam Sarah namun Sarah sempat meluru melepasi badan Gerald untuk terus keluar melalui pintu masuk. Tetapi, Gerald dengan pantasnya menangkap pergelangan tangan Sarah. Sarah terpaku dan hanya menangis. Lidah Gerald menjelir kehausan, air liurnya meleleh jatuh ke lantai.
Tetapi belum sempat Gerald mengoyakkan baju Sarah, tiba-tiba sebuku penumbuk menghiasi pipi Gerald lalu dia jatuh tersungkur.Dr. Azmin dengan lagak heronya mendakap Sarah lalu merenung tajam pada Gerald.
Gerald yang baru sedar daripada khayalan mabuknya tadi, malu dan segera bangun.
“Both of you, dude, never have sex. What boring life is ,” ketawa Gerald.
“Yes.” “But,please respect us some more. We are Asian people. Never do without concern of other party , “ jelas Dr. Azmin.
“Okay,but we will still friend, right? ,” kata Gerald lagi.
“Of course. Now, please get out of my house, “ herdik Dr. Azmin sambil menunjukkan jari ibunya kearah pintu masuk tersebut. Gerald menggangguk dan segera beredar.
Tatkala itu, Sarah sedang menangis namun air matanya dikesat oleh Dr. Azmin.
“Sarah,abang minta maaf kerana tidak mengunci pintu pagi tadi. Nasib baik abang sempat meluru ,” kata Dr. Azmin.
“Sudahlah abang. Perkara sudah berlalu. Sarah faham orang sini memang berperangai macam tu tambahan lagi bila sudah mabuk. "
“Sarah mengantuk. Sarah nak tidur kejap ,” minta Sarah.
“Baiklah ,” kata Dr. Azmin.
Sarah melangkah ke luar lalu menuju ke biliknya yang terletak tidak jauh dari beranda tersebut. Di dalam bilik tersebut dihiasi dengan beberapa gambar perkahwinan mereka, patung beruang dan ‘single bed’ yang ditempah berdasarkan corak French. Aneh sekali, mereka tidak tidur bersama! Setelah masuk ke dalam bilik, Sarah membuka seliparnya dan terus membaringkan dirinya di atas katil. Dia melelapkan matanya sambil diperhatikan oleh Dr. Azmin yang berdiri di tepi pintu. Wajah Dr. Azmin kelihatan sugul. |