CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 0

[Kedah] Wanita ditemui mati dalam bilik

[Copy link]
Post time 15-10-2021 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Wanita ditemui mati dalam bilik[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - Oktober 15, 2021 @ 12:53pm[email protected]




SUNGAI PETANI: Seorang wanita ditemui mati dalam bilik di sebuah rumah di Taman Keladi, di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan disedari bapa saudara wanita itu yang mendapati mangsa tidak sedarkan diri dalam sebuah bilik, kira-kira jam 4 pagi, sebelum memberitahu anak dan jiran yang kemudian menghubungi ambulans.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abd Rahman, berkata hasil pemeriksaan lanjut oleh petugas hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, wanita berusia 45 tahun dan masih bujang itu dikatakan menghuni bilik di rumah bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Berdasarkan maklumat bapa saudara mangsa, katanya, beliau mendakwa mangsa pernah mengadu sakit perut sejak dua bulan lalu.

"Selain itu, mangsa dikatakan kerap muntah dan pernah dinasihat mendapatkan rawatan tetapi enggan berjumpa doktor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anuar berkata, hasil siasatan mendapati wanita terbabit menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan masalah kesihatan mental.

"Lokasi kejadian sudah disanitasi. Tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, setakat ini.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.261940 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list