View: 2792|Reply: 29
|
"Tak Tahu Garis Panduan Atau Sengaja Kejar Rating?" - Zed Zaidi Desak
[Copy link]
|
|
Kesalahan dan kecaman akibat terlepas cakap berkaitan isu rogol di sebuah program televisyen tidak sepatutnya dituding hanya kepada pelakon Fauzi Nawawi semata-mata.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihak penerbit dan produksi program perlu memikul tanggungjawab berkenaan.
Foto: IG
“Tindakan dia memang salah namun kecaman dan hentaman tersebut tidak sepatutnya dipikul oleh pelakon dan hos tersebut.
“Saya akan mendesak pihak produksi tersebut untuk tampil mohon maaf sebab ini program mereka, sepatutnya mereka peka dan sensitif dengan kandungan tersebut.
“Kalau rancangan siaran langsung pun kita boleh tapi apatah lagi yang rakaman ni? Jangan fikirkan kepentingan diri sendiri demi mengejar rating," ujarnya kepada mStar.
Dalam pada itu, Zed berkata, dia akan membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi agar pemantauan terhadap garis paduan dibuat dengan lebih tegas.
“Kita akan desak mereka buat permohonan maaf dan jika perkara ini tidak berlaku kita akan bawa ke peringkat lebih tinggi supaya garis panduan, penguatkuasaan dan pemantauan dapat dibuat lebih tegas.
“Kalau tak buat sampai bila-bila mereka rasa mereka hebat, walaupun mengaibkan orang, isu rogol boleh lepas macam itu. Kau menggalakkan orang buat perkara macam tu,” ujarnya.
Sementara itu, Zed juga mengingatkan semua artis lebih berhati-hati dan berfikir tentang etika komunikasi sebelum bercakap di khalayak atau media.
“Ini menjadi satu pengajaran kepada artis-artis agar lebih berhati-hati bercakap kepada media, peminat, masyarakat atau media sosial. Mereka perlu fikir tentang etika komunikasi supaya tak mengaibkan orang lain dan mencetuskan perbalahan,” ujarnya.-CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
betul cakap chuollss tapi iolllss rse chuollss cam ckap dengan cermin sbab chuollss yang gemmss pun ade gamba beberd terbang kat bilik air flat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 22-10-2021 10:03 AM
betul cakap chuollss tapi iolllss rse chuollss cam ckap dengan cermin sbab chuollss yang gemmss pun ...
Utk kes ni betul je apa dia cakap. Tak payah singkap2 benda lain. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
bad publicity is still a publicity perhaps
dari media smpai ke artis
asal boleh kejar view rating tinggi
moral boleh letak tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi meols... si Poji yg salah byk....Syuk mengapi- api kan jua.
Ceriter2 macam tu sembang kat mamak je bruh. |
|
|
|
|
|
|
|
I dont think the topic is necessary at all. Sensitive issue.Kalau tak pandai tackle org yg menjawab, lagi lah sensitive.
Anyway, dorang ni masih berkomunikasi dgn produksi kan masa
menjalankan pengambaran.
Production kenapa tak intercept.
Suruh tukar topic ke.
I sokong jugak apa yg zed zaidi cakap
Production harus ambik tgjawab juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols seram ayat ni,
"itu korang tengok diorang time ada kamera. cuba imagine bila takde kamera, ligat dia laju mana?"
ni iols terbaca ayat kat twitter.
sungguhlah betul, hormat wanita tu kualiti yg sgt rare pd lelaki zmn skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Scary mengenangkan benda rogol ni jadi benda lawak. Tringat budak Ain tu. saiko la |
|
|
|
|
|
|
|
You said it bamb gems zz.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap semua station tv gam je syuk gemok tu, lucah je memanjang, |
|
|
|
|
|
|
|
First of all, Shuk yg patut di banned. How come dia boleh tanya soalan antara scene mana yg Fauzi buat which is rompak or rogol, yg menjadi favourite gitchu. Dah kenapa kau nak berbual psl isu rogol eventho benda tu lakonan. Second Fauzi patut pandai tackle balik soalan tu, Khir Rahman sebagai moderator pon patut pancung soalan tu. Even worse, production & produser tak buat kerja. Publish semata2. Celah mana dia sunting pon aku tak tau. I would love to see the produser apologize in public! |
|
|
|
|
|
|
|
Beberd dia torbang tu isu lain. Ini isu lain. Beberd dia terbang tu malu kat diri dia sendiri je. Ini isu umum, public awarenes. Rape is not a joke!
|
|
|
|
|
|
|
|
ak amek contoh kerja kedai makanan segera pon,jauh mutu nya org kerja dulu2 dgn generasi sekarang.
tak sangka benda masuk TV mcm ni pon teruk mutu sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Kan u. Dah lah tanya soalan sensitive, semua boleh duk buat lawak, ketawa sokmo. Dah tahu soalan sensitive, semua kat situ patut mainkan peranan. Serious sikit, kalau rasa2 yg tukang jawab tu nak terpeliok, tolong mencelah atau tukar topic lain. Production pun biarkan je, cakap mengarut. Mana si poji tak syok sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
asterokkk cuci tgn.. mujur dah humban esterok dalam stor |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau zaman tokmat dulu..retis yg buat hal, rambut panjang, kes dadah, gabat bugil, byk songeh, kontroversi..semua kena gam x boleh keluat tv dan radio..
Zaman now ramai berlumba² buat kontroversi sbb nak keluar tv..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cancel je rancangan ni bg Diva AA talkshow sendiri. Baru meriah |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman now semua yg bodoh abadi kluar kat astro |
|
|
|
|
|
|
|
Pak.dolla replied at 22-10-2021 12:26 PM
Kalau zaman tokmat dulu..retis yg buat hal, rambut panjang, kes dadah, gabat bugil, byk songeh, kont ...
Rindu zaman ni. Barulah ada akal dan adab sikit pelakon, pelawak, penyanyi semua ni. Dah la kebanyakannya bodoh, tak beradab dan kekadang tu rupa pun hauk. Lawak pun tidak. Gam je yang bermasalah, termasuklah yang terpalit kes dadah sekali. Tak layak dijadikan "public figure"! |
|
|
|
|
|
|
|
Asteruk sis....asalkan boleh rating canak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|