CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pejai_arts

Kisah seram rasukan di bukit larut..

[Copy link]
Post time 29-9-2011 11:19 AM | Show all posts
hurm apa kesudahannya... jumpa tak cikgu tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2011 11:36 AM | Show all posts
Reply 80# syahoney

mgkn ada sebbnya cikgu tu gi sorang, ada suara memanggil dia atau dia cam kena pukau gitu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2011 12:02 PM | Show all posts
hurm apa kesudahannya... jumpa tak cikgu tu...
puanlina Post at 29-9-2011 11:19



   cikgu tu tak silap dah jumpa tapi dah meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 03:51 PM | Show all posts
seramnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 11:57 AM | Show all posts
aku gie bukit larut new year ari tu .. ingat nak tgk bunga api dari puncak bukit ler... tapi ngam ngam jer detik 12 mlm, baik punya kabus cover bukit.. cuma dpt dgr dentuman jer lerrr... padahal bfore that night scene dari ataih tu punya la cun... mana dgn sejuknya berdiri tepi lereng bukit tepi resort tuh.  btw aku dok kat cendana hut - basic clean good food recommended.  kl nak bilik air dalam kena amik family room, kl std room share bilik ayor kat luar - tak koser temannn...
sejuk siang idok ler sangat - nyaman jer ler... malam pun xlah sejuk gedik - kl angin / kabus lalu tu jer lah gigil jap ekeke...
driver jeep kl dpt yg sentimental or ballad okay lg, kl dpt yg kepala rock mmg gerun gak - swing kat corner lipat siku tu selamberrr jer... kena hold on very tight worr!  sib baik xtercampak bebarang kat cart blakang tu huhuhu.
hantu? xde lak - aku nih selalunya prone gak meremang remang nih tapi dok sana semalam sampai tetengah mlm xde lak rasa apa apa.. alhamdulillah..
this place perfect utk fotografi - punyalah banyak spesis kupu-kupu - yg rupa daun, yang rupa daun mati, yg cam ada rupa mata atas kepak dia - Subhanallahhh - tak terperi kebesaran Allah.
sesapa nak naik tu xyah la takut... okay jer... ramai je aku tgk jalan kaki naik ataih.. apek nyonya bebudak dgn family... org jeep tu bleh siap ckp... haa tu taikor besar tu bang - sambil unjuk kat satu apek yg tengah exercise kat tepi tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 02:18 PM | Show all posts
best thread ni....sambung laaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2014 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
nk tumpang cite jugak. cite ni dari abg pejan. a few years ago. masa ni abg pejan  blajar di matrikulasi depan zoo. ada sorang kawan perempuan dia pergi naik bukit larut ni sorang2. yang x brapa nak bestnya masa sebelum dia naik tu dia ada cakap kat abang pejan yang dia rasa macam ada orang panggil2 dia naik bukit larut tu. after a few days dia hilang. lepas tu kawan2 yg tau apa yang dia rasa tu cite la kat orang yang berkaitan untuk cari dia. polis n pihak2 yang berkaitan semua naik ke bukit larut cari dia tapi x jumpa2 sampai la seminggu selepas tu dia turun dengan sendiri. masa turun tu dia ada bawak alquran sejadah n tasbih. disebabkan abg pejan ni antara yang paling rapat dengan dia jadi cikgu2 mintak abang pejan tanyakan dia apa yang dia buat kat atas tu. dia cerita kat abg pejan yang dia pegi kat air terjun ats bukit larut tu then dia solat baca alquran n berzikir je. dia bagitau abg pejan yg dia nak naik lagi ke bukit larut tu lepas ni. dia masih rasa macam terpanggil2 untuk naik lagi. abg pejan pun bila dah dengar macam tu dia pun berita la dekat pihak  pengurusan. pihak pengurusan hubungi family dia untuk bawak dia balik berubat. lepas balik dari berubat lebih kurang dalam sebulan macam tu. sikap dia berubah. dia x suka bercakap dengan orang. suka bersendiri. sampai la 1 hari dia naik semula ke bukit larut dan x turun2 lagi dah.  ni cite dari mulut abg pejan. kalau bohong dia bohong la pejan. wallahhualam Last edited by apejanpunyer on 1-3-2014 08:09 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2015 04:46 PM | Show all posts
Seram jugak bila baca kisah2 kat sini. Aku baru je lalu kat kawasan Bukit Larut ni sebab pi ke zoo taiping tu, tengok pemandangan cantik sangat. Dengan kabus, kebetulan baru lepas hujan. Cuma aku tak la pi sampai kaki bukit, cuma lalu je tengok. Mmg psang angan2 nak naik kat atas bukit tu nanti, tapi bila baca kisah korang ni rasa tak jadi pulak nak pi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2015 09:03 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 8-6-2015 04:46 PM
Seram jugak bila baca kisah2 kat sini. Aku baru je lalu kat kawasan Bukit Larut ni sebab pi ke zoo t ...

