CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4975|Reply: 13

Kisah Budak Intern di Ladang Penternakan Sapi

[Copy link]
Post time 15-10-2021 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Rockafella at 15-10-2021 11:43 AM



Aku nak berkongsi pengalaman seram ketika intern pada tahun 2018 di sebuah ladang penternakan sapi. Ketika itu, aku menjalani kerja lapangan selama sebulan di ladang penternakan tersebut, secara berkumpulan iaitu aku bersama tiga rakan perempuan dan seorang lelaki.

Kami melakukan pelbagai tugasan bermula dari memandikan sapi, membersihkan kandang, memberi sapi makan, memerah susu sehingga membuat produk susu seperti susu UHT dan Yogurt. Pekerjaan di sini seperti tiada habisnya dan setiap hari kami bekerja dari jam 5.30 pagi ke 4.30 petang. Rehat pula pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang. Kebiasaannya pada waktu ini dimanfaatkan untuk mengambil data yang diperlukan untuk laporan. Kalau lapar pun, kami petik buah jambu dari pokoknnya yang tidak jauh dari kandang, untuk dimakan.

Kejadian seram berlaku pada minggu akhir. Seperti biasa di hari-hari terakhir, staff intern seperti aku perlu menyusun laporan untuk dipersembahkan di hadapan manager dan pekerja lain. Seingat aku, hari itu hari Khamis. Petang selepas pulang dari kerja, kami berkumpul untuk berbincang mengenai penyusunan laporan. Maka masing-masing diberi bahagiannya. Ketika itu, aku membantu menyusun laporan di rumah bersama rakan lain, sementara rakan lelaki pula pergi ke bandar untuk mencari pencetakan.

Jam 8.30 malam, aku baru tersedar ada kekurangan data semasa menyusun laporan iaitu data jumlah sapi jantan. Data ini sangat penting di mana kami perlu mengukur kelayakan penternakan dari aspek kepadatan kandang dengan cara mengukur kandang dengan jumlah sapi yang ada. Nak tak nak, aku terpaksa kembali ke ladang ternakan pada malam itu juga sebab keesokan pagi kami perlu present depan manager. Aku cuba mengajak rakan-rakan lain untuk temankan aku, tetapi tiada seorang pun yang sudi dengan alasan mereka sibuk menyelesaikan bahagian masing-masing.

Dengan keadaan tergesa-gesa, aku keluar mengayuh basikal ke ladang penternakan itu. Di sepanjang jalan, aku mula rasa tak sedap hati sebab sebelum ini banyak mendengar cerita dari beberapa pekerja yang kata ladang ternakan ini ada kisah angkernya sendiri seperti penampakan pontianak, suara-suara misteri dan penampakan makhluk halus lain yang biasanya ditemui pada waktu malam. Disebabkan itu, para pekerja di sini kecuali pengawal keselamatan, akan segera pulang ke rumah sebelum waktu maghrib. Belum lagi cerita seram di sepanjang jalan ke ladang ternakan.

Sebaik saja sampai ke pondok pengawal, aku meminta izin untuk pergi ke kandang. Pengawal keselamatan yang bertugas memberi keizinan dan sempat berpesan agar berhati-hati. Dalam hati aku tertanya-tanya, apa maksud dia yang aku perlu berhati-hati? Aku cuma nak hitung jumlah sapi jantan je. Malas nak ambil pusing, aku terus masuk ke kandang sapi. Pencahayaan di kandang tidaklah begitu jelas tetapi masih mampu dilihat dengan jelas sapi tengah makan. Sapi di sini diberi makan tiga kali sehari iaitu pada jam 7 pagi, 2 petang dan 8 malam. Mujur sapi-sapi jantan yang aku perlu kira itu berdekatan.

Aku mula mengira sapi dari barat ke timur, ternyata ada 45 ekor. Lega hati dah dapat jumlah yang sebenar. Sambil berjalan ke titik permulaan, aku kira sekali lagi jumlah sapi dan berasa pelik, kenapa jumlah sapi menjadi 46 pula?  Aku cuba berfikir rasional, mungkin tersalah kira. Untuk memastikan jumlah sapi jantan yang ada dan agar data yang diperolehi tepat, aku cuba mengira sekali lagi dari barat ke timur. Sekilas pandang, aku ternampak seekor sapi berwarna putih di antara sapi-sapi lain. Jumlah sapi yang dikira 46 ekor.

Aku berfikir, macam mana sapi-sapi ini boleh jadi berbeza jumlahnya setiap kali dikira? Ah! Aku abaikan persoalan itu dan menetapkan 46 adalah jumlah yang tepat. Kemudian perlahan-lahan aku berjalan ke pintu keluar. Dalam perjalanan, aku melihat sapi berwarna putih itu tadi dengan matanya yang merah serta tanduknya panjang. Aku teruskan perjalanan dan terfikir yang sapi itu kelihatan pelik. Aku toleh sekali lagi dan sapi itu terlepas dan maju ke arah aku secara perlahan-lahan. Jelas kelihatan sapi ini tak ada mulut dan lubang hidung. Dia juga tidak mempunyai eartag atau nombor penanda di telinga. Padahal setiap hari tidak pernah aku jumpa sapi yang berwarna putih dan sapi-sapi di sini selalu ditanda dengan eartag. Para pekerja selalu memastikan sapi ditambat pada tiang kandang dengan kuat.

