CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Kini Berstatus ' CARETAKER GOVERNMENT'

[Copy link]
Post time 5-11-2021 06:16 AM | Show all posts |Read mode
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu proklamasi darurat Sarawak yang ditamatkan menjadikan kerajaan Sarawak kini bersatus kerajaan sementara atau ‘Caretaker Government’.
Bagaimanapun katanya, status itu perlu menunggu pengumuman rasmi oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Secara teknikalnya, apabila Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 itu telah diangkat, ia (menjadi Kerajaan Sementara) berlaku dan seterusnya menunggu pengumuman rasmi oleh Tuan Yang Terutama,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan cek pampasan bagi projek Bako/Sejingkat/Jalan Pesisir Samarahan, tapak pembesaran SK Ibnu Khaldun dan warta rizab komunal bumiputera, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya lagi, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) harus diadakan dalam tempoh 60 hari namun penentuan tarikh tersebut adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.283144 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list