View: 509|Reply: 0
|
[Sarawak]
Ahli Parlimen Sarawak bangkit isu pemberian komputer riba, penempatan guru
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 8 Nov -- Ahli Parlimen dari Sarawak hari ini membangkitkan isu pendidikan antaranya pemberian komputer riba kepada murid sekolah serta penempatan guru di negeri itu.
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) dalam menyambut baik usaha kerajaan mengagihkan komputer riba kepada murid sekolah, berharap tiada siapapun khususnya murid di luar bandar 'terlepas pandang' daripada menikmati inisiatif itu.
"Berapakah jumlah penerima komputer ini dari kawasan Parlimen Hulu Rajang, kerana saya sendiri tidak diberikan maklumat jelas mengenai perkara ini.
"Saya mengesyorkan agar pelaksanaan ini diselarikan bersama pejabat Ahli Parlimen di setiap kawasan Parlimen atau diedarkan bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah," katanya ketika membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Sementara itu, Alice Lau Kiong Yieng (PH-Lanang) pula ingin tahu jumlah peratusan guru kelahiran Sarawak yang sudah ditempatkan di negeri itu pada tahun ini.
Beliau turut bertanya sama ada sasaran Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menempatkan 90 peratus guru kelahiran Sarawak kembali berkhidmat di negeri itu sudah dipenuhi.
"Persoalan ini saya bangkitkan kerana ramai guru yang telah bertugas di negeri lain selama bertahun-tahun, namun mereka masih gagal memohon untuk berpindah kembali ke Sarawak.
"Mereka berhasrat untuk kembali berkhidmat di Sarawak tetapi permohonan mereka ditolak, seterusnya menyebabkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sarawak menghadapi kesuntukan tenaga pengajar," katanya.
Sebanyak 22 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|