CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1049|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 25/10/2021

[Copy link]
Post time 25-10-2021 09:46 PM | Show all posts |Read mode




Sarawak rekod 493 kes baharu, 18 kematian akibat COVID-19

KUCHING: Sarawak terus merekodkan penurunan kes jangkitan COVID-19 baharu hari ini dengan 493 kes sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berkenaan setakat ini 237,049 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata daripada kes baharu itu 481 kes adalah kategori satu dan dua.

Katanya, manakala kategori tiga, empat dan lima merekodkan 12 kes.

“Bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 151 kes adalah kategori 1 (tiada gejala) dan 330 kes kategori dua (gejala ringan).

“Sementara tiga kes adalah kategori tiga (jangkitan paru-paru), tujuh kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan dua kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” katanya menerusi kenyataan.

Untuk pecahan kes pula, ujarnya, Kuching masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu 128 kes.

Manakala daerah lain merekodkan kes harian dibawah 100 kes kecuali lapan daerah iaitu Limbang, Bukit Mabong, Marudi, Lubok Antu, Matu, Belaga, Beluru dan Sebauh tiada merekodkan kes baharu.

Jawatankuasa turut memaklumkan Sarawak merekodkan 18 lagi kematian akibat jangkitan COVID-19 dari tarikh 12 September hingga 24 Oktober 2021.

Katanya kesemua kes kematian melibatkan mereka berusia antara 17 tahun hingga 97 tahun.

Kematian direkodkan di Hospital Bintulu, Limbang, Sibu, Lawas, Sarike dan  Hospital Umum Sarawak dan Sarikei dengan kebanyakannya mempunyai latar belakang penyakit komorbid.

“Hari ini juga tiada kluster baharu diisytiharkan manakala dua lagi kluster ditamatkan iaitu Kluster Kampung Muara Tebas 2, Kuching dan Kluster Batu 10 Jalan Oya, Sibu selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas,” katanya.

Sementara itu, JPBNS berkata, Rh. Jengayang, Jalan Sungai Rusa di Sarikei dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari 26 Oktober hingga 1 November 2021.

“Manakala PKPD melibatkan lima lokaliti iaitu Rh. Jilum, Sebemban Tumbak, Pantu, Sri Aman; Rh. Mem, Sungai Aboi Sibau Manis, KM4, Jalan Entabai dan Rh. Jeffery, Nanga Sengaih, Entabai di Julau; Rh. Awan, Sg. Stok, Sarikei dan CRBC Muara Lassa Bridge Construction Site, Jalan Itol, Daro ditamatkan hari ini,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2021 09:53 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050941 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list