|
Serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di lokasi menemui sejumlah 12 peket plastik lut sinar masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, suspek 37 tahun, telah ditangkap dan akan dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosuder Jenayah (KPJ) untuk tindakan siasatan lanjut.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua dadah seberat 131 gram yang ditemui ketika serbuan tangkapan dilakukan terhadap suspek dianggarkan bernilai RM13,100.
"Suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine hasil ujian saringan awal dilakukan keatasnya.
"Oleh itu, suspek ditahan dan akan disiasat di bawah bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali sebatan.
credit
|
|