pegi je la cantik kat atas sana....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 11:39 AM | Show all posts
syahoney replied at 9-6-2015 09:03 AM
pegi je la cantik kat atas sana....

nak pi, tapi sorang2 ni kureng best. ada member sorang ok jer aku pi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 01:49 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 9-6-2015 11:39 AM
nak pi, tapi sorang2 ni kureng best. ada member sorang ok jer aku pi.

ajak la member2 yg lain...p naik jip..tak yah ikut denai biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukit larut tak boleh naik. ada tanah runtuh. Tak tahu sekarang dah boleh ke belom. Aku nak naik masa p honeymoon bulan 12 dlu tak siap repair lagi. Tanya pak guard bila siap, diorang pun tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:56 AM | Show all posts
dah boleh naik..tp time cuti sekolah jeep yg bawak naik atas full(tiket abis)
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 03:02 PM | Show all posts
penah pergi sana tahun 2013 masa tu pergi umah nenek.hubby ajak naik bukit larut.waktu dlm kol 11 lebih pagi.xberapa sejuk sangat mungkin sebab matahari dah terpacak.

taubat xnak naik jip tu.laju sgt.sebelah gaung.tapi ada jugak orang2 yang jogging2 naik atas bukit tu.bila sampai atas,ada jg kedai/rumah yg dh terbengkalai.


maaf...xseram
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 03:14 PM | Show all posts
Guru hilang berjoging di Bukit Larut ditemui mati


TAIPING 26 April - Seorang guru yang dilaporkan hilang semasa keluar berjoging seorang diri di Bukit Larut di sini, kelmarin, ditemui mati di sebuah gaung sedalam kira-kira 10 meter di kawasan bukit itu hari ini.

Mayat Abdullah Zubair Ismail, 27, dijumpai dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira lima kilometer dari kaki bukit itu, pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Diah berkata, siasatan awal polis percaya guru Sekolah Menengah King Edward VII di sini itu tergelincir semasa mendaki laluan curam dan licin di dalam hutan Bukit Larut.

"Sebaik sahaja ditemui oleh anggota penyelamat, mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Taiping untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Taiping, di sini hari ini.

Abdullah dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi, kelmarin.

Isterinya, Noorazieah Zulkifli, 26, yang juga seorang guru memberitahu, kali terakhir dia bertemu Abdullah semasa suaminya menghantarnya pulang ke Tanjung Karang, Selangor, pada 18 April lalu.

Guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burung, Tanjung Karang itu, berkata, Abdullah ada menyatakan hasrat untuk berjoging di Bukit Larut semasa menghubunginya pada malam Sabtu lalu.

"Saya tidak menggalakkan dia berjoging di Bukit Larut sebab tahu dia agak kepenatan. Semasa kali terakhir berhubung dengan dia pada pukul 8.30 pagi kelmarin, suami saya cakap mahu keluar sarapan.

"Saya tidak sangka dia tetap ke Bukit Larut sehingga diberitahu tentang kehilangannya pada pagi semalam," ujarnya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 9.htm#ixzz3cdoBAaRr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2017 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
So nie la citer dorm melati tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057970 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list