View: 652|Reply: 0
|
[Sarawak]
Abang Jo tidak pinggir calon wanita, Fatimah
[Copy link]
|
|
KUCHING - Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fatimah Abdullah yakin Presidennya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak akan meminggirkan calon wanita pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.
Beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak berkata siapa dan berapa jumlah calon wanita yang akan disenaraikan sama ada muka lama atau baharu akan diumumkan sendiri Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Ketua Menteri, Abang Johari.
“Seperti dikatakan Ketua Menteri (Abang Johari) semalam, belum sampai masanya untuk beliau mengumumkan calon-calon yang akan mewakili GPS daripada empat parti komponen.
“Kalau dalam PBB sendiri, perbincangan diadakan dan kemudian keputusan dibuat oleh rakan-rakan lain dalam GPS,” katanya memetik laporan daripada Utusan Borneo hari ini.
Mengulas lanjut, Fatimah percaya Abang Johari adalah seseorang yang bijaksana dalam menentukan siapa calon yang akan dipilih termasuk dari kalangan wanita.
Fatimah berkata pertimbangan Abang Johari biasanya akan memastikan wanita turut serta termasuk di dalam dasar politik beliau.
“Kita berharap satu masa nanti, kita akan sampai ke tahap di mana kita tidak perlu lagi melihat kepada gender tetapi keupayaan dan kebolehan seseorang itu sendiri,” katanya menambah sekiranya sudah ke tahap itu, ia merupakan kejayaan besar kepada wanita di Sarawak.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|