CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 2

Polis lepaskan Al Gore

[Copy link]
Post time 1-8-2010 07:55 AM | Show all posts |Read mode
PORTLAND, Oregon 31 Julai - Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore semalam, dilepaskan daripada pertuduhan yang mendakwa dia mencabul seorang tukang urut wanita di sebuah hotel mewah di Portland pada 2006.
Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu menghadapi siasatan selama sebulan tetapi para penyiasat gagal menemui asas untuk meneruskan pendakwaan.

Tuduhan tersebut dilakukan oleh tukang urut terapi, Molly Hagerty telah menanti lebih daripada dua tahun sebelum memberi keterangan kepada detektif, yang kemudiannya merumuskan kes itu 'tidak ada merit untuk siasatan lanjut'.
Berita tersebut disambut baik oleh jurucakap Al Gore, Kalee Kreider dalam kenyataan.
''Gore menafikan tuduhan tersebut apabila beliau pertama kali mengetahuinya tiga tahun lalu. Dia menghormati dan menghargai tugas menyeluruh dan profesional pihak berkuasa Portland dan gembira perkara itu kini telah diselesaikan,'' katanya.
Peguam Daerah Multnomah, Michael Schrunk mengumumkan penutupan kes itu pada Jumaat lalu dengan mengemukakan kenyataan yang menyebut 'bukti yang bercanggah, kenyataan saksi yang tidak sama, isu kewibawaan, tiada bukti forensik dan penafian Gore sendiri''.

Timbalan Peguam Kanan Daerah, Don Rees menulis dalam memonya bahawa Hagerty dan para peguamnya tidak bekerjasama, saksi tidak ingat sebarang perkara luar biasa, Hagerty gagal ujian poligraf dan dia enggan mengatakan sama ada dia dibayar oleh akhbar tabloid untuk menceritakan 'kisahnya'.
Hagerty mendakwa Gore memintanya melakukan hubungan seks pada 24 Oktober 2006 di Hotel Lucia, Portland termasuk cumbuan, memeluk dan hampir dirogol.

Gore dan peguamnya menemui detektif Portland di San Francisco pada 22 Julai lalu, bahawa beliau tidak ingat langsung mengenai Hagerty dan 'tergamam' akibat tuduhannya.
Dari awal, wujud kesangsian mengenai dakwaan Hagerty. Dia pertama kali menghubungi polis pada 2006 menerusi peguamnya mengenai tuduhan terhadap Gore.
Hagerty kemudian gagal hadir tiga kali bagi diwawancara oleh detektif dan kemudian peguamnya berkata, kes itu akan diurus sebagai aduan awam. - AP

http://utusan.com.my/utusan/info ... ra&pg=lu_06.htm


nih al gore yg kagum ngan anwar ibrahim tuh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2010 08:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2010 09:01 AM | Show all posts
hehehhehe....kawan dia kat malaysia pun ada kes jugak

biasa la tuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.932090 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list