CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 10/11/2021

[Copy link]
Post time 10-11-2021 09:18 PM | Show all posts |Read mode
573 kes baharu, Sabah terus rekod peningkatan kes

KOTA KINABALU: Kes harian COVID-19 di Sabah meneruskan trend peningkatan dengan jumlah sebanyak 573 kes direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peningkatan kes yang agak tinggi berlaku di beberapa daerah termasuk Kota Kinabalu yang meningkat sebanyak 32 kes berbanding semalam.

Katanya, daerah lain yang mencatatkan peningkatan agak besar termasuk Tuaran, Putatan, Papar, Kuala Penyu, dan Sandakan, manakala daerah yang mencatatkan penurunan signifikan  adalah Tawau, Kota Marudu, Sipitang, dan Ranau.

Menurutnya, dua daerah kekal sebagaimana catatan semalam dan sebanyak 23 daerah merekodkan kes di bawah paras 40 kes dan empat daerah mencatatkan kes di atas paras 40 kes.

"Kes berpunca dari saringan bergejala yang sinonim dengan kes-kes sporadik adalah tinggi membabitkan sebanyak 239 kes atau 41.7 peratus.

"Malah ada daerah yang mencatatkan jumlah kes dalam kategori ini melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di daerah berkenaan. Kes-kes ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kealpaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Analisis jumlah kes yang dicatat semalam menunjukkan sebanyak 344 kes atau 60 peratus adalah kes yang berlaku dan didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, selebihnya iaitu 39.8 peratus lagi kes yang didaftarkan antara dua hingga lima hari setelah keputusan ujian saringan diperoleh. Hanya satu kes hari ini didaftar lewat melebihi lima hari.


utusanborneo.com.my/2021/11/10



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.210659 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list