CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4428|Reply: 18

Sultan Ibrahim murka lagi!!

[Copy link]
Post time 11-8-2010 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Perasaan teruja untuk mendapat penghargaan daripada Sultan menyebabkan seorang lelaki mudah terpengaruh dengan cerita dongeng dua individu yang mendakwa boleh membantunya mencapai impian itu dengan membuat bayaran serendah RM5,000.

Tanpa teragak-agak untuk memenuhi impiannya itu, mangsa berusia 37 tahun membuat bayaran pendahuluan RM3,000 dan dijanjikan anugerah Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Kedua (PIS II).

Perasaan gembira selepas menerima sijil diserahkan dua lelaki terbabit bagaimanapun tidak kekal lama apabila dia mendapati perakuan diterima sebenarnya palsu dan tidak sah untuk digunakan.


Akibat kesal dengan perkara itu, mangsa membuat satu laporan polis berikutan rasa tertipu dengan tindakan dua lelaki terbabit pada 5 Ogos lalu. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, susulan laporan diterima daripada mangsa, polis menahan dua lelaki berusia 40 dan 49 tahun di Seri Alam di sini, bagi membantu siasatan.



“Perkara ini juga sudah dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan baginda amat murka dengan apa yang berlaku berikutan boleh menjejaskan nama baik institusi beraja dan pihak istana sendiri.



“Baginda bertitah, orang ramai diminta tidak terpedaya dengan individu tertentu mendakwa boleh membantu mendapatkan anugerah dengan bayaran tertentu kerana ia tidak benar,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.


Menurut Mohd Mokhtar, mengikut Perlembagaan Negeri, setiap pengurniaan bakal diberi kepada individu berkaitan adalah hak mutlak Sultan Ibrahim. dan pihak istana tidak pernah melantik mana-mana pihak atau orang tengah melakukannya.


Beliau turut memaklumkan polis sudah menyegerakan siasatan kes itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut. “Sebelum ini, polis pernah menerima dua laporan berhubung kes sama dan saya beri amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak terbabit dengan kegiatan yang boleh mencemarkan nama baik Sultan.


“Jika ada melakukannya, polis tidak akan berkompromi dengan mereka,” katanya.


Berikutan itu, orang ramai yang ditawarkan dengan PIS II atau sebarang pingat yang meragukan dengan menjual nama Sultan diminta menghubungi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor di talian 07-2220351 atau 07-2221415 dan talian hotline polis 07-2221999. (Petikan salah satu akhbar tempatan)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 09:21 AM | Show all posts
Bagi dua orang tu mengadap Sultan....kasi pelempang sedas dua....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 09:23 AM | Show all posts
Cari pasal je diaorang ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 09:39 AM | Show all posts
Tu lah yg berlaku dulu zmn almarhum sultan iskandar, bile die baik dgn org.. org pijak kepala smpai tak hormat.. bile dah kena lempang satu malaysia org tak usul periksa terus kata sultan tu gangster lah.. samseng lah..

kali ni paduka tuanku ibrahim dah molek2 dgn rakyat jelata.. sifat die yg peramah dan bersahaja tu ..ade pulak yg mcm nak kena lempang sebab terlupa siapa diri dan dgn siapa mereka "bermain"... bile dah kena lempang mulalah rakyat2 luar johor yg buta tu mengata sultan kita samseng atau gangster.. org tu dah baik2 lembut ..dah berubah bnyak.. ade yg menyalakan api.. sama2 lah kite fikirkan.. hm..

betul kata sedara alphawolf dan butterprawn.. bwk mngadap soal ape hal buat perkara tu.. agak2 kurang ajar je bagi lempang biar berbekas smpai ke anak cucu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 09:45 AM | Show all posts
Semua org tau betapa prestige-nya anugerah2 dan pingat2 kurniaan Sultan Johor sejak dari almarhum abu bakar sultan johor lagi.. negeri lain tak sesusah johor utk dptkan anugerah2 kurniaan ini.. thats why pingat yg tak bawa gelaran datuk di johor pun dipandang sgt tinggi oleh masyarakat..

