CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monik

CINTA & AIRMATA - C.r.K ( dah T.A.M.A.T)

 Close [Copy link]
Post time 22-7-2010 03:31 PM | Show all posts
sib baik ada ayah dia
kalau x menjawab ler ko 2 org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 03:37 PM | Show all posts

kantoi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply 100# monik


alahai kesian ary dgn kelancangan mulut johan...
x pasal2 ade plak sesi soal jawab dgn parents masing2..
monik,
sambung la lagik........
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 04:27 PM | Show all posts
sambung lagi monik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 08:33 PM | Show all posts
" Ary, ummi tak ajar Ary layan tetamu mcm nih. Senduk kan nasi, Siapkan air. "

Arianna umpama 'bibik' yang patuh pada perintah Umminya. Dia menyenduk nasik ke pinggan ibu Johan. tangannya terketar2. Dia sungguh takut pada ibu Johan. Kemudian dia menyenduk nasi ke pinggan Johan. Mahu saja dia menghempunk Johan dengan mangkuk nasi tuh. Geram Ary masih tidak bertepi. Semasa dia menyendukkan nasi ke pinggan Johan, sekali lagi Johan tersasul.

" Sayy.....err..Ary, sudah2 ." semua mata terbeliak sekali lagi bila Johan hampir2 menuturkan perkataan sayang pada Arianna. Ibu Johan merenung tajam. Geram sungguh dia melihat perangai anak teruna yang seorang itu. Arianna sudah menikus. Tegak saja dia berdiri di tepi Johan. Dan umpama patung cendana lagaknya.

" Ary, duduk makan sekali. " Ayah memecah kebuntuan Arianna. Ary mengambil tempat bersebelahan ibunya. Betul2 menghadap ibu Johan. Tak tertelan nasi di kerongkongnya. Dia dapat mengesan yang mata ibu Johan tajam memandang ke arahnya. Arianna merasakan terlalu lambat masa berlalu.

Johan dan ibunya meninggalkan rumah Arianna hampir setengah jam yang lalu. Selesai mengemas dapur, arianna melangkah naik ke biliknya namun di halang oleh ummi.

" Ary, ummi dan ayah nak dengar dari mulut Ary sendiri tentang ary dan Johan."

" cerita lah Ary, ayah nak tahu. "

Arianna menarik nafas dalam2 sebelum dia menceritakan segalanya2. Tentang bagaimana mereka berjumpa juga tentang Johan menjadi penyelamat ketika di ganggu. Segala2nya Arianna ceritakan. Tidak ada satu pun yang tertinggal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2010 08:53 PM | Show all posts
"Ummi, ayah, Ary minta maaf kalau perkara ni buat ummi dan ayah marah. Sungguh, kami kawan cara baik. Johan tak pernah lagi ambil kesempatan terhadap Ary. "

" Sudahlah. Ayah percaya kamu berdua sudah boleh berfikir cara baik. Kamu takkan malukan mak bapak masing2 kan. "

" Kamu sayang kan dia ke Arianna? "

Arianna tersentak. Apabila umminya melafazkan nama penuhnya bermakna ummi benar2 serius.  Arianna telan air liur. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ishhh...apa aku nak jawab nih. Kang kalau aku jawab sayangkan, mesti ummi cili kan aku. Dikatanya aku anak dara mengenyam. Kalau tak cakap sayang, rasa cam tak logik pulak menipu. Aduhh..macamana nih ?

Melihat akan arianna yang terkulat2, ayah menyuruh dia naik ke bilik dan berehat. Dibilik, Arianna menangis. Bukan kerana takut, tetapi lebih memikirkan kepada penemrimaan ibu Johan. Dia dapat merasakan yang ibu JOhan membencinya. Ibu Johan tidak suka padanya.

Johan, bukan begini yang ku pinta.....

