Kerajaan Taliban Afghanistan semalam melancarkan program mengatasi kelaparan dengan menawarkan gandum sebagai pertukaran bagi kerja yang dilakukan.
Skim itu akan dilancarkan di bandar dan pekan utama Afghanistan yang dijangka berupaya menggaji kira-kira 40,000 lelaki hanya di Kabul, kata jurucakap Taliban pada sidang media yang berlangsung di selatan ibu negara itu, lapor AFP.
"Ini adalah langkah penting untuk memerangi masalah pengangguran, namun pekerja perlulah bekerja keras," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.
Kredit foto: indiansingulf
Afghanistan, yang sememangnya dilanda kemiskinan, kemarau, gangguan bekalan elektrik dan kegagalan sistem ekonomi, kini bakal berdepan permulaan musim salji yang buruk.
Skim 'makanan untuk kerja' Taliban yang tidak akan membayar buruh, menyasarkan mereka yang kini menganggur dan paling berisiko kebuluran ketika musim sejuk.
Program dua bulan itu akan menyaksikan 11,600 tan gandum diagihkan di ibu negara, selain kira-kira 55,000 tan lagi diagih di tempat lain di negara itu termasuk Herat, Jalalabad, Kandahar, Mazar-i-Sharif dan Pol-i-Khomri.
Pekerjaan bagi buruh di Kabul itu termasuk menggali terusan air dan kawasan tadahan untuk salji di bukit bagi memerangi musim kemarau.
Mujahid dan pegawai kanan lain termasuk Menteri Pertanian, Abdul Rahman Rashid serta Datuk Bandar Kabul, Hamdullah Nomani, hadir melancarkan program itu.
Mereka meraikannya dengan memotong riben merah jambu dan menggali parit kecil pada majlis yang berlangsung di kawasan luar bandar Rish Khor di ibu negara, Kabul.
quran kata kalau nak berkawan dgn kapir, jgn buang kawan muslim. sebab nanti tak dapat perlindungan allah. si kapir pula hanya akan bantu beri perlindungan setakat apa yang concern pada diorang je.
Post time 25-10-2021 08:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Oklah tu taliban guna creativity. Rakyat wajib kerja untuk hidup walaupun dibayar dgn gandum. Bukan hanya meminta2. Duit dan emas banyak tp US bekukan. Semoga penduduk Afghanistan bertabah.
zamzam: Oklah tu taliban guna creativity. Rakyat wajib kerja untuk hidup walaupun dibayar dgn gandum. Bukan hanya meminta2. Duit dan emas banyak tp US bekukan ...
baru baru ni kantoi di afganistan ada rizab galian kan ?
Ada yang jual anak kerana tiada wang untuk membeli makanan.
Afghan baby girl sold for $500 by starving family
Afghan baby girl sold for $500 by starving family
Afghanistan is facing the biggest humanitarian crisis in the world, with the country seeing a sharp deterioration in the situation since the Taliban seized power in August.
International funds which propped up the country’s fragile economy have been stopped as the world debates how to deal with the Taliban regime.
In this video, the BBC's Yogita Limaye travels to a Médecins Sans Frontières hospital in Herat, in the west of the country, and rural areas out of the city, and witnesses first-hand the dire situation on the ground.