Edited by Vellfire at 5-11-2021 02:46 AM
BINTULU: Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah antara tiga kenderaan yang musnah dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Taman Jasmin Jalan Tun Hussein Onn pada pagi ini.
Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu PgKB II Wan Kamarudin Wan Ahmad, kebakaran itu mengakibatkan bahagian parkir hadapan dua buah rumah dan sebuah MPV mewah musnah manakala dua buah lagi kereta terjejas sebahagiannya.
"Kemusnahan tempat letak kereta dianggarkan 80 peratus, tiga penghuni di rumah terlibat berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini. Tambahnya, kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama sembilan anggota diketuai PBK II Stephen
Plen dan dua jentera Scania.
Jelasnya, operasi pemadaman dengan mengguna salur bantu mula (hosereel) dari jentera sehingga terkawal 20 minit kemudian sekitar jam 6.27 pagi dan
ditamatkan pada 7.01 pagi.
"Tiga penghuni sebuah rumah selamat keluar dari rumah mereka ketika kebakaran dan sebuah lagi rumah tidak berpenghuni yang dimaklumkan berada di Kuala Lumpur," katanya.
Ujarnya, punca kebakaran, jumlah kerugian dan harta benda yang berjaya diselamatkan masih dalam siasatan.
utusanborneo.com.my/2021/11/05
|