Petang esoknya, Arianna bersiap2 untuk balik ke kampus. Dia akan menaiki komuter dari Bangi ke stesen Shah Alam dimana Johan akan menunggu. Memang sudah menjadi kebiasaan Johan akan menunggu di stesen itu jika Arianna pulang ke bangi. Sepanjang perjalanan, Arianna banyak berfikir. Macam2 yang difikirnya.

Sampai di stesen Shah Alam, benar seperti di jangka. Johan sudah sedia menunggu. Arianna masuk ke dalam kereta dan Johan terus memandu. tetapi johan tidak terus menghantar Arianna pulang, sebaliknya dia memandu terus ke Subang Parade. arianna hanya diam membeku.

"Sayang..kenapa ni. " Johan rimas bila arianna beku.

" Sayang...sayang...tu la awak. Mulut awak nih kan takde insurans tau. Sekarang apa sudah jadi" tempelak Arianna. Sejak dari hari tu dia menyimpan, hari ini akan dilahar nya pada Johan.

" Apa pulak ? jadik apanya ? "

" yelah, sekarang nih ibu awak dah benci saya. Dia tak suka saya. " dihujung ayat itu, Arianna tersedu.

" Ehh, mana ada. Ibu saya okay je. Awak je yag perasan begitu. "

" Saya tahu lah. Saya faham ekor mata ibu awak tu. "

Akhirnya Johan mengalah. Benar, ibunya bising kerana hubungannya dengan Arianna. Tetapi tidaklah sampai ibunya membenci gadis itu. Ibunya hanya marah dan malu akan kelancangan mulut Johan. Ibu Johan takut orang akan mengata yang dia tidak pandai mendidik anak. Sementelaah lagi, Johan anak yatim. Namun, Johan kenal isi hati ibunya. Ibunya nampak keras, tetapi lembut di dalam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2010 09:05 PM | Show all posts
Sampai dirumah, Arianna menceritakan segalanya pada Qasrina. Qasrina saja yang memahami. Tak berhenti air mata nya mengalir di pipi gebu itu. Pada qasrina juga dinyatakan bagaimana penerimaan ibu JOhan terhadap dirinya.

Qasrina terdiam. Dia tidak menyangka perkara sebegitu akan terjadi. Terlalu pantas.

" Sudah lah ary. Berdoa banyak2 moga dipermudahkan segala urusan antara kau dan Johan. " Itu saja yang termampu Qasrina katakan.

Hari2 berikutnya, arianna menjalanai kehidupannya seperti biasa. Johan juga tetap berada di sampingnya. Arianna tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang  lalu. Hinggalah umminya menelefon pada pagi Khamis.

" Hello. Ary ? Ummi nih"

" Ya ummi. Ada apa."

" Minggu ni Ary balik ye. Ummi ada hal sikit. Mak long dan Pak Long tadi datang. "

" Mereka datang. Sihat ke mereka ? "

" Mereka sihat. semua sihat. Nanti minggu Ary balik tau. Jangan tidak. "

Hai..entah apa lah halnya. Ummi benar2 sungguh2 mahu dia pulang. Memnag dia bercadang untuk pulang ke Bangi mggu ni sebab sudah 2 minggu dia tidak pulang. Dia memaklumkan pada Johan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:20 PM | Show all posts
thanks monik 4 de n3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2010 09:20 PM | Show all posts
Malamnya selepas makan malam. Ayah dan Ummi memanggil Arianna ke ruang tamu.

" Ary. mak long dan pak long ada datang hari tu. Diaorg datang bawa hajat. "

" Hajat ? Hajat apa pulak ni ummi ? " Arianna tergelak2. namun tawanya terhenti bila umminya menyorong kotak baldu kecik berwarna biru di depannya. Apa pulak nih ? Dia mengambil kotak comel itu dan membukanya. Cincin?? di dalamnya ada sebentuk cincin bertatah berlian batu satu. Memang cantik.

" Wahh..cantiknya...saper punya ni ummi ? "

" Ary punya. " Arianna terdiam. Dia seakan2 dapat menangkap maksud disebalik cincin itu.