sekitar 1890an dulu bbrapa tahun seblum kemangkatan almarhum abu bakar sultan johor, dlm pesanan baginda sebelum mangkat pun, dia berpesan supaya institusi diraja johor dan anugerah2 ini dijaga molek2 dan diberikan utk yg benar2 layak dan membuat bakti di johor.. hendaklah didapati mereka tu baik kelakuannya, sopan dan santun, menabur bakti dlm kerajaan johor mahupun negeri.. seperti bekerja dgn rakyat atau khidmat2 sosial dan sbgainya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:23 AM | Show all posts
sepatutnya kita bersyukur dapat Sultan yang mesra rakyat macam baginda Sultan Ibrahim...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-8-2010 11:29 AM | Show all posts
orgnya baran tapi timbang rasa.. dgn anak2 tak pernah pukul2 marah2.. just ckp je tp dgn muka garang.. penyayang n manja dgn anak2.. dgn pegawai kerajaan sikapnya tegas dan disiplinnya sama je mcm almarhum ayahandanya, konsepnya mudah.. bila kerja mesti serious bekerja dan produce quality performance, no play2 coz he watch closely every state officer perform melalui mcm2 cara... bila bergurau atau bersantai..santailah.. rakyat johor dah kenal sgt.. kadang2 kita bergurau dgn tuanku pun die ketawa bahak2.. suka usik2 kita dan tak geli pun nak melayan kita yg biasa2 ni.. itupun org tak besyukur lagi.. ape endak lagi..? hardworking sultan, ambik berat hal negeri.. rasa state ruler lain pun tak begitu keen on working with govt seperti baginda.. kita fikir2kan lah ..

yg baik jdkan teladan, yg tak baik tu jdkan sempadan.. kita smua manusia biasa wlaupun kita berdarah raja sekalipun.. muafakat bawa keberkatan, insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 10:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by lostnfaun at 13-8-2010 10:21

betul tue harap2 pasni ada perubahan kt negeri Johor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2010 11:34 AM | Show all posts
pemesnye pingat P.I.S. sekarang nie....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 11:38 AM | Show all posts
kalau tak silap yg pernah dpt P.I.S. nie Dato' Malek Noor tp P.I.S. II kot

P.I.S. I selalu jarang org kebanyakan dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 12:09 PM | Show all posts
pingat pun org bleh buat bisnes.

apa da zaman skang ni mcm2....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2010 09:54 PM | Show all posts
kalo soltan takmo lempang... biar aku jek yang lempang!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 04:22 PM | Show all posts
kalo soltan takmo lempang... biar aku jek yang lempang!
nazurah Post at 15-8-2010 21:54



marah btl si nazurah nie..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 05:32 AM | Show all posts
Reply 13# lostnfaun


    hehehe... kalo aku pun marah orang amik gambo aku dan guna utk kepentingan peribadi... inikan pulak sultan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 07:49 AM | Show all posts
Tahun ni takde anugerah pingat...pasal Tuanku belum setahun menduduki takhta.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 09:51 PM | Show all posts
adakah dulu sultan cmtu??ske lmpang owg???
xcye la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2010 05:16 PM | Show all posts
sempena bulan ramadan yang mulia ini, sebaiknya kita bermaaf-maafan. buang yang keruh ambil yang jernih. minta penipu tersebut pulangkan semula duit yang ditipu tu sudahlah. tapi kalau penipu tu x serik2 jugak. hmm aduhai, dengan satu pelempang, dapat mengubah sikap manusia? belum cuba belum tau. manusia sendiri pon berbunuhan sesamam manusia. mungkin lempang dengan bunuh tu ibarat semut dengan gajah. kasi pelempang bukan cuma orang yang dilempang terasa sakit, tangan yang melempang pon merasa impak. sebab tenaga kinetik yang terhasil daripada tangan pelempang telah dibiaskan oleh penerima lempang, sekaligus menghasilkan bunyi yang agak melempangkan. mungkin sudah lumrah manusia. bila terasa diri dipijak2, mula lah berteriak mahukan pengadilan. tapi kita sendiri punya pilihan. balas dendam atau maafkan.
adakah memaafkan itu lebih teruk daripada diri dipijak? akal fikiran digunakan dalam tindakan, bukan hanya perasaan yang diturutkan. sayangkan isteri tinggal2kan, sayangkan anak tangan2kan. mungkinkan si penipu itu boleh diibaratkan anak sendiri? sabar itu ada batasnya. kalau diikut rasa hilang sabar, adakah diri sendiri yang mendapat kemenangan? biarlah yang berhak memberi balasan. kita2 cuma beri pandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:15 PM | Show all posts
ni dia tgh lepak kt muor.. siap wat jeti kat blkg umah utk park bot... dia srh polis cr org yg ngate dia perabis duit rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2010 09:12 AM | Show all posts
memang anugerah dari JOHOR x boleh dijual beli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.402085 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list