KUCHING: Ketua Menteri menyatakan sidang media pagi ini diadakan berhubung dengan pembubaran DUN Sarawak
“Sebelum berakhirnya proklamasi yang dikeluarkan padas 11 jan 2021 oleh Yang di-Pertuan Agong di seluruh Malaysia, baginda terus isytiharkan darurat di seluruh Sarawak pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Feb 2022 disebabkan ancaman terhadap kesihatan awam kerana Covid-19,’ kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Berkutian itu, katanya, PRN sepatutnya diadakan selepas DUN bubar 7 Jun 2021, namun ia ditunda lagi, ke tarikh lain ketika proklamasi darurat tidak lagi dikuatkuasakan.
“Menurut proklamasi itu, keadaan darurat darurat sepatutnya berakhir 2 Feb 2022, selepas itu DUN akan dibubar dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu, bagi memberi jaminan hak rakyat Sarawak untuk memilih secara demokratik kerajaan selaras dengan amalan demokrasi diamalkan,” kata Abang Johari.
sarawakvoice.com/2021/11/05
|