View: 1924|Reply: 10
|
Jelir Je Lidah Kalau Tak Nak 'Menangis' Masa Potong Bawang
[Copy link]
|
|
Rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina mahupun India ternyata mempunyai banyak petua dalam sesuatu perkara mahupun situasi dalam kehidupan seharian.
Antaranya adalah bertungku bagi kaum wanita selepas bersalin dan makan sup ikan haruan bagi pesakit yang mengalami masalah luka dalaman.
Kredit foto: TikTok
Namun, berbeza kali ini apabila satu klip video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini apabila satu perkongsian petua ketika memotong bawang merah.
Kebiasaannya, ketika kita memotong bawang merah, mata semestinya berair dan pedih kerana wap atau air daripada bawang yang dipotong itu akan naik ke mata.
Bagi seorang wanita melalui video TikTok yang dikongsinya di media sosial menyatakan bagi menghilangkan masalah yang biasa berlaku ketika memotong bawang merah adalah dengan menjelirkan lidah.
“Biasa kalau kita potong bawang mesti mata kita pedih, senang sahaja anda hanya perlu jelirkan lidah bagi memastikan air bawang itu tidak naik ke mata.
“Sebenarnya wap atau air bawang merah akan pergi ke kawasan yang berair seperti mata kita, jadi jika kita jelirkan lidah wap itu tadi akan hinggap di lidah kita, selamat mencuba,” jelasnya.
Rata-rata orang ramai merasakan petua tersebut agak pelik namun berpendapat cara dan alasan yang diberikan wanita tersebut logik.
“Kalau letak bawang dalam peti ais tu aku pernah la dengar, tapi petua ni tak pernah pula aku tahu. Boleh cuba ni, tak larat la nak pakai spek hitam masa potong bawang,” jelas Teh Ah.
“Aku dah cuba, buat masa ni memang menjadi. Tak tahu la kebetulan atau tidak. Kalau macam ni seguni bawang pun layan,” jelas MRS. Fakri Nazim.
Sumber: K! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Petua iol lak, letak bawang kat bekas berisi air kat freezer
Biar bape jam
Lepas tu potong |
|
|
|
|
|
|
|
Tahan ja. Xdak petua. But a really really reaallyy sharp knife helps. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade org cakap letak tisu basah lah etc..
Biasa i pakai cermin mata je..
Kalau banyak mcm time raya i pakai googles..
Lantak la org nak gelak ke apa janji mata i steady je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke nak potong bawang kene jelir lidah mcm anjing gong gong? |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 26-10-2021 01:43 PM
Ade org cakap letak tisu basah lah etc..
Biasa i pakai cermin mata je..
Kalau banyak mcm time raya i ...
Aku.pakai cermin mata tp still menangis gak |
|
|
|
|
|
|
|
Potong je bawang tu macam biasa. Tak perlu nak berpetua bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 petua try, semua tak menjadi.. tetap la meleleh airmata.. byk dgn sikit ja |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok satu travel channel dulu, kat Kenya ke mana ntah diaorg selit one slice onion kat telinga utk elak mata berair. Chef tu try mmg jadi |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah pakai goggle dah. hari biasa tak tapi time nak raya hazab. |
|
|
|
|
|
|
| |
|