CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5043|Reply: 51

Cubaan merogol, culik gagal

[Copy link]
Post time 30-7-2010 07:35 AM | Show all posts |Read mode
BESUT 29 Julai – Seorang pemuda dan remaja berusia 15 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka menculik dan merogol seorang pelajar perempuan gagal setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah parit.
Bukan sahaja gagal, malah kedua-duanya turut ditangkap kira-kira sejam setengah selepas itu oleh penduduk kampung dan polis yang melancarkan gerakan memburu mereka.Kejadian bermula apabila kedua-dua suspek menculik mangsa, Nur Muni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, yang ketika itu baru keluar dari pintu pagar sekolahnya pada pukul 4.30 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, pelajar itu dipaksa menaiki kereta jenis Perodua Kenari namun berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal.
Katanya, kereta itu kemudian terbabas di sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa diculik.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. “Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan pelajar itu di dalam kereta. Suspek yang berusia 23 tahun cedera di kepala manakala rakannya tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek yang cedera kemudian membuang bajunya sebelum mencuri baju lain di ampaian sebuah rumah bagi mengelakkan dirinya dikesan. Menurut Noor Zainy, kejadian culik itu bagaimanapun disedari beberapa pelajar lain yang melihat mangsa bergelut sebelum dibawa masuk ke dalam kereta itu.

Katanya, pelajar-pelajar itu juga melihat beg mangsa terputus dan tertinggal di tempat kejadian.
“Mereka kemudian memaklumkan kepada guru dan penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada polis.
“Hasil operasi yang dijalankan, kedua-dua suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan. Selain itu, tambahnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.


________________________________________________________________________________________

lain kali guna la klorofom..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 07:47 AM | Show all posts
aku tak percaya ni berlaku..
mana leh pmpn hampir kene rogol boleh lawan 2 orang lelaki..
sedangkan si saiful sorang kene rogol pun tk mmpu lawan, inikan pulak orang pmpn... tak logik2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:47 AM | Show all posts
BESUT 29 Julai – Seorang pemuda dan remaja berusia 15 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan m ...
vieri32 Post at 30-7-2010 07:35



    vodohnya penjenayah ganung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:51 AM | Show all posts
aku tak percaya ni berlaku..
mana leh pmpn hampir kene rogol boleh lawan 2 orang lelaki..
sedangk ...
batmana Post at 30-7-2010 07:47



    seyfool tu nampak benuar braheng senyum2 manja... so teros berah hi....  org berah hi mana nak ada kudrat.. lemah gitu.................
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:51 AM | Show all posts
vodohnya penjenayah ganung.
icelemontea Post at 30-7-2010 07:47



    ok la, patut2 yer semua penyenayah ni bodoh, so senang sikit nak tangkap........
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:53 AM | Show all posts
hebat tul..umur 15 thun da jdi penculik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 08:04 AM | Show all posts
vodohnya penjenayah ganung.
icelemontea Post at 30-7-2010 07:47



    tu tanda tuhan syg dia..  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:08 AM | Show all posts
aku tak percaya ni berlaku..
mana leh pmpn hampir kene rogol boleh lawan 2 orang lelaki..
sedangk ...
batmana Post at 29-7-2010 15:47



    Hang ni tak faham BM ka? bila masa budak tu hampir kena rogol?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 08:23 AM | Show all posts
cubaan berani itu
menculik budak tu depan sekolah
adakah cinta x terbalas?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:32 AM | Show all posts
ish.ish...mesti mangsa  reject jantan tu kot..tu yg tercabar nak culik n rogol..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:38 AM | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:39 AM | Show all posts
vodohnya penjenayah ganung.
icelemontea Post at 30-7-2010 07:47



    nasib baikla penjenayah tu bodoh... kalau tidak aku rasa kesudahannya jumpa mayat jer la budak ni...... bersyukur la dia selamat....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:42 AM | Show all posts
maksimum 7 tahun jer? tak patut...tak patut......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:43 AM | Show all posts
1. depan sekolah...ketika semua pelajar balik sekolah.

2. tengah hari.

sesiapa ada anak dara sunti tu,kalau mampu...pick up lah sendiri...kasi hp. suruh tunggu dalam kelas...bila anda dah sampai baru keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:43 AM | Show all posts
ishk ishk ishk budak2 zaman skrg ni...
brani sgt2 buat keje bodo cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:44 AM | Show all posts
rosak btul remaja skrg ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 09:46 AM | Show all posts
apa nak jadi dak skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:54 AM | Show all posts
Aku tak paham lah budak2 sekarang! Adventures betul! Mana pegi kepala hotak diorang ni!

Kat mana silapnya? Ni semua mungkin mak pak bangau tak reti jaga anak2 kut? Silap2 anak pun tak diajar baca Bismillah, tu pasal semua besar perangai cam setan gondol!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:00 AM | Show all posts
Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan.

padan muka... sape suruh jadi penjahat??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:14 AM | Show all posts
baru 15 tahun..tapi dah berani melakukan jenayah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.751187 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list