CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 0

[Sarawak] Berita palsu dos penggalak ancam nyawa rakyat Sarawak – Dr Sim

[Copy link]
Post time 8-11-2021 07:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING, 8 Nov : Tindakan pihak tertentu menyebarkan berita palsu tentang bahaya sekiranya mendapatkan dos penggalak boleh mengancam banyak nyawa di negeri ini yang memerlukan suntikan berkenaan.

Penasihat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, berdasarkan data, setakat ini seramai 162 826 individu di negeri ini telah menerima suntikan penggalak dan tidak melaporkan sebarang komplikasi kesihatan.

Katanya, pemberian dos penggalak di Sarawak melibatkan vaksin homologous (sama jenis) atau vaksin campuran (heterologous).

“Lebih 70 peratus atau 115 532  telah menerima vaksin penggalak Sinovac juga tidak melaporkan komplikasi buruk,” katanya menerusi perkongsian menerusi Facebook semalam.

Dalam soal ini , Dr. Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, penyebaran berita palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan rasa bimbang kepada mereka yang menerima vaksin campuran boleh mendedahkan orang ramai kepada jangkitan COVID-19 yang mungkin membawa maut.

Sementara itu, beliau menjelaskan seramai 597 097 penduduk Sarawak layak menerima suntikan dok penggalak yang mula diberikan pada bulan lepas dan berlarutan ketika ini.

” Oleh itu, saya menyarankan agar mereka yang layak untuk menerima vaksin penggalak supaya tampil mengambil suntikan. Pihak berkuasa pula diseru untuk membenarkan orang ramai berbuat demikian secara walk-in kerana Kerajaan Sementara Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuka semula 50 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan sebanyak 132 000 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching (KIA) semalam. -TVS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.776577 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list