Sejak kebenaran merentas negeri diluluskan, ramai yang balik kampung dan ada juga yang melancong dalam negara. Tetapi ada pula yang seolah-olah dengki dengan situasi tersebut lalu memerlinya.
Lebih dasyat yang menyindir ialah badan kerajaan.
Ini yang lantang dipertikaikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan sebuah kartun menyindir rakyat. Apa salah kami?
Foto : Twitter
Komik yang dihasilkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia itu memaparkan dua situasi iaitu ketika sepasang suami isteri mengeluh kerana terpaksa berkurung di rumah manakala sekeping lagi menunjukkan mereka seronok melancong.
Ia menggambarkan seolah-olah, rakyat tidak sedar diri. Atau sebenarnya pemimpin yang tak memahami?
Sampaikan ada pula yang mengatakan gagal masuk pentadbiran kerajaan kerana tidak cukup bodoh.
Anda rasa betul ke Syed Saddiq cakap? - CARI
|