CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Sarawak] Jawatankuasa baharu bela nasib masyarakat Iban luar bandar yg berhijrah ke Sibu

[Copy link]
Post time 18-10-2021 03:11 PM | Show all posts |Read mode


Romeo (tengah) ketika merasmikan Projek Benteng Hakisan Rumah Mary Geruna, Sungai Bidut di Sibu pada Ahad.

SIBU: Jawatankuasa Pembangunan Iban Sibu yang baharu ditubuhkan akan menjadi platform kepada masyarakatnya yang berhijrah ke bandar ini untuk mendapatkan hak-hak sewajarnya daripada terus tercicir.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christopher Tegong berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan olehnya itu juga akan membela nasib masyarakat Iban dari luar bandar yang berhijrah ke bandar ini untuk dibantu mendapatkan lot rumah.

"Banyak masyarakat Iban yang datang dari rumah-rumah panjang menyewa di bandar ini.

"Ada yang menyewa terlalu lama di bandar ini sehingga berpuluh tahun lamanya dan tidak kurang juga berada dalam keadaan yang menyedihkan," katanya berucap merasmikan Projek Benteng Hakisan Rumah Mary Geruna, Sungai Bidut di sini pada Ahad (semalam).

Projek benteng ini dibina di bawah projek program Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan negeri dengan kos pembinaan sebanyak RM335,000.

Ia mula dibina pada Disember 2020 dan siap pada Mac 2021.

Romeo yang juga Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan berkata, beliau difahamkan banyak di antara mereka yang menyewa ini pernah memohon lot rumah beberapa kali tetapi tidak berjaya.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka terus hidup susah dengan menyewa sebegini terlalu lama. Kalau orang lain boleh diberikan lot, kenapa kita agak susah untuk mendapatkannya. Oleh itu, saya mengambil inisiatif menubuhkan jawatankuasa ini sebagai satu platform membantu masyarakat Iban yang majoritinya 'menghuni' rumah-rumah sewa yang terdapat di pusat bandar ini.

"Kalau kita sendiri tidak bertindak atau memulakan inisiatif ini, siapa lagi yang hendak diharapkan.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkenaan dengan nasib masyarakat kita yang berhijrah ke bandar Sibu serta penubuhan jawatankuasa tersebut," tegasnya lagi.

Beliau memberitahu, jawatankuasa yang ditubuhkannya itu juga memerlukan sokongan padu semua ketua masyarakat, tuai-tuai Rumah serta Kaunselor-kaunselor di daerah ini bagi mengumpul data penduduk masing-masing yang menyewa di bandar untuk dibantu memohon lot rumah.

"Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan lot ini tetapi sekurang-kurangnya kita sudah memulakan langkah permulaan untuk membantu dan menggerakkan usaha ini. Usaha ini memang mengambil masa tetapi saya harus memulakannya dulu melalui jawatankuasa tersebut, oleh itu sokongan pemimpin masyarakat Iban di sini amat diperlukan.

"Kalau tiada tanah, kita cari sama-sama atau memohon kepada kerajaan bagi membantu golongan ini agar diberikan tempat khusus demi keselesaan mereka. Paling tidaknya, kita cari tapak untuk projek mendirikan rumah sewa beli dengan kadar rendah," ujarnya lagi.

Justeru, beliau memberitahu pada 26 Oktober ini bertempat di Hotel Paramount jam 11 pagi, satu perjumpaan akan diadakan membabitkan jawatankuasanya dengan ketua masyarakat, Tuai-tuai Rumah, Kaunselor-kaunselor, Persatuan Tuai Rumah Sibu serta pertubuhan berkenaan di daerah ini bagi membincangkan masalah tersebut dan hal-hal berkenaan dengan isu penghijrahan itu.

"Pertemuan ini adalah untuk memulakan usaha tersebut dengan kerjasama semua pemimpin akar umbi masyarakat Iban di daerah ini. Saya sedang menghantar jemputan kepada mereka yang berkenaan untuk hadir. Semoga isu penghijrahan ini yang membabitkan masyarakat kita dapat memulakan usaha awalnya melalui Jawatankuasa Pembangunan Iban Sibu," tambahnya lagi.


utusanborneo.com.my/2021/10/18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.044253 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list