" Kenapa ary punya pulak ?"

" Ummi dan ayah dah terima pinangan untuk Ary. Kini Ary dah menjadi tunangan orang. " ummi tersenyum riang.

" Apa??? Ary dah bertunang ? Ehh.. ummi jangan la main2. Kan ary tengah belajar lagi. "

" alah..tak pe. Ary pun dah dewasa. Budaknya baik. Ummi dan ayah berknan sungguh. "

" Tapi..tapi..bagaimana dengan Johan? Ary kan kawan dengan Johan."

" Ummi tak nak dengar nama Johan lagi. Pokoknya sekarang ary dah bertunang. Titik!!"

Arianna melangkah longlai ke biliknya. Tunang orang ? Dia kini bergelar tunangan orang. Sandiwara apakah ini ? Sebak hatinya mengenang Johan. Bagaimana dia nak beritahu pada JOhan. Bagaimana dia dpt lupakan Johan. Sedangkan lelaki itu lah yang beraja di hatinya. Lelaki yang diharapkan dapat menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang pada dirinya. Bagaimana dia dapat melupakan cinta nya pada Johan. Arianna buntu. Dia tidak tahu apa yang harus di buat. Dia terlelap sambil bermimpikan Johan. Mimpi yang tidak tahu akan sudahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:32 PM | Show all posts
alahai...cinta x kesampaian ke ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 09:32 PM | Show all posts
alahai...cinta x kesampaian ke ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 10:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 22-7-2010 22:05

huhu..
sian kt ary..
napa mak dia buat begitu pd ary...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:32 AM | Show all posts
Ary bangun keesokkannya dengan mata yang sembab. Dia terlalu banyak menagis. Dia sedih. Selesai bersarapan, ummi meminta arianna menolong di dapur. Ummi beritahu yang bakal tunangnya akan datang menziarah hari ini. Ehh, bakal tunag? Aku dah jadi tunagan orang kini. Sambil Arianna membasuh beras, sambil tu lah dia mengesat2 air matanya. Dah macam cerita bawang merah bawang putih jadiknya.

Selesai memasak, Ummi mengarahkan agar dia bersiap2 sedikit. Malu kalau tunang tengok muka macam mati laki. Ariana malas. Di dalam hatinya menjerit nama Johan. Arianna tidak peduli siapa lelaki itu. Yang ada di dalam hatinya hanyalah Johan Ariff.

Arianna hanya memakai baju kurung polos. Tudung war na lembut di sarungkan kepalanya. Ahh biarlah tidak cantik. Dia tidak ada hati pada lelaki itu. Tunangnya. Arianna turun lambat2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 07:50 AM | Show all posts
Di bawah, dilihatnya mak long dan pak long sudah sedia ada. Ibu Johan juga ada. Buat apa dia ke mari. Johan juga ada. Arianna bertambah pusing.

" Ha...arianna. Mari ke mari nak. Mak Long nak kenalkan tunang kamu. Johan Ariff."

" Haa???? Biar betul nih. Aku bertunang dengan Johan? Aku bertunang dengan Johan ? " Arianna terdiam. Tidak tahu berkata apa2. Johan dipandangnya. Johan hanya senyum tanda lega. Akhirnya Arianna turur tersenyum. Dalam hatinya berbunga riang. Aku suka! Aku suka!

" Ha....suka la tuh. Ros, Johan kalau nak tahu, dr semalam muka si Ary dah mcam tempe basi. Layu je. sikit2 mennagis. Sikit2 menangis. Boleh ganti Neng Yatimah dia ni".

" Ummi! Jangan lah malukan Ary. Mana ada muka Ary mcm tempe. " Ary pura2 merajuk

" Alahh Mah, tempe basi tuh jugaklah yang anak teruna saya ni tergila2 kan. Siang malam asyik la teringat dengan Ary. "

Sudah, aku kena panggil tempe basi pulak. Sungguh tak glamour.

