View: 692|Reply: 2
|
Tahanan Mati Tergantung Dalam Lokap
[Copy link]
|
|
Tawau: Seorang tahanan di lokap sementara Pejabat Penguat Kuasa Kastam, di sini, ditemukan mati semalam.
Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa berusia 42 tahun ditemukan dalam keadaan tergantung oleh anggota bertugas di dalam lokap berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian selepas dihubungi pengadu melalui panggilan MERC 999.
Gambar Hiasan
Menurutnya, susulan itu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah dan Balai Polis Tawau ke tempat kejadian.
"Mangsa adalah orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Bagaimanapun pemeriksaan fizikal pada mangsa tidak dapat dilakukan disebabkan keputusan Covid-19 belum diterima," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Peter berkata, mayat dibawa ke bilik mayat Hospital Tawau dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tawau: Seorang tahanan di lokap sementara Pejabat Penguat Kuasa Kastam, di sini, ditemukan mati semalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|