CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 5

[Cinta] Bencana alam rapatkan hubungan suami isteri

[Copy link]
Post time 2-11-2021 05:19 PM | Show all posts |Read mode


Sepasang kekasih melintasi banjir di kawasan tempat letak kenderaan Universiti Rice selepas Taufan Harvey melanda pada 27 Ogos 2017. - Getty


Bencana alam rapatkan hubungan suami isteri

AUSTIN, TEXAS – Satu kajian menunjukkan bahawa bencana alam yang berlaku boleh merapatkan hubungan antara pasangan termasuk suami isteri sekurang-kurangnya untuk jangka masa pendek, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyelidik dari Universiti Texas menemu bual 231 pasangan yang baru berkahwin sebelum dan selepas Taufan Harvey membadai negeri Texas pada Ogos 2017.

Profesor Pembangunan Manusia dari Universiti Texas selaku pengarang utama penyelidikan, Hannah Williamson berkata, pihaknya melihat terdapat lonjakan kepuasan dalam hubungan  pasangan suami isteri  yang rata-rata  paling tidak bahagia sebelum taufan melanda.

Ini terbukti walaupun hakikatnya taufan tersebut membawa kesan negatif termasuk kerosakan rumah, kerugian kewangan dan banyak lagi.

Peningkatan kepuasan yang berlaku bagaimanapun dilihat tidak kekal dan kembali kepada tahap asal sebelum bencana taufan dalam masa satu tahun.

Kajian dilakukan sebelum ini menerusi kesan bencana terhadap perhubungan mempunyai kekurangan apabila tidak mempunyai data sebelum dan selepas, malah kajian dilakukan Williamson belum pernah dilakukan sebelum ini.

“Orang ramai akan menyedari kepentingan pasangan masing-masing apabila mereka tersentak akibat tekanan mendadak tersebut (bencana alam),” katanya.

Taufan Harvey yang melanda Amerika Syarikat sebelum ini menyebabkan 80 kematian selain 800,000 mangsa kehilangan tempat tinggal atau memerlukan bantuan dengan anggaran kerosakan bernilai AS$133 bilion (RM551.8 bilion) di Houston dan kawasan sekitarnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... ungan-suami-isteri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2021 07:59 PM | Show all posts
pkp pun rapat jugak...siap ade hasil lg..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 01:27 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 2-11-2021 11:59 AM
pkp pun rapat jugak...siap ade hasil lg..



Tahniah sis musang, baby boy ke girl
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 11:16 AM | Show all posts
Catpaw replied at 5-11-2021 01:27 AM
Tahniah sis musang, baby boy ke girl

adik ipar aku punya adik (pggl ape ye)baby girl...

pastu family dorang kena covid...skrg dh ok dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 12:29 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 5-11-2021 03:16 AM
adik ipar aku punya adik (pggl ape ye)baby girl...

pastu family dorang kena covid...skrg dh o ...



Biras, ke bau2 bacang je entahlah sis, saya pun tak tahu.

Kena covid pula, baby kena juga ke. Covid macam orang dah tak ambil kesah... dah terbiasa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 04:10 AM | Show all posts
Edited by NorAddin at 9-12-2021 05:31 AM


topic ..
RE : Becana alam rapatkan hubungan suami isteri ..

bagi kita yang berugama islam mesti tidak boleh tidak
mengambil iqtibar pada diri ..

azabal akhirah .. bala'iddunia ..
azab akhirat .. bala' dunia
  • Bala'(malapetaka)

turun datang dari Azab Allah
dari Bala' maka kena Qada'
  • Qada'(bencana alam)

dari Qada' maka keluar Waba'
  • Waba'(penyakit)


maka iqtibar pada diri ialah ..
perketatkan dan perkuatkan ..
hubungan Makhlok dengan Khaliq



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.322858 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list