CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 640|Reply: 2

[Sabah] Guru Tabika meninggal dunia di dalam kereta

[Copy link]
Post time 4-11-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Guru Tabika meninggal dunia di dalam kereta[size=0.8][size=0.9]Juwan Riduan
[email protected]


KENDERAAN di mana mayat wanita terbabit ditemukan. FOTO Ihsan Pembaca



Kota Marudu: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam kereta miliknya yang diparkir berhampiran sebuah restoran di Pusat Komersil Langkon, di sini, semalam.

Mangsa, guru Tabika berusia 48 tahun terbabit pada awalnya ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian berkenaan jam 7.22 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai polis kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam Perodua Myvi. Enjin dan muzik di di dalam kenderaan itu masih terpasang.

"Sebaik kenderaan berjaya dibuka, pemeriksaan awal fizikal yang dijalankan pegawai perubatan Hospital Kota Marudu mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zairolnizal berkata, hasil temu bual salah seorang anak mangsa, mendapati mangsa keluar rumah kira-kira 4 petang untuk mengambil bunga di Simpang 3 Langkon.

"Ketika itu, mangsa dikatakan tidak menunjukkan keadaan yang tidak sihat dan hanya mengadu sakit kepala.

"Siasatan lanjut yang dijalankan tidak menemukan sebarang kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya.

Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 9:39am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2021 05:39 AM | Show all posts
...sebab keracunan karbon monoksida kot ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2021 05:42 AM | Show all posts
Ada yang kata ...
jika nak tidur juga dalam kereta ... buka sedikit tingkap...
sebenar nya tu pun tak betul...

Cara yang betul... tutup enjin kereta dan buka tingkap...
tapi...
masalah lain pula akan timbul ...
perompak ... penjenayah pula akan ambil kesempatan ...

Sebaik nya untuk perjalanan jauh... pastikan cukup tidur ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.047547 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list