Tersebut adalah kisah seram yang dihantar oleh pendengar radio Ria 89.7 (Singapore) ke blog MJ12.
-
Selamat malam KC,
Nama saya Ian, kisah yang saya hendak kongsi bersama KC benar2 berlaku kepada keluarga saya. Ia terjadi pada hari Khamis malam Jumaat. Saya sekeluarga bersama dengan ipar duai saya telah berjalan merata Singapura pada hari itu.
Selepas kita menikmati makanan "supper", adik ipar saya bersuara, "Amacam nak pergi 'explore'???" Isteri saya menjawab, "Di mana???" Adik ipar pun membalas, "Kita pergi Pusara Abadi nak???" Kita semua terfikir antara hendak pergi atau tidak??? Ada yang takut, ada yang berani. Salah seorang daripada adik ipar saya ini lain sikit KC. Benda2 yang halus senang dia nampak.
Kita pun sama2 setuju untuk pergi ke sana. Kita pergi dengan menaiki dua buah kereta dan sampai sana sekitar pukul 4.40 pagi. Kebetulan sebelah Pusara Abadi ada Kubur Cina. Tetapi pada hari itu ada ramai orang2 Tionghua ada di situ untuk upacara sembahyang hantu. Saya pun tak fikir apa2 terus masuk ke dalam.
Kita berada tak sampai lima minit apabila adik ipar menelefon isteri saya, "Along!!! Kak Yayah lain macam je??!!" Apabila saya bila dengar, dengan tak membuang masa terus keluar dari tempat itu. Saya letakkan kereta di tepi jalan dan terus keluar menuju ke kereta adik ipar saya. Adik ipar perempuan saya diam saja di tepi. Saya bertanya, "Yah ok tak..???" Bila adik saya "Busu" membaca ayat2 suci Al'Quran, "Yayah" terus pekik & mengilai. Dipendekkan cerita, saya ada menyertakan klip audio apa yang berlaku selanjutnya...
Ian
seram aku dengar klip audio ni... kalo dengar betul2 mirip suara puntianak mengilai...
aku rasa penduduk jb dpt kot siaran Ria 89.7 (MJ12) ni... ade sesape penah dengar tak? leh la kongsi citer...
Eeeee....seram nyer suara bunyi suara tu......penah dlu masa tu Mak Su aku br pindah ke rmh bru,2 tingkat..so lps time keja kami pn pegilh bantu,bersihkn sgala habuk,sawang sgala...waktu tu br pukul 9.30 pm, d tingkat ats telah ada sbhgian perabot mcm tv, katil..
Lps 2 jam kami pn berhenti utk berehat kejap sambil dduk berlunjur kaki ats lantai..dgn x smena2 bunyi hilaian mcm tu lh, dtg dr blkg tv kt ats..tv tu x on pn tika tu..Pd mulanya aku ingat suara tu dr hp sppu ku, tp aku tgk dia dah pucat.Apalagi habis tercampak semua timba,berus..penyapu yg ada dpn kami,mak su aku pn dtg berkejar terkejut sbb spupu aku punya pekikan lebih kuat dr suara tu.....Smggu lps tu mak su aku br pindah masuk dgn perabot2 yg lain..bl aku dengar suara nh..memories recall.....
aku dgr siang2 pun takut yg amat ..dari pagi tadi, aku try nk dgr sampai habis, tp x dpt nk tahan..huhu..alih2..awal2 clip jer aku sanggup dgr..
nway, aku pun penah dgr pontianak mengilai..tp masa tu kat shopping complex n siang2 buta..dgn abah n kakak aku..aku n kakak aku nangis giler2 sbb takut..huhu..x sanggup aku nk ingt balik..
aku pernah terdengar pontianak mengilai kt luar umah aku.
sebijik macam ni.
mase tu aku tdo then tibe2 aku trjaga n dok dgr pontianak mengilai senang ati luar tingkap bilik aku.
aku ni stay apartment. tingkat bilik aku(master bedroom) mengadap bukit.
gaya ngilai tu cm cik pon sedang berterbangan riang kt luar tingkap bilik aku.
nk p skodeng cm takot lak.
so aku pon smbung tdo balik.
Reply 15#medangmru
aku biasanya klo bnda2 cmni mmg wat bodo je.
maybe sbb x nmpak depan mata. hehe
tp kadang2 klo aku nmpak depan mata pon,aku wat x nmpak je.