CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 0

S’pura lapor 1,723 kes Covid-19 baru dan 10 kematian, kadar kenaikan jangkitan mingguan pada 0.97

[Copy link]
Post time 15-11-2021 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 15-11-2021 07:09 AM


Jumlah kes jangkitan Covid-19 terbaru termasuk 66 kes pekerja migrJumlah kes jangkitan Covid-19 terbaru termasuk 66 kes pekerja migran di dormitori dan enam kes diimport, menurut MOH. KUA CHEE SIONGn di dormitori dan enam kes diimport,enurut MOH.
KUA CHEE SIONG


Jumlah kes Covid-19 baru di Singapura dilaporkan mencapai 1,723 pada Ahad (14 Nov), lebih rendah daripada 2,304 kes pada hari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan susut sedikit kepada 0.97 berbanding 0.98 pada Sabtu (13 Nov).


Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat selama seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar yang melebihi satu mencerminkan jumlah jangkitan baru mingguan masih meningkat.

Selama dua hari berturut-turut, kadar pertumbuhan jangkitan adalah kurang daripada satu, selepas ia meningkat dan melebihi satu pada Jumaat.

Menurut MOH, 10 orang berusia di antara 60 tahun dengan 96 tahun meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan dengan Covid-19.

Kesemuanya mempunyai masalah perubatan, tambah MOH tanpa memberikan butiran lanjut.

Kes jangkitan terbaru termasuk 66 kes pekerja migran di dormitori dan enam kes diimport.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054904 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list