" Pasal saya tengok diorg nih dah parah sangat la, saya pinang si ary ni, Mah. Jadik jugak kita berbesan. Dulu2 kita selalu bergurau nak berbesan. Jadik betul nampaknya. "

Ibu Johan panjang lebar bercerita.

" Ary, pegi salam dengan bakal mak mentua kamu." Kali ini, aku sudah tak berapa betul nak berjalan. Malu pun ye. Segan pun ye. Aku bersalaman dengan ibu Johan. Tertunduk2 aku. Dah macam orang Jepun.

" duduk sebelah makcik Ary. Makcik nak sarungkan cincin tunang."

aku yang menurut perintah. Terus duduk sambil hulurkan tangan.

" Ishh..budak nih. Gopoh betul. Buat malu je. " ummi geram. Tak sopan sungguh anak daranya itu.  Arianna malu. Johan sudah tersengih2.

" Tak pe lah Mah. Bakal menantu saya jugak nih. Nak segan apanya. " Ibu johan menyarungkan cincin tunag di jari manis arianna. Sedang elok je iaterletak di jari. Ni mesti ummi dah berpakat dengan ibu Johan.

Johan sempat mengambil dua tiga keping gambar melalui handphonenya sebagai kenang-kenangan tanda Arianna sah menjadi tunangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2010 08:04 AM | Show all posts
Petangnya Arianna mengikut Johan pulang ke kampus. Ibu JOhan mengajak arianna singgah ke rumah. Nak Arianna tahu mana tinggal nya Johan. Ariana dapat lihat kini, Ibu Johan menjadi seprti orang lain. Orangnya lembut bila berbicara. Arianna tergelak bila teringatkan kembali bila umminya menceritakan bagaimana dia dan ibu Johan belakon semata2 nak memastikan yang Arianna dan Johan betul2 bercinta. Hemm..sporting sungguh ibuku dua oarng nih. Ceh..ceh..ceh.....belum apa2 dah ngaku ibu. Ngeh..ngeh...ngeh....

" Apa yang sayang tersengih2 tuh ? " tanya Johan setelah mereka meninggalkan rumah Johan di Taman TAR Ampang.

" Takde apa2. Saya terkenangkan yang mak2 kita nih pandai berlakon."

" hahahahaha...." Johan turut ketawa. Dia juga tidak meyangka yang ibunya mempunyai agenda tersendiri. Dia tidakmenyangka yang dia ditunangkan dengan Arianna. Johan lega kerana kini Arianna bakal menjadi suri di hatinya.

Kalau mengikut perancangan. mereka akan disatukan sebelum kedua2 ibu bapa mereka menunaikan fardu haji. Bermakna ada mas alebih kurang 4 bulan saja. kedua2 ibu bapa berkeras nak nikah kan dulu mereka. majlisnya selepas mereka pulang dari haji nanti. Johan tersetak juga pada mulanya kerana terlalu awal. Dia pulak naik gerun bila memikirkan tanggung jawabnya sebagai suami.

" Kita nak buat apa kat subang parade nih ? Baru je makan, tak kenyang2 lagi ke ?
pertanyaan arianna mematikan lamunan Johan.

" Saya nak belikan awak handphone. Senang nak contact tunang saya. "

' Haa??? handphone ? awak nak bg saya handphone ? betul ke nih ?"

" Sayang nih banyak tanya la. Nak ke tak nak ? offer sekali je nih ! "

" Nak. Nak. Rezeki jgn ditolak. hehehehheeh"
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 09:57 AM | Show all posts
salam monik dan semua....
byk n3 pg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2010 10:08 AM | Show all posts
Reply 116# c2ni


w'salam

selamat membaca ye .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:22 AM | Show all posts
bahagianya mrk & semoga jodoh mrk berkekalan & tanpa rintangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:35 AM | Show all posts
huhuhuhu dah nak kawen upanya
cepat sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 10:42 AM | Show all posts
semoga bahagia hingga ke akhir hayat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.079009 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list