Menyedari kepelikan itu, aku mula mempercepatkan langkah sambil berpura-pura tidak tahu. Dalam keadaan samar-samar aku terdengar sapi itu berkata dalam bahasa Jawa, "Loh, wes ngerti a?" (Laa, sudah tau ya?). Aku mula berlari sekuat hati sehingga keletihan sebelum berhenti seketika. Sempat aku menoleh ke belakang, mujur sapi putih itu tidak mengejar.

Apabila aku memandang ke arah selatan, aku terkejut melihat nyalaan api seperti obor-obor di pokok jambu berdekatan kandang. Siapa yang nyalakan obor-obor di malam hari? Sedangkan kandang sudah siap dipasang dengan lampu. Apa benda tu? Semakin aku perhatikan, nyalaan obor itu mula bergerak. Rupa-rupanya itu bebola api dan jumlahnya bukan satu, tetapi dua. Salah satu daripada bebola api itu menjulurkan lidahnya. Apa lagi, aku terus melarikan diri.

Sampai di rumah, aku ceritakan kepada rakan-rakan lain yang masih khusyuk menyelesaikan tugasan. Dari situ kami menyedari sesuatu. Mungkin bebola api itu memberi peringatan sebab sebelum ini kami main petik je jambu di pokok itu. Sebelum itu juga, kami pernah dimarahi oleh seorang pegawai kerana memetik buah jambu di situ, tetapi tidak diendahkan.

Moralnya, apabila berada di tempat orang, jagalah kelakuan diri dan dengar peringatan yang dikongsikan kepada kita.

Sumber: Xionana

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2021 11:59 AM | Show all posts
Napa lembu tu ckp jawa ek.. owner nya kah. Saka import kah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 12:02 PM | Show all posts
Radzor replied at 15-10-2021 11:59 AM
Napa lembu tu ckp jawa ek.. owner nya kah. Saka import kah

Jelmaan kot.. Ownernya pun tak diceritakan dalam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2021 02:27 PM | Show all posts
ni cerita dari seberang ka?? ckp jawa..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2021 04:47 PM | Show all posts
terpaling replied at 15-10-2021 02:27 PM
ni cerita dari seberang ka?? ckp jawa..

Ya. Sekadar berkongsi kisah baru untuk bacaan fans MPS.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2021 04:44 AM | Show all posts
Sebelum itu juga, kami pernah dimarahi oleh seorang pegawai kerana memetik buah jambu di situ, tetapi tidak diendahkan.
dah d beri peringatan ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyela, pergi mana2 tempat pun tak boleh sebarangan ambil/petik. Seb bek tak jadi apa2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2021 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur x kesurupan????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2021 12:30 PM | Show all posts
lain kali kalau orang melarang, mesti ada sebabnya..
bukan suka2 nak larang..
adat kalau masuk tempat orang, kena ikut pantang larang tuan tempat..
nasib baik cuma nampak bola2 api.. buatnya kena rasuk ke... tak ke haru biru..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh jd peringatan utk semua
Masuk tempat org kena jg perangai
Bknla ckp kita percaya sgt dgn benda2 ni
Cuma kita hormat dan x ganggu mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah praktikal dekat satu ladang tenusu dekat Johor dah lama lebih 10 tahun lepas. Tinggal dalam ladang selama 3 bulan, ada rumah kayu diaorg sediakan.
Kawasan dalam tu gelap, takde lampu langsung. Satu-satunya lampu dalam kawasan luas tu, rumah kami ajer lah.
Jarak antara satu rumah ke rumah lain pun jauh, dalam 1km macam tu.
Malam pertama dah rasa lain macam, tingkap rumah tu tiap 4 pagi selalu terbuka sendiri.
Setiap hari, Lepas tu start pukul 1 pagi , rasa macam suasana bising, macam orang tengah berpesta. Bunyi bergendang-gendang. Memang tak boleh tidur selama praktikal kat situ.
Borak-borak dengan staff kat situ, diaorg cakap, hiraukan ajer bunyi bising tu. Kawasan tu ada perkampungan bunian.
Tak tahu nak percaya ke tak...
Nak cakap ladang ni memang kawasan mysterious

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2021 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani lain macam pegi sorang2..
Kalau dah start tak sedap hati tu, ada la benda nak jadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 01:47 PM | Show all posts
cik_nur replied at 30-10-2021 11:54 PM
Berani lain macam pegi sorang2..
Kalau dah start tak sedap hati tu, ada la benda nak jadi

Benda yang sama dipersoalkan. Dah malam, pergi pulak seorang. Takkan tak ada perasaan risau dan takut? Ditambah pulak berada di tempat orang. Eiii~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2021 01:49 PM | Show all posts
Far replied at 30-10-2021 07:48 PM
Saya pernah praktikal dekat satu ladang tenusu dekat Johor dah lama lebih 10 tahun lepas. Tinggal da ...

Uishh... takleh bayangkan camne hadap situasi bunyi pesta, sekali jenguk kat luar, takde pape.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.565523 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list